Sedar atau tidak, kesibukan dunia hari ini sering membuatkan kita LALAI dengan kewajipan yang patut dilakukan. Salah satunya adalah dengan kewujudan teknologi canggih. Tetapi, adakah patut kita menyalahkan teknologi terkini atau jari telunjuk itu patut dituding kepada diri sendiri.
Dalam satu rancangan TAZKIRAH dalam siaran radio IKIM, Ustaz Pahrol Mat Juoi berkongsi antara punca serta penyebab kenapa kita LALAI.
PERKARA yang membuat kita LALAI:
1. Kurang membaca Al Quran.
2. Kurang berzikir.
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat Jemaah.
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan, sukan dan di meja makan serta menonton TV.
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal sahaja.
6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram.
9. Tangguh untuk bertaubat.
10. Malu untuk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini.
Ada juga Pandangan Ustaz menyebut; Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat ‘jarak’ kita dengan Al Quran. Petua sentiasa dekat dengan Al Quran: Pesannya, belilah Al Quran mengguna duitkan duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Pesan dengan Al Quran, kita nak bersahabat dengan dia.
Antara AKIBAT dari sikap LALAI:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.
2. ‘Bunuh’ kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadah dan amalan soleh.
SEBAB-SEBAB LALAI:
1. Mengulangi dosa kecil sehingga menjadi kelaziman.
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai.
3. Berada dalam persekitaran ‘rosak’ (contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan).
CARA-CARA untuk mengatasi sikap LALAI:
1. Cari sahabat yang baik dan soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam untuk solat tahajud.
4. Banyakkan berzikir dan taubat.
5. Rajin baca Al-Quran.
6. Bersangka baik pada orang lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
11. Bersabar bersyukur dan bertawakkal.
SUMBER: Radio IKIM* (Tazkirah)
*Ustaz Pahrol Mat Juoi dan Terima Kasih: Noor Rizal Effendi .
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI