13 Sebab Ini Jadikan MEGHAN MARKLE, Bakal Isteri PUTERA HARRY Carian Tertinggi Di GOOGLE Sejak 2016

Share

Semua sudah maklum, adik Duke Of Cambridge, Putera William, Putera Harry sudah melangsungkan pertunangannya dengan pelakon Meghan Markle. Nampaknya dalam ribuan gadis, hanya wanita ini berjaya menawan hati anak kedua mendiang Puteri Diana ini. Apa agaknya keistimewaan Megan hingga berjaya disunting sebagai suri hati Putera Harry. Khabarnya juga Megan lebih istimewa berbanding isteri Putera Willian, Duchess Of Cambridge, Kate Middleton. Lebih menariknya Meghan juga menjadi carian tertinggi di GOOGLE sejak 2016

13 FAKTA MENARIK MEGHAN MARKLE RAMAI TAK TAHU

1. Putera Harry dan Megan bertemu buat kali pertama pada Julai 2016 melalui sebuah ‘blind date’ yang dirancang seorang teman. Keduanya mengatakan tidak mengetahui latar belakang masing-masing walaupun keduanya adalah public figure. Ternyata kecantikan Meghan sangat mengagumkan Harry untuk terus menjalin hubungan seterusnya.

2. Hubungan mereka akhirnya diketahui umum hinggalah disahkan sendiri kerajaan Ingegris pada November 2016. Dan Oktober 2017, Harry kemudiannya memperkenalkan Meghan kepada nendanya, Ratu Elizaberth II.

3. Putera Harry dikatakan melamar Megan awal bulan November 2017 lalu. Harry melamar kekasihnya itu ketika mereka berdua sedang menyediakan ayam panggang di Kensington Palace, London, di kediaman Harry. Lamaran itu diterima dengan senang hati oleh Meghan yang menanti Harry menyarung cincin di jari manisnya.

4. Cincin pertunangan ini nanti direka sendiri oleh Harry menggunakan emas berhiasan dua batu berlian milik mendiang ibunya, Ladi Diana. Dan salah satu berlian berasal dari Botswana. Cincin ini nampak sederhana dan klasik tetapi tetap terihat kemewahannya.

5. Putera Harry begitu menyukai Botswana hingga menjadikan negara di Afrika Selatan itu sebagai rumah keduanya. Pertama kali Harry ke sana ketika usianya 13 tahun dan setelah dua bulan kematian Lady Diana. Istimewanya tempat ini membuatkan Harry sanggup menerbangkan kekasih hatinya Megan untuk menyambut hari kelahiran di sini.

6. Meghan sebelum ini pernah berkahwin tetapi bercerai Ogos 2013 yang lalu. Nama penuh artis berusia 36 tahun ini adalah Rachel Meghan Markle merupakan seorang ativis kemanusiaan. Meghan menjadi Duta Dunia

di World Vision Artist Collective untuk membantu anak-anak kecil di Rwanda mendapat pendidikan,makanan dan kesihatan yang selayaknya. Selain itu Meghan juga melakukan perjalanan ke Rwanda untuk Clean Water Campaign.

7. Selain itu Meghan juga sebelum ini adalah pembuat kaligrafi. Dia melakukannya untuk menambah punca pendapatan dengan bakatnya dalam bidang kaligrafi.

8. Sebenarnya Meghan lebih berusia tiga tahun dari Putera Harry. Walaupun berbeza usia namun tidak dapat memisahkan cinta antara mereka berdua. Meghan lahir pada Ogos 1981, manakala Harry pula pada 3 September 1984.

9. Selain itu tunangan Putera Harry ini juga turut berkecimpung dalam bidang fesyen. Malah turut melakukan kolaborasi dengan Reitmans sebuah jenama dari Kanada. Pada 2016 koleksi Meghan Merilis diperkenalkan yang mencampukan gaya couture denga sentuhan kasual.

10. Sejak desas-desus hubungannya dengan putera Harry diketahui umum, Meghan menjadi carian tertinggi di Google mengalahkan Angelina Jolie dan Jennifer Lawrence pada 2016.

11. Ia juga memiliki jaringan sosial yang besar dengan 1.1 juta pengikut di Instagram dan lebih 330.000 pengikut di Twitter.

12. Meghan juga adalah seorang anak dari perkahwinan campur ibunya yang mempunya campuran Afrika-Amerika dengan bapanya yang berkulit putih berketurunan Belanda-Ireland.

13. Menamatkan pelajaran di sebuah Perguruan Tinggi Katolik (khusus untuk perempuan) dan kemudiannya mendapat Sarjana Komunikasi di Northwestern University pada tahun 2003.

KREDIT FOTO: PINTEREST

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina