Tidak dinafikan memang banyak produk penjagaan kulit wajah yang dijual di pasaran. Ada yang mahal dan ada yang boleh dibeli dengan harga berpatutan. Walau bagaimanapun lambakan produk ini boleh membuat anda rambang mata. Malah jika tersalah pilih produk boleh menyebabkan kulit jadi pedih dan rosak kerana menggunakan produk tidak bersesuaian.
Seorang pengguna twitter menggunakan akaun Iman Abdul Rahim berkongsi 14 produk yang sesuai untuk pembersih muka. Panduan diberikan ini boleh mengelakkan anda terbeli produk yang salah.
Cleanser yang sesuai dengan kulit wajah patutnya rasa smooth & selesa
Elak yang ada pH tinggi dan untuk kulit sensitif pastikan check kandungan sesuatu produk berkenaan.
Check kandungan bahan produk untuk kulit sensitif
Ads
Kena tahu kandungan surfactant
Ads
Boleh pilih sama ada nak guna gel, cream atau foam
Baca review atau try samples sebelum beli
Ads
Boleh beli yang ada exfoliation
Good cleanser do the job
Ini caranya yang betul untuk cleanser muka
Perlu diingat guna tuala asing untuk muka dan badan
P/S: GAMBAR TOP IMAGE SEKADAR HIASAN DARI SUMBER GOOGLE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi yang namanya sedang meningkat naik, Farisha Iris mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya di khalayak umum. Kerana ramai diantara peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.
Sehubungan itu, Hijabista sempat ‘mengorek’ amalan mahupun rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris atau nama penuhnya Farisha Asmadi.
Berikut merupakan tiga amalan yang disarankan Iris khas buat Hijabi yang mahu mengekalkan kecantikan atau beauty enthusiast.
Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.
Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.
“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.
Selain itu, Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.
Tambahan pula, dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!
“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.
Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.
Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.
Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:
“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.
Apapun, Hijabista berharap agat Hijabi dapat mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Malah, sentiasa ingat bahawa kita semua cantik dan telah diciptakan Allah swt dengan begitu sempurna.
Jarang berkongsi penampilan berhijab di media sosial, figura tinggi lampai ini sentiasa menarik perhatian ramai dengan setiap helaian padanan yang digayakan dari gaya moden hingga yang paling simple.
Apa yang menjadi tumpuan di laman sosial, tweet seorang hijab stylist dan makeup artist yang memuat naik gambar serta video selebriti Scha Alyahya. Menerusi tweet tersebut, pengaya hijab yang dikenali dikenali sebagai Qasrina itu telah menghasilkan 12 jenis stail skarf pada Scha untuk sebuah program. Chantik teruk!
Pengayaan skarf sangat simple dan mudah untuk diikuti sesuai untuk yang mahu mula berhijab. Belitan setiap gaya hijabnya tidak rumit dan kebanyakannya tidak menggunakan pin yang banyak. Umum, selebriti dan pengacara ini belum mengenakan hijab, apa yang boleh HIJABISTA kongsikan adalah pemakaian skarf yang digayakan ini sesuai dengan imej Scha Al Yahya bagi menjayakan sebuah program.
Pengayaan skarf yang dikenakan oleh Scha ini sememangnya sesuai untuk hijabis moden yang belum pernah mengayaankan hijab. Bagi mereka yang sudah berhijab, apa yang perlu dengan pengayaan ini seperti inner turle neck atau inner hijab yang menutup leher. Berikut adalah beberapa stail skarf Scha yang sesuai dengan pengayaannya.
GLAM LOOK: Padanan skarf net bertahta pearl, sesuai untuk ke majlis-majlis khas. Padanan anting-anting berbentuk bunga, ternyata Qasryna menampakkan sisi feminin selebiti ini.
NATURAL LOOK: Skarf polos dengan solekan natural, hanya juntaian subang di telinga sebagai penyeri. Hijabi yang berhijab boleh juga mengayakan stail ini hanya perlu inner tudung yang warna sedikit kontras dan menutup leher.
EKTRAVANGANZA: Bukan semua orang sesuai mengayakan tudung bercorak, dalam pilihan gaya ini, penata gaya ini pandai memilih corak skarf yang sesuai dengan bentuk wajah Scha. Corak bunga yang ekstra saiz dengan kombinasi rona tanah, solekan selebriti ini nampak memukau.
Rata-rata yang melihat penampilan selebriti ini dengan pengayaan skarf, memuji dan inginkan tutorial dari penata gaya hijab Qasrina.
Namun ada juga yang tetap mendoakan semoga isteri kepada pengacara popular Awal Ashaari mengenakan hijab sepenuhnya.
Sekadar info Scha Al Yahya atau nama sebenar Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya, mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sudah lama tidak mendengar khabar pelakon, Erin Malek setelah mengambil keputusan berkahwin dalam usia muda. Jika diintai di laman instagramnya, dia baru-baru ini menghabiskan masa bersama keluarga dengan bercuti ke luar negara. Nampak begitu bahagia sekali mereka menghabiskan masa bersama. Pelakon yang mempunyai wajah cantik ini tetap kelihatan seperti gadis remaja walaupun telah punya sepasang anak, lelaki dan perempuan.
Walaupun dalam mood bercuti, penampilan Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek tetap cantik dan menawan. Apa rahsianya yang kini semakin jelita sejak berhijab. Walaupun dia tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, tetapi perkembangan dirinya tetap menjadi perhatian netizen. Malah setiap aktiviti banyak dimuat turut dalam laman sosialnya itu.
@syuuuhadajohari Erin!!! Kenapa cantik sangat niii ??
@gurlsgerobok So cantik.. soo lawaa
@nor.amyra.hashim Cantiknyeee.. @erinmalekofficial share your beauty tips pls??
Berbicara soal kecantikan, ibu muda yang mempunyai susuk tubuh yang cantik dan kecil molek ini sudah pastinya menjadi idaman setiap wanita di luar sana. Erin Malek, selesa berkongsi rahsia bersama peminat. Sudah namanya wanita, Erin tidak lari daripada regim kecantikan alami. Intip petua dan rahsia cantik Erin Malek.
Setiap kali bangun pagi, Erin akan mencuci muka. Sama juga rutinnya sebelum tidur malam. Memang menjadi amalan yang tak pernah ditinggalkan!
Erin amalkan minum air putih yang banyak. Kalau boleh, dua liter sehari.
Pilih penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit wajah dan Erin akan menjaga dari segi pemakanan. Selalunya Erin akan kurangkan memilih makanan yang berminyak dan manis dalam menu sehari-harian, senaman jangan pula dilupakan!
Pencuci muka, bedak padat dan pelembap bibir, Erin jarang pakai gincu untuk mengelakkan bibir menjadi rosak.
Gunakan beras untuk dijadikan masker muka. Itu antara amalan turun temurun keluarga Erin.
Buat masa ini, Erin memang tidak ambil sebarang suplemen. Tetapi, Erin tetap mengamalkan makan buah-buahan dan minum jus terutamanya buah limau setiap hari. Paling kurang satu hari Erin akan minum jus limau satu kotak besar sehari. Alhamdulillah, setakat ini ia memang membantu Erin untuk kekalkan kesihatan kulit.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.