15 Cara Awet Muda Mengikut Islam, Tak Sangka Menyatuni Anak Yatim Salah Satu Caranya.

Share

Siapa yang tidak mahu awet muda? pasti semuanya mahu,hampir semua wanita mahupun lelaki. Bagi anda yang ingin awet muda ala Islam, jom semak dan praktikkan artikel berikut ini, 15 Cara Awet Muda Menurut Islam.

1. Tersenyum

Dalam ajaran Islam, ayat Al Quran tentang membahagiakan iaitu dengan senyum, selain tersenyum merupakan salah satu perbuatan baik, tersenyum juga dianggap sedekah. Sabda Rasulullah SAW:

“Senyummu untuk saudaramu adalah (berpahala) sedekah bagimu.” (HR. Tirmidzi)

2. Taat Ibadah, Sabar, Senang Bersyukur, dan Ramah

Solat, sabar, bersyukur, dan ramah merupakan satu gabungan yang tidak boleh dipisahkan dari diri umat islam. Semua umat islam wajib menjalankan solat dan selalu bersyukur dalam keadaan apapun. Juga sabar dan selalu ramah meskipun dalam keadaan sempit. Kerana semua yang anda alami sudah diatur olehNya.

Pedoman itu harus dipegang teguh oleh semua umat islam agar hati menjadi tenang dan fikiran menjadi lebih fresh. Fikiran yang stress dan hati yang semput akan membuat sel-sel lebih cepat mati yang bisa membuat anda kelihatan lebih tua. Boleh amalkan dengan rutin membaca doa nabi Yusuf.

3. Mengamal Pola Makanan Sihat

Makan itu tidak hanya memasukkan sesuatu yang mengenyangkan ke dalam perut, tetapi anda juga harus mempertimbangkan kiraan gizi yang masuk ke dalam tubuh. Makanan yang sihat adalah makanan yang seimbng antara sayur-sayuran, buah-buahan, dan juga daging. Tidak berat sebelah. Nabi juga mengajarkan pola makanan yang sihat ala Rasulullah iaitu makan tidak terlalu kenyang, untuk memberi ruang perut menjadi tiga bahagian, 1/3 makanan, 1/3 air, dan 1/3 udara.

4. Puasa Sunat

Selain baik untuk kesihatan tubuh, puasa sunat juga baik untuk perawatan wajah dan kecantikan.

5. Memakai Minyak Zaitun Di wajah

Minyak zaitun memiliki manfaat yang sangat luar biasa untuk wajah kerana boleh menjaga kelembapan wajah dan mengatur kadar minyak di wajah. Apalagi soban hari di Malaysia yang dilintasi oleh garis khatulistiwa. Penting sekali untuk menjaga wajah anda tetap lembab. Rajin-rajinlah menyapukan minyak zaitun apabila wajah anda sudah mulai kering dan bersisik.

6. Memperbaiki Pribadi Jadi Lebih Baik

Cara awet muda alami dalam islam merupakan cara yang paling mudah untuk diikuti, tanpa ubat-ubatan kimia atupun pembedahan Plastik anda boleh menjadi cantik dan awet muda. Benar-benar alami dan menggunakan bahan-bahan alami. Jika anda benar-benar ingin terlihat selalu muda dan cantik, maka anda boleh mencuba untuk mengikuti bagaimana Nabi Muhammad merawat diri.

Hanya dengan memperbaiki diri, resipi awet muda tersebut boleh anda dapatkan dengan mudah. Namun terkadang setiap kita ingin berubah, satu-satunya hal yang selalu menghalangi adalah diri anda sendiri. Jadi mulailah dengan melawan diri anda sendiri agar agar menjadi pribadi lebih baik lagi.

7. Berwuduk

Wuduk merupakan salah satu syarat wajib bagi umat islam sebelum melakukan ibadah solat, hal ini bertujuan untuk membersihkan kotoran yang ada pada tubuh anda. Namun, disebalik itu ternyata wuduk mempunyai manfaat yang luar biasa untuk kecantikan kulit anda dan hal ini telah dibuktikan oleh peneliti dari Austria yaitu Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology.

Didalam penelitian beliau dia mengatakan bahawa ada sesuatu yang menakjubkan tentang wuduk. Lebih lanjut dia mengatakan bahawa pusat-pusat syaraf yang ada di sebelah dahi, tangan dan kaki sangat sensitif terhadap air segar sehingga hal ini boleh mempengaruhi pusat-pusat syaraf tersebut dan tentunya pada kesihatan kulit yang tersentuh oleh air wuduk.

8. Gerakan Sujud

Sujud merupakan salah satu dari gerakan solat yang wajib dilakukan oleh seluruh umat muslim ketika melakukan ibadah solat. Ternyata sujud tidak hanya sebagai bahagian dari gerakan solat tetapi juga bermanfaat bagi kesihatan tubuh.Seperti yang dikatakan oleh Dr Fidelma O’Leary, Phd Neuroscience dari St Edward’s University. Dalam kajiannya ia mengungkapkan bahawa dengan sujud otak manusia akan dimasuki oleh darah dan urat pada otak ini hanya boleh dimasuki oleh darah ketika sedang sujud sahaja.

9. Mengucapkan Salam

Mengucap salam merupakan kebiaasan baik yang harus tetap anda jaga kerana selain mendapatkan pahala, hal ini juga bisa membuat anda menjadi awet muda.

10. Berfikir Positif

Seseorang yang sering mengucap salam apabila bertemu sesama muslim maka otomotis wajahnya akan berseri-seri, kerana tidak ada orang yang mengucap salam sambil berkerut. Nah, kerana andat selalu bahagia maka hal ini tanpa anda sedari akan terhindar dari penuaan dan selalu awet muda.

11. Tidak Sombong

Senyum merupakan ibadah yang paling murah dan mudah dilakukan sehingga tidak ada salahnya apabila anda murah senyum kepada setiap orang. Ternyata orang yang murah senyum akan cenderung lebih awet muda kerana hal ini akan membuat wajah anda damai sehingga tidak hanya cantik diluar tetapi cantik juga didalam.

12. Menghilangkan Iri Hati Dan Hasad Dengki

Perasaan iri dan dengki hanya merugikan diri anda sendiri kerana hal ini sangat dibenci oleh Tuhan YME. Selain itu, seseorang yang selalu memendam rasa iri dan dengki didalam hatinya maka wajahnya akan terlihat kusam dan selalu masam, berkerut, muram dan sinis. Hal ini tentu saja akan membuat anda cepat terlihat tua kerana tidak pernah tersenyum. Jadi, hilangkanlah perasaan iri dan dengki sekiranya anda ingin awet muda.

13. Menyayangi Anak Yatim

Dengan banyak bergaul, menyayangi dan menyantuni anak anak yatim/ piatu hati anda akan menjadi lembut. Dan kelembutan itu akan terpancar dari wajah anda, hingga wajah anda menjadi teduh dan enak dipandangng orang.

14. Solat Tahajud

Solat tahajjud juga boleh membuat kamu awet muda, sesuai dengan hadiah Rasulullah SAW, “Siapa saja yang banyak menunaikan solat malam, jadi wajah terlihat tampan/cantik di siang hari. ” (HR. Ibnu Majah) Berkata Imam Ibnul Qayyim, ”Sesungguhnya solat malam itu dapat memberikan sinar yang tampak di wajah dan menyenangkan. Ada sebagian wanita yang memperbanyak melakukan solat malam.

Ketika ditanyakan kepada mereka mengenai hal tersebut, mereka menjawab, Solat malam itu dapat mencantikkan wajah dan kami senang jika wajah kami menjadi lebih bagus”. Demikian yang dituliskan oleh Mahmud Mahdi Al-Istambuli. Perlu juga diingat bahawa ini bukan cuma monopoli kaum Hawa saja, kaum Adam pun perlu juga menerapkannya.

15. Menahan Amarah

Orang yang sering marah-marah atau melemparkqn rasa emosi tidak ada tujuan . Wajahnya bakal lebih cepat mengalamai sistem penuaan. Mengapa? Kerana kemarahan adalah emosi yang membuat otot-otot di wajah menegang, Emosi yang tidak diminimalkan ini menyebabkan penuaan.

Bukan hanya itu saja, perasaan geram menyebabkan penyebqrqn hormon kortisol yang menyebabkan produksi kolagen pada kulit menyusut. Di mana kolagen adalah bahan paling utama untuk membuat kulit awet muda, tegang serta anjal . Oleh kerana itu Rasulullah s.w.t menyarankan umatnya untuk menahan amarah beliau juga bersabda,

”Barangsiapa yang menahan kemarahannya walau sebenarnya dia dapat melampiaskannya, Allah Azza wa Jalla akan memanggilnya (membanggakannya) pada hari kiamat dihadapan seluruh manusia lalu Allah biarkan memilih bidadari bermata cermat yang disenanginya. ” (HR. Abu dawud (no. 4777). Hasan).

Menjadi cantik dan tampan tentu impian semua orang. Saban hari terasa lebih percaya diri dan menyenangkan kerana boleh menyenangkan orang yang dicinta seperti suami dan isteri. Jadi mari kita pratikkan tip ini.

Published by
SH