Biarpun figura yang satu ini seorang wanita, namun popularitinya setaraf dengan ustaz selebriti seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf ataupun Pu Azman. Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, 47 tahun yang sering berkongsi ilmunya melalui dakwah di media sosial.
Sikapnya yang lembut dan mesra menjadikan dirinya dikenali ramai. Beliau bukan sahaja dikenali kerana dakwahnya, tetapi ibu kepada tujuh cahaya mata ini juga gigih menimba ilmu dan siapa sangka beliau juga merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Inilah yang dikatakan beauty with brain kerana memberi semangat kepada hijabi di luar sana untuk mengecap kejayaan walaupun sudah mempunyai anak. Hijabista cukup bangga dengan kejayaan yang dikecapi.
Bukan sahaja memiliki wajah cantik, tetapi juga bijak menguruskan segala-galanya termasuk urusan rumah tangga, suami dan anak-anak.
IDOLA SELURUH WANITA MUSLIMAH DI MALAYSIA
Dato Dr Norhafizah Musa. Inilah indikasi contoh terbaik untuk seorang “beauty with brain”. Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh wanita muslimah di Malaysia.
PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata, tapi memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu.
Hijabi juga harus mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama, secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
BEAUTY WITH BRAIN
Buat semua wanita yang mendambakan menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah kita semua. Amin.
Minggu lepas kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, 52, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat.
Hari ini kita dikejutkan pula dengan pemergian ke negara abadi, Jezmine Zaidan, yang cukup terkenal di kalangan pencinta fesyen hijabi.
Berikut nasihat Ustazah Asma’ Harun tentang bagaimana sepatutnya kita berkongsi berita kematian sahabat kita.
MARILAH DENGAN IKHLAS HATI KITA MENDOAKAN
Sebagai saudara se-Islam, pilihlah gambar dan ayat terbaik setelah saudara kita kembali kepada Ilahi, dengan mengharapkan saat kita pergi begitulah jua kita disantuni.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”
Ads
Sahabat semua, apabila menerima berita mengenai kematian, ucapkanlah lafaz istirja’
( إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ) :
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156:
Maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar – (Iatu) orang-orang yang apabila mereka di timpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. (Al-Baqarah: 155-156)
Ads
Mari bersama kita mendoakan sahabat-sahabat kita yang telah pergi dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.
Maksudnya: “Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.”
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah kubur dia salah satu daripada taman-taman syurga-Mu. Dan janganlah Engkau jadikan kubur dia sebagai kawah daripada kawah neraka.”
Semoga keluarga Almarhumah terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT.”
Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT.
Jika sebelum ini, kedatangan haidnya memang normal. Malah tidak pernah alami senggugut atau sakit perut yang melampau. Namun ujian Tuhan datang tanpa diduga. Setelah berbulan-bulan dia mengalami kesakitan di bahagian perut yang menyakitkan hingga menyebabkan tidak boleh berjalan dan terbongkok-bongkok sambil memegang perut. Rupa-rupanya dikesan menghidap cyst dan setelah berjaya melakukan pembedahan, doktor nasihat untuknya elak ambil 17 makanan ini agar masalah tidak lagi berulang.
Menurut wanita ini, Sarina Mohd Som, 40 tahun, ketika berdepan masalah itu sebelum ini ada kalanya dia juga diserang cirit birit dan sakit pinggang hingga membuatkannya tidak boleh berbuat apa-apa.
Setelah doktor mengesahkan ada cyst dalam perut dan perlu dibuang segera. Nasibnya juga cukup baik kerana cyst itu bukanlah sejenis kanser yang amat ditakuti.
Berkongsi pengalamannya di laman sosial facebook tatkala berdepan ujian getir ini. Malah turut memberi nasihat kepada wanita di luar sana agar menjaga kesihatan.
Ibarat diberi peluang kedua yang tidak akan dilepaskan dan memberi keinsafan untuk menyayangi diri sendiri.
Sebelum ini tidak pernah alami senggugut dan period setiap bulan adalah normal
Sharing is caring
Khas untuk sahabat wanita.
Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan. Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy. Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang. Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat. Bayangkan…
Keluarga dan teman-teman nasihatkan berjumpa doktor. Tapi rasa takut menyebabkan terus bertahan
Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa Dr. Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.
Ramadan lalu rasa satu benda pelik dalam perut, seperti ada ketulan besar dan bila ditekan rasa senak.
Sehinggalah pada Ramadan lalu saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras. Bila ditekan, terasa senak. Jantung terus berdebar, terus tak lalu makan. Saya fikir ia hanya angin, saya cuba menafikan apa yang saya sedang fikirkan. Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat pertama kalinya.
Akhirnya buat juga pemeriksaan dengan doktor dans etelah buat ultra sound dan scan memang ada cyst.
Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah cyst.
Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui jawapan ini. Mood saya ke laut, hanya menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja. Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa di lupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat turun mendadak kerana takut dan risau.
