Pastinya ramai yang menjadikan susu sebagai minuman favourite kan? Ramai orang yang suka minum susu, tapi tak tahu kelebihan yang ada dalam minuman itu. Susu merupakan pembekal kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekuatan gigi dan tulang.
Kalsium merupakan salah satu elemen penting sewaktu pembesaran dari alam remaja sehingga menginjak ke usia emas. Kalsium dalam susu membina tulang dan gigi yang kuat bermula dari usia kanak-kanak. Pengambilan susu setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko osteoporosis ketika tua kelak.
Mengikut piramid makanan, jumlah sajian susu dan produk tenusu yang disyorkan adalah satu sehingga tiga sajian sehari.
Satu perkongsian di twitter perkongsian dari @neyrashazeyra atau pemilik akaun pemilik sanitizer, menwar-warkan bahawa susu berjenama TESCO ini mempunyai rasa yang sedap dan murah.
Alhamdulilah ramai yang mula sokong barangan buatan Malaysia, ternyata susu ini ada kelebihannya sendiri. Walaubagaimanapun sebelum membeli baca kandungan dan nutrisi susu ini ya untuk kebaikan bersama.
SUMBER: Twitter @neyrashazeyra