Kebiasaannya kalau salah seorang sudah menceburkan diri dalam industri seni dan berjaya, pasti akan diikuti adik-beradik yang lain. Malah populariti mereka akan menjadi lebih berganda sekiranya adik beradik yang tampil ini semuanya cantik, bijak dan pandai bergaya. Seperti pakej lengkap dalam mewarnai industri ini dengan kehadiran mereka. Malah ada antara mereka ini yang mendapat carian tertinggi di ‘GOOGLE’ setiap masa.

Di Malaysia sahaja, ramai geng adik beradik yang mewarnai indusri ini antaranya keluarga Che Ta, Nelydia Senrose dan juga Neelofa. Lebih bagus lagi keluarga mereka ini bersatu dan mengembangkan perniagaan kerana peluang yang ada tidak dilepaskan begitu sahaja.

Maklumlah masing-masing mempunyai follower tersendiri dan mudah untuk memasarkan produk yang diusahakan. Malah kehadiran anak-anak mereka juga baik selebriti menjadi satu kelebihan buat personaliti masing-masing.

Namun begitu, jika ada kontroversi yang tidak baik membabitkan salah seorang daripada mereka, yang lain juga akan terpalit sama. Dan kebiasaannya, dia tak akan keseorangan kerana adik beradik yang lain akan menyokong atau ‘back up’ dengan baik. Kata orang susah senang bersama kerana darah yang mengalir adalah darah yang sama dan hubungan ibarat air di cincang takkan putus.

Dalam hal ini, ada juga di kalangan netizen yang gemar mencari kesalahan artis yang tak disukai dan bagusnya juga ada di antara mereka yang akan ‘back up’ baik punya personaliti kesayangan mereka. Oleh sebab itu masing-masing ada kelab peminat yang akan beri sokongan dalam apa juga aktiviti membabitkan artis pujaan mereka.

Ayuh, kita lihat siapa adik beradik yang mencipta nama sekaligus melonjak populariti fugura masing-masing. Ada antaranya yang masih aktif dan ada juga yang guna cara tersendiri untuk merapatkand diri dengan peminat mereka.

1. Che Ta ‘In The House’

Siapa tak kenal adik-beradik Che Ta. Masing-masing punya penampilan yang cukup glamour. Lihat sahaja jika majlis hari raya atau sambutan hari jadi, pasti keluarga mereka akan pakai sedondon. Peminat juga suka melihat gaya adik beradik ini yang sangat mewah dengan busana bertukar-tukar setiap kali pergi bercuti atau sambutan raya.

2. Senrose Family

Adik beradi Senrose ini juga begitu dikenali dengan lakonan drama demi drama mereka. Kadang-kadang seperti sukar untuk membezakan yang mana satu Nelydia dan Uqasha kerana masing-masing seperti kembar. Seorang lagi yang kian meniti populariti adalah Raysa Rizrose yang juga merupakan Dewi Remaja 2014/2015.

Ads

A post shared by @nelydiasenrose on

3. Keluarga Maembong

Admin memang suka melihat keluarga seni Maembong ini. Masing-masing ada cara tersendiri untuk popular. Hubungan adik-beradik ini juga cukup rapat malah ada turut disatukan dalam rancangan The House musim pertama membabitkan, Emma, Chaca dan Yaya Maembong. Gaya mereka tidak dibuat-buat dan seronok melihat telatah anak-anak pelukis terkenal Ismail Embong. Bakat bapanya sebagai pelukis terserlah pada Emma yang turut melakar lukisan bagi hijabnya yang direka khas, ‘My Sketchbook Shawl’.

4. Elfira, Esliza & Ezzrin Loy

Elfira Loy dan adik-beradiknya juga turut mewarnai dunia seni. Mereka ini sudah berlakon sejak kecil lagi dan begitu menjiwai watak yang diberikan. Menjadikan ibu mereka, Filzah Yusoff sebagai ‘Manager’, segala urusan terutama Elfira terletak pada bahu ibunya. Selain Elfira, dua adiknya yang aktif berlakon adalah Esliza dan Ahmad Ezzrin Loy.