Terus buat ujian darah dan pap smear. Alhamdulilah selepas tiga minggu dapat keputusan yang menggembirakan
Seminggu selepas raya, saya rujuk kes ke Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam. Sebulan selepas itu, mendapat temujanji dan membuat beberapa ujian darah dan pap smear. Inilah antara ujian yang paling saya takuti dan geruni.
Alhamdulillah 3 minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya. Alhamdulillah, keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan bersyukur pada yang Esa.
Kedaan seperti hamil 15 minggu
Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan Dr, seperti wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.
Menjalani pembedahan membuat cyst bersaiz 3 cm dan 10.8 cm dengan empat tebukan diperut.
5hb Sept saya masuk wad, dan 6hb September operasi secara laparoscopic membuang cyst dilakukan. Dr juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa open czer. Ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya redha apa sahaja yang terbaik. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan dua cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi. Jangan fikir laparoscopic tak sakit.. Ada empat tebukan diperut saya. Dua di perut kiri, satu di atas pusat dan satu lagi di perut kanan. Tak terbayangkan bagaimana Dr keluarkan cyst yang bersaiz besar itu.
Lepas pembedahan doktor nasihatkan supaya jaga pemakanan agar cyst yang sama tidak berulang. juga disaran jalani hidup lebih sihat dengan melakukan senaman dan kurangkan berat badan. Doktor juga sarankan supaya hamil lagi.
Usai operasi, Dr menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila Dr sarankan untuk hamil lagi.
Nasihat kepada wanita di luar sana, jika ada tanda pelik pada diri segerlah berjumpa doktor.
Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah Dr segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya. Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Ini pula pesanan penting kepada wanita di luar sana:
Jumpa Dr segera sekiranya:
Heavy period.
2. Senggugut kronik.
3. Sukar hamil.
4. Period yang tidak seimbang.
Makanan yang perlu dijauhi:
(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang cyst juga perlu jaga pemakanan)
1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (fucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)
2. Kurangkan makan ayam daging (Sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)
3. Banyakkan makan ikan.
4. Banyakkan makan sayur.
5. Jauhi FAST FOOD
6. Elakkan makanan dalam tin.
7. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.
8. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.
9. Daging merah.
10. Ikan terubuk.
11. Ikan parang.
12. Siakap bela.
13. Manisan (kurangkan gula)
14. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.
15. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.
16. Ikan pari.
17. Ikan bawal hitam.
Saranan Dr:
Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.
(Jangan tanya kenapa itu tak boleh dan ini tak boleh. Itu yang disarankan oleh beberapa orang doktor dan kenalan yang mempunyai pengalaman yang sama kepada saya)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai sedia maklum bahawa aktres jelita, Nad Zainal baharu sahaja melangsungkan pernikahan dan sekali lagi bergelar isteri kepada pengarah, Ungku Ismail Ungku Aziz pada 23 Januari lalu bersamaan, 1 rejab.
Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi beberapa muat naik video dan foto momen indah sewaktu pasangan ini diijabkabulkan menjadi suami isteri. Namun, yang menarik perhatian wargamaya adalah solekan yang menjadi pilihan Nad Zainal untuk menghiasi wajahnya pada hari bersejarah itu.
Nad kelihatan sungguh berseri sehingga ramai diantara wargamaya yang setuju ‘Seri Pengantin’ Nad begitu terselah dalam solekan berkenaan. Hijabista difahamkan jurusolek Nad Zainal pada bahagia itu adalah jurusolek terkemua, Dato’ Alha Alfa.
Video menatarias wajah Nad Zainal turut dimuat naik di laman Tik Tok Alha Alfa berserta kapsyen menzahirkan ucapan Tahniah kepada Nad Zainal.
“Tahniah Nad Zainal 💜💙 makeup using @AlhaAlfaCosmeticsHQ,” Tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video berkenaan jelas kelihatan seri pengantin Nad, sekaligus dibanjiri dengan pujian oleh orang ramai. Kulit Nad, kelihatan cantik, mulus dan begitu berseri sekali, sentuhan Alha Alfa hanya menjadi penambah seri kepada aktress Nad Zainal yang sememangya mempunyai genetik cantik dan jelita.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen yang rata-ratanya memuji kejelitaan Nad Zainal, antaranya:
“Even dia artis slalu makeup pun, masa sanding naik gila seri dia ❤️❤️❤️
“cantiknyaaaaaaaaa 😍😍😍hebat gila sentuhan ajaib dato AA ni!
“Love gila dengan sentuhan Datuk ni.. Hinggap je tangan dia ke muka sesiapapun auto jadi cantik walaupun orang tu dah cantik.
Apapun, Hijabista mendoakan agar perkahwinan Nad dan Ungku Ismail berkekalan hingga ke jannah dan memperoleh bahagia serta maghfirah oleh Allah SWT.
Sekadar info, sebelum ini, ketika ditanya berkenaan status hubungan dirinya bersama Ungku Ismain, Nad berkata Ungku merupakan antara individu paling rapat dengan dirinya ketika ini.
Pengakuan berkenaan dibuat Nad pada, siaran langsung di aplikasi TikTok, pada Jumaat lalu selepas kembali pulih setelah sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dna jangkitan kuman pada paru-paru.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...