Selain penampilan menarik, tata rias atau solekan juga memainkan peranan penting dalam menambah keyakinan seseorang. Memasuki tahun baru ini, pastinya solekan beberapa selebriti ini boleh dijadikan inspirasi dalam memberi ‘look’ baru kepada gaya anda.
Tidak sukar sebenarnya untuk bersolek kerana boleh melihat pelbagai tutorial yang sering dimuat turun di media sosial.
Apa yang penting untuk bersolek perlu apa barangan asas seperti foundation, powder, pensil mata, pemerah pipi dan juga pelembap bibir.
Ayuh, kita lihat beberapa tatarias mekap artis popular yang sering jadi pilihan barisan selebriti tanah air untuk dijadikan inspirasi di tahun 2019 ini.
Kebanyakan Mekap Artis ini berpengalaman lebih 10 tahun dalam menyolek selebriti. Antaranya seperti Khir Khalid, Najeeb Azami, Tiar Zainal, Saidatulnisa Aminuddin dan beberapa lagi nama yang turut jadi pilihan selebriti dan juga golongan Diraja.
Ads
Hasil sentuhan dan kreativiti solekan mereka mampu mengubah wajah jadi berbeza dan lain dari kebiasaan. Lihat sahaja solekan Khir Khalid yang berjaya mengubah wajah Elfira menjadi seperti anak patung di hari persandingan selebriti kecil molek ini.
Kanta lekap merupakan pilihan wanita masa kini berbanding kaca mata kerana ia lebih mudah dan nampak cantik bila dipakai. Namun, anda perlu menjaga kanta lekap sebaik-baiknya kerana ia berkait rapat dengan mata dan dibimbangi mata dijangkiti kuman sekiranya ia tidak dijaga dengan betul.
Banyak kes yang Hijabista dengar tentang kes individu yang hampir buta akibat pemakaian kanta lekap. Terbaru, seorang gadis bernama Siti Musliha telah berkongsi pengalamannya yang hampir buta gara-gara kanta lekap sekitar April yang lalu. Nasib baik dia bertindak pantas dan terus pergi ke klinik mata berhampiran. Jika tidak, apa agaknya yang jadi.
Hijabista kongsikan kisah Siti Musliha buat hijabi semua. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
3 April 2017 yang lalu memang pengalaman hitam aku bila mata sebelah buta sekejap sebab contact lens (CL). Aku nak share pengalaman nie untuk korang yang pakai CL, then bagitahu sekali cara yang betul jaga CL macam doctor mata bagitahu.
Sebelum aku share pasal cara pakai & jaga CL, aku nak cerita macam mana aku boleh buta sebelah mata sekejap. Aku memang jenis pakai CL bila keluar jalan-jalan. Sebab rabun tu masalah utama, selebihnya normal as perempuan nak nampak cantik.
Nak dijadikan cerita, masa buka CL, mata aku kering takde air dekat mata. Then aku cabut CL agak kasar but still tak menyakitkan mata. Esoknya pagi nak bangun, sebelah mata langsung tak boleh buka, pedih sakit yang teramat amat sangat sampai menangis. Menangis pun rasa pedih dan perit gila.
Terus pergi klinik mata terdekat, buat scan mata, pakai lampu biru & mata penuh dgn calar-calar sebab CL . Calar paling teruk dan paling besar lukanya betul-betul kena dekat anak hitam mata dan itu punca mata pedih dan tak boleh buka.
Pekerja tu terpaksa pakaikan bandage contact lens untuk bagi mata kurang rasa sakit buat sementara sebab aku disuruh untuk pergi klinik pakar mata untuk rawatan seterusnya dalam masa 24 jam. Takut jangkitan kuman dan boleh ke arah buta. Masa tu Allah je tahu betapa takut, sedih, menyesal, semua ada.
Lepas tu terus rujuk doktor pakar mata. Macam biasa, dia scan mata then bagi segala ubat-ubat mata yang aku kena guna secara konsistan tanpa skip. Aku dpt 4 ubat; gentamincin eye oil treatment, sterile eye pad, eye drop nicol & last sekali antibiotic amoxicillin.
Setiap 15 minit aku kne drop gentamincin eye oil treatment tu dekat mata. Memang oily gila rasa mata macam kena bubuh minyak. Bayangkan betapa seksanya 15 minit sehari nak kena bubuh dekat mata, sama juga dengan eye drop nicol. Terpaksa kunci jam setiap 15 minit untuk 24 jam sehari.
Doktor pesan kalau nak cepat baik, kena struggle. Masa tu Allah je tahu betapa aku tak tido siang malam demi nak baikkan mata. 4 hari babe aku tidur tak betul. Hari ke-5, alhamdulillah mata dah slow-slow boleh buka dan nampak sekeliling. No more sterile eye pad, dah macam lanun.
Itulah kisah sedih aku pasal CL. So ini cara pakai dan penjagaan CL aku nak share dari doktor mata tu sendiri. Sebelum pakai kanta lekap, pastikan tangan dicuci dengan betul. Seelok-eloknya guna air sabun, bilas dan cuci. Jika masih rasa pedih, cuci lagi kanta lekap.
Lepas letak kanta lekap dalam mata, titiskan air Renu yang khas untuk mata yang memakai kanta lekap. Biasanya kita dengar yang penggunaan maksimum kanta lekap selama 8 jam. Jadi ikut peraturan ini. Biasakan selepas balik dari mana-mana terus tanggalkan, cuci dan rendam kanta lekap.
Air Renu atau apa sahaja air rendaman untuk kanta lekap wajib ada! Jangan sesekali guna air paip ya. AWAS!
Kanta lekap hendaklah sentiasa dicuci. Bilas kanta lekap sekurang-kurangnya 3 kali. Bila sudah tanggalkan kanta lekap, jangan biar mata begitu sahaja. Titiskan dengan Eye Glo supaya mata tidak menjadi merah dan kering . Air Renu & Eye Glo beli dekat Watsons okay.
Selamat menjaga contact lens anda & paling penting jagalah mata anugerah Allah bagi.
Korang, mana-mana yang malas nak cuci CL , guna ‘washer lens’. Senang je, letak air saline utk cuci CL. Letak lens kiri & kanan then putar je penutup tu sampai korang puas hati dah bersih lens tu. Putar macam mesin basuh tu. Alat nie jual banyak kat IG . Murah-murah je uols.
Air saline untuk cuci CL sahaja. Seeloknya cuci sehari 2 hingga 3 kali okay. After cuci CL, rendam dengan air RENU multipurpose solution. Take note korang.
Renu multipurpose solution . Setakat nie yang paling best solution untuk rendam CL. Memang function untuk bersih dan basmi kuman. Renu nie bantu CL sentiasa basah & selesa bila dipakai. Jangan sesekali guna solution nie bila dah tamat tempoh. Boleh guna as pencuci dan rendam CL.
Ni normal saline, solution paling murah. Air saline nie hanya untuk cuci CL & jangan sesekali guna as rendaman CL, ianya saline garam yang bukan berfungsi untuk basmi kuman. Ia sekadar mencuci CL. Bekas CL pun jangan cuci guna air paip, cuci guna air saline juga setiap 3 bulan sekali. Take note.
Setelah menempuh episod duka tahun lalu, pelakon tinggi lampai Bella Dally kini berpeluang mengecap kebahagiaan di awal tahun baru ini. Dalam posting terbaru, Bella mengumumkan dia sudahpun mengikat tali pertunangan Sabtu lalu bersama jejaka pilihannya di Kota Kinabalu, Sabah.
Bella yang cukup anggun mengenakan dress moden rona kuning cair yang juga turut dipadankan dengan hijab rona sama.
Menurut Bella dalam laporan Harian Metro,mengaku sudah bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Arif, 34 tahun.
Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkata, keputusan bertunang dibuat selepas lima bulan berkawan dan saling mengenali hati budi.
“Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik.
“Sejujurnya, saya tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Walaupun selepas bercerai saya pernah cakap nak memberi fokus pada kerjaya dan belum fikir soal mencari pengganti, tapi siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah SWT? Inilah yang dikatakan jodoh,” katanya
Ditanya mengenai majlis perkahwinan, Bella berkata dia merancang untuk bernikah tahun ini, namun belum ada sebarang tarikh ditetapkan.
Berkongsi ciri-ciri yang ada pada Arif hingga membuatkannya jatuh cinta, menurut Bella jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu seorang yang ‘gentleman’ dan bertanggungjawab.
“Dari awal perkenalan lagi dia tahu status saya dan dia boleh terima. Cuma, dia baru tahu saya selebriti. Sejak itu, dia mulai mengikuti perkembangan saya di Instagram.
“Apa yang membuatkan saya yakin untuk membawa hubungan ini ke fasa serius adalah dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan ‘gentle’.
“Alhamdulillah, kedua belah keluarga merestui hubungan kami. Macam keluarga saya, mereka sentiasa sokong keputusan saya asal saja saya gembira,” katanya.
Setiap minggu kedua di bulan Januari penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menyambut ulang tahun kelahirannya. Dan tahun ini lebih istimewa kerana sambutan kali ke 40 yang dianggap sebagai permulaan memasuki usia 40-an. Melihat perjalanan beliau dari dulu hingga kini nyata Siti semakin matang dan tampak lebih konfiden, terutama bab berfesyen.
Malah sejak mengenakan hijab pada 2013 pada usia 34 tahun ternyata penampilan Siti lebih cantik dan sangat jelita.
Ibu kepada Siti Aafiyah ini juga turut menjadi idola dan inspirasi buat hijabi di luar sana yang ingin kelihatan cantik dan bergaya.
Ayuh, kita lihat #OOTD Siti Nuhaliza yang memang bijak menggayakan pakaian mengikut kesesuaian majlis dihadiri.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.