Dulu ketika selebriti ini masih berstatus anak dara, penampilan masing-masing memang mengancam. Malah mereka ini antara yang bijak berposing sama ada untuk paparan di majalah atau surat khabar. Mintalah apa sahaja gaya, pasti akan memberi kerjasama dengan baik.
Tetapi itu cerita lama sebelum masing-masing mengepit ‘handbag’ mahal. Walaupun sudah mempunyai cahaya mata, tetapi selebriti dilabel ‘hot mama’ ini tetap maintain dalam berpenampilan. Maklumlah sebagai ‘public figure’ memang perlu sentiasa menjaga penampilan diri terutama ketika berada di khalayak ramai.
Admin senaraikan di sini beberapa selebriti muda yang sudah menjadi hot mama tetapi tetap menyerlah dalam gaya masing-masing. Biarpun ada anak, namun mereka tetap bijak suai padan busana bersesuaian ketika bergandingan.
Ibu kepada Yusuf Iskandar ini memang bijak bergaya. Melihat di laman instagram, banyak gambarnya sekarang adalah bersama Yusuf. Anak lelaki tunggalnya ini juga mempunyai follower tersendiri yang kadang kala setiap aksi dilakukan begitu mencuit hati netizen.
Dari muda hingga sekarang Scha antara selebriti yang bijak bergaya walaupun di mana dia berada. Berkahwin dengan Awal dan mempunyai Lara Alana
jadi pakej lengkap hidup Scha.Terbayang betapa seksinya dulu Yana Shamsuddin. Tetapi setelah berhijrah kejelitaan Yana makin terserlah dan cocok sekali dengan penampilannya. Sentiasa posing dengan anak lelaki kesayangannya, Aisy Mateen di laman IG. Untungnya Yana baru-baru ini dihadiahkan kereta oleh suami tersayang sempena hari jadinya.
Bar sahaja bergelar ibu dan bekas model yang juga pelakon ini semakin sibuk menguruskan anak di rumah. Tilla kini menghadkan aktiviti seninya kerana mahu beri tumpuan pada Syeriv. Kalau dah namanya model, gayanya juga di laman IG tetap seperti model popular.
Sebelum bergelar pelakon, Irma Hasmie juga ada pengalaman bergelar model. Setelah berhijrah dan dikurniakan cahaya mata, Irma kelihatan cukup bahagia dengan keluarga kecilnya ini. Dua orang anak-anaknya diberi didikan agama yang bagus dan Irma juga sering muat turun fotonya memberitahu aktiviti bersama dua anak kesayangannya ini.
Berkahwin dengan Farid Kamil ketika usianya masih muda dan kini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora. Ternyata Diana tetap berada dalam pesonanya yang tersendiri. Ibu muda ini cukup rapat dengan dua orang anaknya ini. Diana kelihatan lebih matang setelah menjadi ibu dan gayanya juga lebih santun berbanding ketika anak dara.
Kawan baik kepadq Irma Hasmie ini juga melakukan penghijrahan yang menjadikan dia insan lebih baik. Tidak lagi berlakon tetap banyak beralih kepada bidang pengacaraan. Diana Amir pandai meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk dengan tugasan.
Artis tinggi lampai ini cukup bijak dalam berfesyen, lebih-lebih jika menghadiri majlis festival. Dan setelah mendapat anak pun, Hanez tetap bergaya walaupun gayanya cukup santai. Dia bijak suai padan busana bersesuaian dengan dirinya sebagai ‘hot mama’.
Lagi seorang bekas model yang cukup menggetar kalau lihat fotonya dulu. Gayanya sebagai model profesional cukup terserlah. Kini Sarah selesa menyarung baju yang sesuai dengan penghijrahannya. Ibu kepada Syaikhul ini juga tidak boleh berenggang dengan anaknya. Bukti lihat foto-foto di laman IG.
Artis berlesung pipit ini punya ceritanya tersendiri. Mulanya Wawa dan Aeril Zafril menyembunyikan status perkahwinan mereka. Tetapi itu cerita lama. Kini, pasangan ini cukup bahagia dengan dua cahaya mata. Wawa pula semakin bijak bergaya lebih-lebih lagi di samping dua anaknya yang mewarisi ketampanan bapanya dan kecantikan Wawa sendiri.
Isteri kesayangan Datuk Seri Allif Syukri, Datin Seri Shahida
ini memang menjaga penampilannya sesuai dengan status sebagai usahawan yang perlu kelihatan cantik dan menarik. Mempunyai tiga cahaya mata dan baru-baru ini telah mengambil seorang lagi anak angkat sebagai penyeri keluarga mereka. Melihat gaya mereka bagaikan tidak percaya itu adalah anak-anaknya kerana lagak seperti adik dan kakak.Rentetan cerita kontroversi membabitkan dirinya, Joy Revfa juga turut dilabel selebriti paling popular. Usahawan muda ini mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Dia juga kaki IG kerana sering memuat turun fotonya bersama anak lelakinya ini.