A post shared by @ahmadezzrinloy on

6. Anak-anak Fatimah Abu Bakar

Ini satu lagi keluarga seni yang sangat berbakat. Daripada emak hinggalah pada anak-anaknya. Semuanya memiliki bidang yang tersendiri selain berlakon dan juga mengacara serta penyampai radio. Lihat sahaja Sharifah Amani yang sudah memenangi beberapa anugerah termasuk Pelakon Wanita Terbaik. Walaupun jarang bertemu kerana urusan masing-masing, tetapi jika ada kesempatan pasti akan berkumpul di rumah ibu mereka, Fatimah Abu Bakar.

Ads

7. Sharifah Sakinah & Sharifah Shahirah

Ini juga antara adik-beradik yang popular dan sudah lama menghiasi persada seni tanah air. Gelagat –gila-gila mereka berdua ini seakan sama walaupun Sheera yang terlebih dahulu dikenali. Seorang lagi kakak mereka, Sharifah Haslinda juga antara pelakon yang popular di zaman 90-an. Masih lagi diminati lakonan mereka terutama Sharifah Sakinah yang aktif berlakon, sementara Sheera pula senang bertugas sebagai pengacara.

11 ADIK-BERADIK Selebriti Cukup ‘HOT’ & TRENDING, No 11 Paling Banyak CARIAN Di Google

8. Amira Othman & Irfan Harris

Gandingan adik beradik ini antara yang terbaru mewarnai industri seni. Masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri. Jika Amira yang sebelum ini muncul dalam program Akademi Fantasia kembali popular melalui lagu Jaga-jaga dan Hati-hati untuk runut bunyi sebuah drama.  Adiknya pula Irfan Harris pula, bakatnya dicungkil menerusi program realiti Idola Kecil 4 (2011) dan Ceria Popstar (2016). Dia juga merupakan pelantun lagu Redha dimainkan dalam drama Suri Hati Mr. Pilot merupakan adik kepada penyanyi, pelakon dan pengacara berbakat ini.

A post shared by Amira Othman (@amiraaothman) on

9. Anuar Zain & Ziana Zain

Ini pula antara duo adik-beradik cukup versatil dan berada dalam kelas tersendiri. Tiada siapa mampu menidakkan kehebatan penyanyi kesayangan ramai ini, baik Anuar Zain dan juga kakaknya Ziana Zain. Persamaan antara mereka, kedua-duanya pernah bekerja sebagai pramugari/pramugara dengan Syarikat Penerbangan Malaysia Airline (MAS).

Ads

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

10. Ella, Jojie & Saidatulnisa

Siapa sahaja yang tidak meminati bakat nyanyian yang ada dalam diri Ella. Penyanyi bersuara serak ini sudah lama popular sekitar tahun 90-an lagi. Suaranya cukup unik dan hingga kini terus memacu kejayaan. Bukan dia sahaja yang dikenali tetapi juga kakaknya, Jojie yang merupakan ‘Manager’ Ella. Seorang lagi kakak mereka Saidatulnisa Aminuddin walaupun berlainan bidang dengan menjadi jurusolek. Beliau jadi viral baru-baru ini kerana insan yang bertanggungjawab menyolekkan Tunku Tun Aminah di majlis perkahwinannya.

11. Neelofa & Sister

Yang ini kita boleh panggil keluarga usahawan yang bukan sahaja cantik, bijak dan juga popular. Baik perkembangan atau penampilan Neelofa, kakaknya Noor Nabila dan juga adiknya Ameera Khan sering menjadi perhatian netizen. Terbaru isu Neelofa dikatakan memakai seluar koyak lulut ketika bercuti. Sebagai kakak, Nabila membalas setiap kecaman netizen dan memberitahu hal sebenar kepada ‘follower’ mereka. Walau apa jua kontroversi, keluarga ini mempunyai cabang binses yang bagus kerana setiap helaian tudung Naelofar Hijab yang dipasarkan pasti akan ‘sold out’.

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI