Sesuatu perubahan diri ke arah kebaikan bukan mudah untuk dilakukan dengan sekelip mata. Ia perlukan pengorbanan dan kecekalan hati. Tolak segala tangapan, tapis segala pujian. Hati perlu redha dan sentiasa istiqomah.
Dalam pada anda memperbaiki diri jangan sesekali menidakkan nasihat orang sekeliling dan para ilmuan. 14 nasihat Iman Syafi’I ini boleh kita jadikan panduan untuk arah kebaikan. Jangan diabaikan walaupun satu nasihat.
- “Bila kau tak mahu merasakan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan”.
2. “Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu”.
3. “Barangsiapa yang menginginkan husnul khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia”.
4. “Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran”.
5. “Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat”.
6. “Siapa yang menasihatimu secara sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu”.
7. “Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun”.
8. “Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu”.
9. “Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak mempunyai jawapan, tetapi tidak pantas bagi singa menteladani anjing”.
10. “Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga). 1. Dermawan saat yang dimiliki sedikit. 2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa. 3. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti”.
11. “Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemeralatannya, sehingga orang lain menyangka bahawa dia berkecukupan kerana dia tidak pernah meminta”.
12. “Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahawa ia merasa redha”.
13. “Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahawa ia selalu senang”.
14. “Apabila engkau memiliki seorang sahabat yg membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Kerana mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah”.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI