Memperbaiki permukaan kulit wajah, memancarkan cahaya kulit secara semula jadi, memperbaiki penampilan garis-garis halus dan menutup liang pori yang membesar malah mengisi semula tahap penghidratan menjadi keprihatian utama wanita.
Apa yang menarik untuk dikongsikan di dalam artikel ini, bahan utama yang terdapat di dalam pelembap dan serum terbaharu di pasaran yang bakal menjadi kegilaan si ‘beauty junkie’ iaitu peptida.
Apa yang perlu anda ketahui mengenai peptida?
Peptida adalah versi protein yang lebih kecil di mana terdapat pada kebanyakkan produk kesihatan dan kosmetik. Peptida yang berlainan untuk kegunaan yang berbeza, seperti sifat anti-penuaan, anti-radang atau pembentukan otot.
Penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa beberapa jenis peptida dapat bermanfaat dalam memperlambatkan proses penuaan, mengurangkan keradangan dan menghancurkan mikroba.
Beberapa peptida yang paling popular termasuk peptida kolagen untuk anti-penuaan dan kesihatan kulit dan suplemen peptida kreatin untuk membina otot dan meningkatkan prestasi atlet.
Ads
Manfaat peptida dalam kecantikan
Melambatkan proses penuaan
Salah satu factor utama bahan unggul ini menjadi kegemaran ramai, peptida boleh merangsang pengeluaran melanin, melambatkan proses pigmentasi kulit dan dapat meningkatkan perlindungan kulit terhadap kerosakan akibat sinar matahari.
Kosmetik anti-penuaan topikal juga boleh mengandungi peptida yang menurut pengeluar dapat mengurangkan kedutan, membantu menegangkan kulit dan meningkatkan aliran darah.
Meningkatkan penyembuhan luka
Oleh kerana kolagen adalah komponen penting dalam kulit yang sihat, peptida kolagen dapat memudahkan penyembuhan luka dengan lebih cepat. Peptida bioaktif juga dapat mengurangkan keradangan dan bertindak sebagai antioksidan yang dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk sembuh.
Cara Penggunaan
Masa dan dos suplemen peptida akan berbeza-beza, bergantung pada jenis dan jenama. Sentiasa ikuti arahan pakej semasa menggunakan krim atau losen peptida topikal. Jangan melebihi ukuran yang disyorkan. Hentikan penggunaan dan berjumpa doktor sekiranya berlaku reaksi buruk.
Ads
Kuasa Duo 11 Bahan Unggul Peptida Bantu Masalah Kulit
Gabungkan penggunaan dua produk unggul dari Drunk Elephant dalam matltamat kecantikan anda. Dengan losen Protini Polypeptide sebagai pelembap yang dibungkus dengan 9 peptida isyarat bersama Protini Powerpeptide Resurf Serum adalah sokongan yang kuat yang merupakan AHA yang berkesan dan lembut yang menjadikan kedua-duanya lebih mudah diserap.
Dengan campuran 11 peptida yang sangat pekat, serum terbaharu dari drunk elephant ini memberikan kulit yang segar dan bugar sambil menyasarkan kulit yang kusam dan warna yang tidak sekata. Mengurangkan penampilan garis-garis halus, kerosakan kulit kesan sinar matahari dan pori-pori yang besar diperbaiki dan kembalikan cahaya kulit lebih berseri-seri.
Ads
Sementara itu, bahan penambah air yang kuat seperti snow mushroom extract, sodium hyaluronate, and sodium PCA menambah tahap penghidratan. Minyak tumbuhan dan vitamin yang kaya dengan antioksidan tocotrienols, squalane, minyak biji teh hijau, dan minyak marula menenangkan sambil menambahkan sentuhan kelembapan ringan ke kulit.
Anggap Protini Powerpeptide Resurf Serum sebagai rawatan penguat kulit ke peringkat seterusnya. Diformulasikan dengan gabungan unik peptida, asid amino untuk pemulihan dan asid laktik untuk pengelupasan, ia mensasarkan banyak tanda kerosakan sambil menguatkan kulit dan membawanya kembali ke keadaan kulit paling sihat. Protini Powerpeptide Resurf Serum diformulasikan pada pH ideal 3.3.
Pelembap protein ini menggabungkan sebilangan peptida isyarat pekat, faktor pertumbuhan, asid amino yang menyokong dan teratai pygmy untuk memberikan kulit yang lebih muda dan kelihatan baru, hampir dari aplikasi pertama. Dipenuhi dengan protein dan nutrien, ia menambah dan memulihkan kulit anda kembali ke keadaan yang kuat dan sihat, sehingga garis-garis, kedutan dan tanda-tanda kerosakan matahari yang kelihatan berkurang serta-merta.
Selain itu, Drunk Elephant telah memperkenalkan Protini Polypeptide Cream yang menguatkan kulit dalam saiz JUMBO edisi terhad yang sangat sesuai untuk peminat jenama ini. Dengan 100ml yang luar biasa, Protini Polypeptide Cream Jumbo adalah dua kali ganda dari ukuran biasa, nikmati losen pelembap ini untuk kulit yang lebih licin, lebih cerah dan lebih berseri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bertapa bertuahnya wanita asal Perak, Noorhasnieda Tajuddin.
Beliau, yang pada awalnya menyertai Peraduan #Belinuuna menang rumah secara suka-suka tidak pernah menyangka bahawa nasib akan berpihak padanya, apabila menjadi peserta yang paling bertuah memenangi sebuah rumah.
Bersyukur! Tak Sangka Rezeki ‘Jatuh Dari Langit’
Menurut Hasnieda, dia memasuki Peraduan #Belinuuna menang rumah secara kebetulan. Ini kerana, perlu menyediakan juadah bagi majlis jamuan sekolah (Potluck) anak-anaknya. Malah, dia hanya memikirkan mahu menyediakan juadah yang mudah dan sedap.
“Saya memasuki peraduan ini secara tidak langsung sahaja. Kebetulan sekolah anak memang ada buat jamuan (potluck), jadi kalau boleh saya nak mencari menu yang mudah sahaja.
“Saya memang tidak meletakkan harapan yang tinggi, apabila perlu bersaing dengan seramai sepuluh orang lagi peserta. Kalau ada rezeki saya, adalah.
“Tak sangka pula, saya menjadi peserta yang pertama dapat membuka pintu rumah berkenaan. Saya rasa sangat terkejut sehingga tak terkata (Speechless) apabila nasib menyebelahi saya.
Dengan 30 Resit Penyertaan, Hasnieda Miliki Rumah Bernilai RM 300,000!
Bagaimanapun, Hasnieda menjelaskan setakat ini, dia belum mempunyai sebarang perancangan terhadap rumah yang dimenangi yang terletak di Residensi Alia, Puncak Alam, Selangor. Sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh senibina Australia itu.
“Saya dapat tau berkenaan Peraduan #Belinuuna menang rumah ni daripada laman sosial Facebook. Lepas tu saya tertarik kerana tidak pernah mendengar berkenaan jenama Nuuna ni. Jadi saya terdetik nak mencubanya.
“Dan sambil-sambil itu, saya memang menghantar banyak penyertaan asbab perlu menyediakan juadah bagi jamuan sekolah anak. Anggaran sebanyak 30 resit saya telah sertakan bagi tujuan menyertai peraduan berkenaan.
Setiap bulan saya menghantar penyertaan selama enam bulan, sekadar mencuba nasib memenangi rumah.
“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Majalah Rasa dan jenama Nuuna yang telah menganjurkan peraduan ini, walapun mengambil tempoh selama enam bulan yang agak panjang. Tapi ia amat berbaloi kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, Hasnieda berkata demikian ketika ditemubual oleh team Rapi pada majlis pengumuman pemenang ‘Grand Finale Cabutan Bertuah, Fuyoo! #Belinuuna Menang Rumah yang berlangsung di Central Concourse, Central i-City Shah Alam pada Ahad.
Malah, peraduan yang telah berlangsung pada 1 Januari sehingga 30 Jun 2024 itu telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negara.
Sering kita lihat isu penganiayaan terhadap penghantar makanan seperti Grab Food atau Food panda. Namun, ada juga masalah berbangkit dari perkhidmatan itu sendiri kepada pelanggan yang menggunakan khidmat ini.
Tular sebuah perkongsian dari Penghantar Grab sendiri menegur penghantar makanan yang lain untuk hantar makanan terus ke depan rumah pelanggan. Ini kerana ramai yang enggan melakukannya meski pun telah di request oleh pelanggan.
Menurut perkongsian dari pengguna TikTok @grab_nizam, dia ada menghantar makanan kepada seorang pelanggan yang duduk di sebuah pangsapuri. Dia juga menyatakan pelanggannya itu duduk di tingkat 4 dan memintanya untuk hantar ke depan rumah.
Pelanggannya itu merupakan seorang wanita yang di gelar ‘Auntie’ adalah orang kurang upaya (OKU). Katanya, ramai rider yang enggan untuk menghantar makanan ke depan rumahnya kerana pangsapuri itu tiada lif keatas.
“Auntie ini complain ramai rider tak mahu naik ke atas tingkat 4 kerana tiada lif,
“Kalau suruh naik rider akan bagi macam-macam alasan. Tapi tahu tak kenapa dia suruh naik? Auntie ni OKU! Pleaserider jangan sibuk kejar order sahaja.” tulisnya dalam video itu.
“Apa Salahnya Kita Mudahkan Urusan Orang?”- Wargamaya
Isu ini juga turut menjadi perhatian buat wargamaya ekoran mereka juga pernah alami masalah ini. Ada juga yang bersyukur kerana masih ada rider yang baik seperti Nizam (pemilik video itu).
“Kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita bang. Semoga dimurahkan rezeki abang,
“Selalu bagi tip dekat rider kalau mereka hantar sampai depan pintu. Even tingkat 1 pun aku akan bagi tip sebab mereka dah susah-susah hantar makanan dekat kita,
“Entah, dulu elok sahaja sebelum pkp naik sampai atas. Drop dekat bawah sebab PKP, sekarang rasanya tak valid dah tinggal dekat bawah alasan PKP.” ujar komen-komen wargmaya susulan isu ini.
Tidak semua penghantar makanan yang berkelakuan seperti itu, tetapi mungkin minta dipertimbangkan untuk memahami satu sama lain. Jaga hubungan kita agar urusan kita bersama dimudahkan.
@grab_nizamKalau rasa x berminat ramai lagi org nak keje rider nih jgn disebabkan segelintir punya peel semua rider terpalit sama♬ Commando – Mavokali
Manis sekali pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan Laudya Cyntia Bella dalam satu majlis khatam Quran di kediamannya minggu lalu .
Walaupun tidak tahu tujuannya untuk apa, tetapi dalam instagram milik Bella seolah-olah membayangkan pelakon ini bakal menamatkan zaman gadisnya September ini.
“One step closer to happiness”
Ini Part of the best moment in my life,proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan “takdir”.
Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati.
Terimakasih ya Allah
Apa-apa pun admin ucapkan tahniah jika benar dan pastinya suara Bella cukup merdu memperdengarkan bacaan suci Al-Quran.
Dalam majlis penuh sederhana itu, Bella turut ditemani keluarga serta sanak saudara dan juga teman rapat yang berada di sisinya yang turut sama-sama merasai momen kegembiraan buat dirinya.
Cuma di hujung majlis tatkala Bella mencium kedua ibu bapanya, admin sedikit sebak apabila Bella berkata,
“Insya-Allah, hati dan cinta Bella tetap akan bersama keluarga”.
Begitu kukuh sekali ikatan kekeluargaan dan ternyata Bella begitu menyayangi keluarganya. Begitu sukar untuk dilepaskan begitu sahaja.
Ternyata setiap post yang dimuat turut di laman instagram miliknya mendapat ‘like’ yang cukup banyak sehingga ada mencecah 700 ribu ‘like’. Peminatnya juga turut memuji kecantikan Bella yang natural dan begitu asli sekali.
Solekan yang dikenakan di wajahnya juga begitu sederhana tetapi tetap terlihat manisnya pelakon kelahiran Bandung ini.
Begitu juga dengan busana yang digayakan pada hari berkenaan. Terserlah seri bakal pengantin dengan rekaan dres kaftan bersulam renda dan kuntuman kelopak bunga.
Mahkotanya juga dijaga rapi dilitupi selendang labuh rona sedondon dengan kemasan manik di tepinya.
Kebanyakan follower Bella turut mendoakan kebahagiaannya dan berharap agar segalanya berjalan lancer hingga menjelang hari yang penuh dinanti itu nanti.
Apa pun peminat di Malaysia juga turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Bella dan jejaka yang bertuah memiliki hati Bella. Semoga ikatan yang bakal terjalin nanti kekal hingga ke jannah.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...