Seramai 10,000 pelarian di Syria terima manfaat dan bantuan kemanusiaan atas kejayaan Ikon Kemanusiaan Peduli Insan, In-Team mengutip dana mencecah sehingga RM1.025 juta bagi sepanjang tahun ini.
Ahli kumpulan Inteam, Hazamin Harun berkata, pada Februari lalu, dana sama bagi misi seumpamanya turut memberi manfaat kepada seramai 10,000 pelarian Syria di utara negara berkenaan.
“Bantuan itu termasuk kit makanan, membaik pulih khemah, pendidikan, bantuan kecemasan dan alat pemanas serta bahan bakar bagi mereka mengharungi musim sejuk.
“Pengalaman menyertai misi kemanusiaan di kawasan utara Syria memberikan kami peluang merasai sendiri kesusahan dan penderitaan pelarian di sana,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran muzik video Selimut Kasih pada selasa.
Jelasnya lagi, penataan melodi dan muzik dalam lagu tersebut merupakan hasil garapan ilham dari Ketua kumpulan In-Team sendiri, Syah dengan gandingan lirik hasil karya Ahmad Fedtri Yahya.
Mengulas lanjut berkenaan lagu Selimut Kasih ini, Hazamin berkata antara momen yang paling mengujakan adalah bilamana lagu itu mendapat tempat dalam Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) dengan tersenarai bagi kategori Lagu Nasyid Terbaik pada September lalu.
Pada masa yang sama, tinggi harapan Hazamin dan kumpulan In-Team agar
klip video yang dirakamkan mereka sewaktu menyertai misi kemanusiaan di Syria mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk terus cakna terhadap nasib saudara se-Islam.
In Team berhadap agar rakyat Malaysia khusunya yabg beragama Islam dapat terus menjalankan kerja-kerja amal dan menghulurkan bantuan kepada pelarian Islam di Syria dan negara-negara lain.
“Video ini dapat melahirkan simpati terhadap pelarian Syria yang hilang segala-galanya dalam sekelip mata akibat kesan peperangan yang berlanjutan hampir 12 tahun.
“Saya menangis ketika menjayakan misi di sana apabila melihat sekolah yang dibina dari khemah yang sangat daif. Saya tersentuh hati melihat anak-anak Syria dahagakan pendidikan,” jelasnya.
Untuk rekod, pada 18 Februari lalu semasa dalam perjalanan ke bumi Shams itu, In-Team telah melakukan ‘Cabaran 12 Jam Syria’ secara live di media sosial bertujuan menyertai Misi Bantuan Musim Sejuk 2022 dan Inteam berjaya memungut dana lebih RM840,000 daripada orang ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Tunggu Awak Balik Ya’- Sertai Misi Di Syria, Ardell Aryana Sebak Tinggalkan Anak & Suami
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.