Nama Ayu Raudhah sebelum ini pernah memuncak apabila mewarnai dunia lakonan tempatan dalam drama ‘Sutera Maya’ bagi slot Akasia yang ditayangkan di TV3, sekaligus berjaya meletakkan namanya sebaris dengan aktres popular sedia ada.
Bagaimanapun, Ayu atau nama penuhnya, Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 mulai memperlahankan rentak seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha.
Perkahwinannya sejak 13 tahun lalu yang mengambil tempat pada tarikh keramat 21 Januari 2011, itu kemudianya turut disusuli dengan keputusan bertudung sekembalinya Ayu dan suami usai mengerjakan umrah.
Rindu Nak Berlakon Tak Penah ‘Surut’
Ketika ditemui team Nona, kami bertanyakan adakah tiada sekelumit rasa rindu untuk kembali melangkah ke dalam arena seni dan menghiasi kaca televisyen dalam drama dan filem. Ini respon yang diberikan oleh adik kepada usahawan yang juga pelakon Rozita Che Wan.
“Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah lagi kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di televisyen, lagi menebal kerinduan.
“Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Drama itu diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Saya berlakon watak Ma Su Faridah. Dan sudah enam tahun berlalu.
“Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba. Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami, memang saya fikir banyak kali untuk terima tawaran berlakon.
“Tambah pula, berlakon perlukan pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata,” katanya yang turut gembira di kelilingi enam permata hati.
Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu mengakui dia pernah berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung, serta pernah juga mengusahakan bisnes f&b dahulu.
Ads
“Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak. Macam idea buka kafe dahulu pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.
“Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” katanya.
Ceburi Bidang Perniagaan Antara Pengalaman Bernilai Buat Ayu
Ads
Pemenangkategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) itu juga percaya pengalaman menceburkan diri dalam bidang perniagaan menjadi harta bernilai buat dirinya sehingga kini.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Kembali bekerja di era norma baru memang menimbulkan ketakutan, terutama ketakutan terpapar virus saat beraktiviti di luar rumah. Untuk itu pemerintah juga sudah menganjurkan untuk memakai busana yang menutupi tubuh, terutama area tangan.
Adakah anda merasakan bahawa gaya anda akan begitu sahaja? Sebenarnya, setiap kali mengunjungi butik, isinya adalah pakaian yang sama yang dipakai oleh rakan anda? Jom, semak almari anda sekali lagi. Suai padankan pakaian yang anda miliki sehingga kelihatan eksentrik dan berbeza. Tidak perlu pergi ke butik mahal untuk mencari produk yang dibuat hanya satu dari setiap reka bentuk.
Anda juga boleh menggunakan almari sistur atau ibu anda dan memanfaatkan pakaian yang menjadi trend pada masa itu. Oleh itu, jangan takut untuk dikatakan kuno selagi anda bijak mengayakannya.
Keinginan untuk tetap tampil fashionable pasti ada. Anda tidak ingin terlihat leceh ketika perjalanan ke tempat kerja, kan? Kalau begitu intip 7 jenis busana yang harus anda pakai setiap hari di era norma baru termasuk untuk hijaber supaya tetap tampil stylish:
1. Sweater
Kalau cuaca terlalu sejuk, anda boleh memilih sweater yang cukup tebal. Namun, jika cuacanya panas lebih baik pilih swetaer yang agak tipis supaya tidak kepanasan. Sekiranya di Malaysia anda tidak sesuai mengayakan sweater di luar pejabat, mungkin sebagai ekstra apabila di dalam pejabat agar tetap bergaya.
2. Jaket
Boleh tampil stylish dengan aneka jaket yang ada di almari. Pilih jaket jeans, bomber jacket, crop jacket, hingga jaket kulit. Asalkan sesuai dengan waktu dan tempat.
3. Kardigan
Tampil manis dengan balutan kardigan dengan aneka warna dan motif kesukaan anda. Padukan dengan inner top yang tepat supaya penampilan anda masksima saat beraktiviti. Gadingan kardigan pastikan sesuai dengan padanan hijab juga. Sekiranya hijab anda bercorak pastikan kardigan anda dengan warna polos.
4. Baju lengan panjang
Anda boleh pakai baju, blouse, atau kemeja lengan panjang. Padankan busana yang menutup area lengan anda supaya tidak bersentuhan langsung dengan orang lain, terutama di kenderaan umum.
5. Blazer
Penampilan luar biasa dengan tambahan oversized blazer yang membuat anda kelihatan chic dan stylish. Blazer sesuai dipadukan dengan aneka baju atau kemeja lengan pendek.
6. Dress lengan panjang
Mau tampil lebih feminim? Cuba kenakan dress dengn motif floral seperti contoh berikut. Namun, pastikan lengannya panjang sehingga menutupi tubuh anda. Kembangkan gaya anda persis wanita British yang tampak klasik dari segi penampilan dan warna-warna yang di gunakan.
Daya tarikan pastoral di pinggir bandar Britain menuju ke almari pakaian yang moden. Siluet serba boleh dalam fabrik mewah menghasilkan kemegahan semula jadi yang hebat di luar rumah anda setiap hari. Keunikan koleksi UNIQLO ilham pereka utara Irish JW ADERSON. Koleksi ini juga menampilkan rekaan untuk kanak-kanak. Hebat untuk hijabi bergaya dengan padanan baju yang longgar.
7. Coat
Anda boleh pilih trench coat atau long coat untuk menemani gaya anda seharian. Selain melindungi tubuh di era norma baru.
