Bila kita nak memulakan solat, angkat takbir sahaja, pada awalnya kita dapat rasa fokus kita untuk solat, menghadap Allah yang Maha Besar. Namun, tak sampai 20saat selepas itu, fikiran kita mula menerawang.

Lalu teringat apa perkara yang sudah berlaku dan akan dilakukan selepas solat yang langsung tiada kaitan dengan solat kita. Solat itu tuntutan dan wajib kita lakukan. Solat bukan sekadar rutin malah bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk.

Lebih menarik ada beza antara solat kusyuk dan tidak. Keduanya terpamir pada otak manusia.
solat dengan khusyuk. Apabila kita solat dengan khusyuk, aktiviti OTAK bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif. Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terfikir perkara apa yang hendak dilakukan selepas solat. Apabila OTAK masih sibuk fikir hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.

14 Cara Lebih Kusyuk Dalam Solat, Salah Satunya Kurangkan Aktiviti Otak
Soalnya bagaimana mahu kurangkan aktiviti Parietal Lobe supaya solat lebih kusyuk?

13 Cara Tenteramkan Parietal Lobe

Untuk tenteramkan bahagian ini perlu praktis. Setiap hari. Sama seperti orang berlatih sukan.
Tanpa latihan tiada pencapaian. Caranya mudah. Perlu praktis dahulu.

1. Cari tempat yang tiada gangguan – Contoh bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai yang jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.

2. Duduk dalam keadaan selesa – Cara duduk terpulang, asalkan selesa. Cuba pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap keselesaan.

3. Bernafas melalui hidung – Rasakan udara yang masuk sejuk atau panas. Hembus nafas melalui mulut, rasakan udara yang keluar.

4. Teruskan bernafas – Fokuskan pada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.

Ads

5. Teruskan bernafas – Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.

6. Mungkin fikiran akan melayang – Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan diperut.

7. Selepas dua minit, boleh mulakan zikir – Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya ‘Allah’. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.

8. Ppraktis 5 minit dahulu – Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tenteramkan PARIETAL LOBE.

9. Dapatkan Rentak – Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktiviti ini. Bernafas dan berzikir.

10. Perlu rancang waktu mahu solat – Beri lebih masa dan perlu ada ruang utnuk bertenang.

Ads

11. Bernafas dengan Tenang – Selepas zikir dan sebelum mulakan solat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.

12. Semasa solat nafas perlu dijaga – Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.

13. Fokus pada sebutan bacaan – Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.

14. Elakkan sejadah yang bercorak – Sejadah yang bercorak akan membuatkan kita lali dengan lukisan dan corak yang terlukis pada sejadah. dengan ini, pilih lah sejadah yang tepat seperti sajada dari AMRU SEJADA.

Alami Pengalaman Solat Yang Berbeza

14 Cara Lebih Kusyuk Dalam Solat, Salah Satunya Kurangkan Aktiviti OtakTidak seperti sejadah biasa yang berada di dalam pasaran, sejadah AMRU menjanjikan pelbagai kelebihan yang boleh membantu anda untuk beribadah dengan lebih baik. Sejadah ini lebih selesa, lembut dan tebal dari sejadah biasa. Malah mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. Khususnya pada bahagian sendi seperti tumit kaki, lutut serta pada dahi.

Tidak Menggangu

Tanpa sebarang corak, sejadah AMRU boleh membantu pengguna untuk lebih fokus apabila mendirikan solat. Tiada lagi mengelamun memerhati corak sejadah.
Warna Putih, Bersih Lagi Suci

Ads

Permukaan Lembut

14 Cara Lebih Kusyuk Dalam Solat, Salah Satunya Kurangkan Aktiviti OtakBukan sekadar kelihatan cantik dan elegan, apabila bersentuhan dengan permukaan sejadah AMRU, ia sangat lembut kerana dihasilkan dari kapas asli sepenuhnya.

Menyerap Tekanan

14 Cara Lebih Kusyuk Dalam Solat, Salah Satunya Kurangkan Aktiviti OtakSangat selesa apabila kita berdiri, sujud dan duduk di antara dua sujud di atas sejadah AMRU kerana ia kapas asli ini boleh menyerap tekanan dengan sangat baik!

Mudah Dilipat

14 Cara Lebih Kusyuk Dalam Solat, Salah Satunya Kurangkan Aktiviti OtakWalaupun tebal, ia masih boleh dilipat untuk di bawa kemana-mana sahaja. Sangat praktikal untuk di bawa ke masjid, travel dan sebagainya.

Boleh Dibasuh

Sejadah AMRU boleh dibasuh berkali-kali menggunakan tangan atau mesin basuh. Ia tidak akan mengecil atau mengembang, masih kekal cantik walaupun bertahun.

Mencengkam Permukaan

Tidak perlu risau untuk solat di atas permukaan lantai yang licin seperti simen atau tiles kerana ia dilengkapi dengan ‘anti-slip’ pada permukaan belakang.

Sejadah AMRU dihasilkan dengan kain kapas putih bagi mencerminkan lambang kebersihan dan kesucian untuk menyembah Sang Pencipta. Biasanya sejadah jarang sekali dicuci. Insyallah warna putih akan membuatkan kita sentiasa peka terhadap tahap kebersihan sejadah yang digunakan.

Perlu PRAKTIS. Tenang tidak bertandang tanpa diundang. Khusyuk itu REZEKI.
Salah satu tanda betapa dekatnya kita dengan kiamat ialah Allah SWT tarik nikmat khusyuk ini. Dan kiamat kecil ialah kematian kita.

Apabila tiada juga khusyuk mungkin itu tanda kiamat kecil makin menghampiri kita. Saya doakan ada manfaat dari kaedah ini apabila kita beramal. Saya doakan khusyuk itu bertandang apabila aktiviti di Parietal Lobe berkurang.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI