12 AMALAN Ini Boleh Membuka Pintu REZEKI. Amalkan Setiap Hari!

Share

Rezeki setiap individu berbeza-beza dan tidak sama. Tentunya setiap individu mahu diri mereka mendapat rezeki yang banyak tetapi itu semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan setiap hari.  Ada inidividu yang merungut mengapa rezeki terasa begitu susah untuk singah. Jika ada, pasti akan cepat habis.

Untuk mendapat rezeki yang luas, cuba amalkan beberapa amalan ini kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat kita semua. Cuma, anda perlu bersangka baik dengan Allah.

1. Beribadah

Jangan lupa untuk beribadah kepada Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hambaNya. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak Istighfar

Istighfar merupakan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah. Dengan memperbanyak istighfar, Allah akan semakin jatuh kasih pada hambaNya lalu Dia akan melapangkan jiwa dan kehidupan hambaNya.

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, an-Nasa’i Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Menjauhi Dosa

Istighfar tidak pernah laku di sisi Allah jika anda masih berbuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah mampu menutup pintu rezeki seseorang.

Sabda Nabi s.a.w.:

“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Berbakti & Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w berpesan agar sesiapa yang mahu dipanjangkan umur dan ditambah rezeki, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

5. Berbuat Baik & Menolong Orang Yang Lemah

Hendaklah kita berbuat baik kepada orang yang lemah termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

6. Berselawat

Selawat dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

7. Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang lain juga boleh menjadi sebab mengapa Allah melapangkan rezeki dan memperkenankan hajat anda sendiri seperti sabda Nabi s.a.w:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Bangun Awal Pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

9. Melakukan Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha merupakan rahsia untuk membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Meskipun sedang sibuk, jangan dilupakan untuk menunaikan solat Dhuha.

10. Bersedekah

Sedekah boleh mengundang rahmat Allah dan merupakan salah satu sebab mengapa Allah membuka pintu rezeki anda. Sekiranya anda memudahkan orang lain, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan anda.

11. Bertawakal

Dengan tawakal, anda akan dimurahkan rezeki dan akan sentiasa terasa kaya. Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kami diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

12. Zikir & Baca Ayat Quran Tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, membuka pintu hidaya, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Selain itu, ia juga mampu menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati. Contohnya, siapa yang mengamalkan bacaan surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

Sumber: Aliff Channel

Published by
Naqiyatul Uzma