Kalau memang terpaksa bekerja atau beraktivti di era norma baru ini, jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri sambil tetap tampil menawan. Langsung mandi dan cuci pakaian anda sampai di rumah, ya. Semoga idea 7 jenis busana yang harus anda pakai setiap hari di era norma baru termasuk untuk hijaber agar mampu mengurangkan sedikit ketakutan anda beraktiviti di luar rumah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perjalanan hijrah pelakon Izara Aishah sering menjadi tumpuan orang ramai. Imejnya yang bertudung labuh dan menutup aurat itu juga menjadi inspirasi ‘outfit of the day‘ khususnya buat para wanita di luar sana.
Baru-baru ini tular perkongsian kata-kata mutiara oleh pelakon tersebut mengenai erti istiqamah buat dirinya. Ramai yang memuji cara penyampaian dan makna yang diberikan olehnya itu.
‘Rasa Kuat Itu Akan Datang..’ – Izara Aishah
Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @user637484748, Nik Izara Aishah Binti Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah menjawab persoalan tentang tip untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.
“Tiada masalah tak kuat sekalipun, pakai sahaja. Nak buka, bukalah. Bila mahu pakai, pakai sahaja.
“Tapi bila dah pakai.. Pahalanya cukup dahsyat. Memang tidak diakui iman kita naik dan turun, lama-lama kita akan rasa kuat dan rasa sendiri untuk menutup aurat.
“Izara tutup sebab Izara jumpa ayat dalam al-Quran yang Allah SWT pesan untuk tutup aurat. Minta doa banyak-banyak, Allah SWT will guide you.” katanya.
Izara juga turut menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Katanya, melihat perubahan yang berlaku melalui keluarganya yang mulai menutup aurat membuatnya bersyukur.
Izara Membesar Dalam Keluarga MODEN, Tapi Tak Pernah Tinggal Solat!
“Izara dibesarkan dengan keluarga yang moden, tetapi masih religious. Moden tetapi memang solat tak tinggal.
“Tetapi kita bukan jenis yang pakai tudung. Selepas itu bila semua dah meningkat usia, semua family dan Izara sendiri mula untuk menutup aurat.
“Lama-lama bila umur meningkat kita akan realize sendiri. Slow-slow tak perlu risau.” ujarnya lagi.
Sekadar info, pelakon Pilot Cafe itu mulai mengenakan tudung pada 14 Ogos 2021. Satu hantaran gambar dimuat naik pada akaun Instagram miliknya mengejutkan semua peminat sekali gus dia juga memadam gambar-gambarnya yang terdahulu.
Geram betul bila ada banyak bintik-bintik hitam ataupun ‘blackhead’ di wajah terutamanya di kawasan hidung! Bukan sahaja menjadikan wajah tidak bersih malah keyakinan diri juga turut terjejas kerana adanya bintik-bintik ini!
Namun menghilangkannya bukan semudah membersihkan wajah dengan pencuci muka atau skrub, malah ramai yang berkunjung ke pusat kecantikan untuk sesi facial yang turut membuat proses extraction untuk mengeluarkan bintik hitam.
Sabar! Jangan bazirkan wang anda! Apa kata anda cuba dengan 5 cara ringkas dan semua jadi ini. Jauh lebih murah dan juga berkesan untuk anda lakukan sendiri di rumah. Jom cuba!
Cara 1
Cara pertama ialah dengan menggunakan putih telur. Ambil telur putih mentah (pastikan tiada telur kuning tercampur), pukul sehingga kembang dan ratakan pada bahagian hidung yang ada bintik hitam. Letakkan lapisan nipis tisu diatasnya. Biarkan ia kering dan buang tisu tersebut. Bersihkan wajah seperti biasa dan sapu pelembap.
Lakukan cara ini sekerap yang mungkin untuk memastikan wajah terhindar dari bintik-bintik hitam yang merosakkan keseluruhan wajah anda.
Cara 2
Untuk cara kedua ini, kita gabungkan campuran putih telur dan juga lemon, Caranya, pukul 2 biji telur putih dan perah 1 camca teh jus lemon. Sapu pada wajah biarkan selama 15-20 minit dan bersihkan setelah ia kering.
Pastikan tiada luka pada wajah anda. Jika tidak, anda akan berasa sedikit pedih kerana jus lemon itu memberi kesan yang kuat terhadap luka anda.
Cara 3
Cara seterusnya sedikit pelik, tetapi amat berfungsi untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah anda! Pastikan anda keluarkan bahan-bahan penting seperti baking soda, garam halus dan juga produk pencuci muka anda.
Caranya, campur satu camca teh baking soda, garam halus bersama pencuci muka gel. Ratakan pada wajah yang telah dibasahkan. Biarkan selama 5 minit dan bersihkan wajah.
Cara 4
Masih menggunakan perahan jus lemon, tetapi kali ini anda jadikan ia sebagai pes.
Caranya, perah jus lemon dan campurkan dengan baking soda sehingga ia menjadi pes. Ratakan pada bahagian bintik hitam selama 20 minit dan bersihkan dengan air sejuk.
Cara 5
Gabungan jus lemon dan madu benar-benar terbukti untuk menjadikan kulit berseri, menghilangkan jerawat dan paling penting melenyapkan segala bintik hitam yang ada di wajah. Caranya mudah sahaja!
Potong buah lemon kepada separuh, letakkan beberapa titik madu di atas permukaan yang dipotong tadi. Kemudian sapu pada kawasan bintik hitam.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...