Usah pandang sebelah mata kuasa wanita. Tangan insan yang menghayun buaian inilah yang boleh menggoncang dunia. Biarpun hanya berada di belakang seorang lelaki tetapi kehebatan wanita jangan diperlekehkan. Malah pengaruh dan aura mereka cukup kuat dalam mencorakkan kehidupan berkeluarga. Tuah mereka juga boleh menjadi insan paling berpengaruh di dunia dan pastinya cabaran besar perlu dipikul.
Namun tahukah anda bahawa wanita-wanita beragama Islam dan memiliki aset bernilai lebih ratusan billion ringgit. Bukan hanya cantik, wanita-wanita Muslim ini juga punyai pengaruh dan miliki harta kekayaan yang bukan calang-calang.
Ada antara mereka mewarisi harta kekayaan daripada keluarga, ada yang bertuah bersuamikan seseorang yang berketurunan kaya raya dan ada juga yang kaya hasil usaha sendirinya. Kisah mereka ini moga dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana. Bukan sahaja mampu mengoncang dunia tetapi juga turut berdiri di tapak kaki sendiri.
1. Puteri Ameerah Al-Taweel, Arab Saudi
Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel merupakan isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang keluarga diraja Arab Saudi. Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan atau pengusaha berusia 58 tahun, ia dinobatkan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai harta bersih lebih dari $20-25 bilion.
2. Rania Al Abdullah, Jordan
Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah wanita Muslim ini telah bernikah dengan Putera Abdullah II. Suaminya telah diisbatkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999. Walaupun Raja Abdullah tidak pernah menghebahkan kekayaannya, namun informasi mengatakan ia telah menghabiskan lebih dari 1 bilion dalam pembinaan Taman Tema Star Trek sahaja. Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menobatkan Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.
3. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei
Sultan Hasanal Bolkiah memiliki sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat. Sultan Brunei membelanjakan sebanyak $20 juta pada perkahwinan anak perempuannya ini. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah wanita Muslim yang telah menikah dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.
Ads
4. Sheikha Maitha Binti Mohammed, Dubai
Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja kaya raya Dubai. Sheikha wanita Muslim juga merupakan seorang atlet Tekwando dan pernah memenangi pingat Perak pada kejuaraan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya diperkirakan lebih dari $40 bilion.
5. Sheikha Mozah Bint Nasser Al Missned, Qatar
Sheikha Mozah merupakan isteri kedua dari tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad diperkirakan lebih daripada £7 bilion. Negara yang mempunyai ladang minyak dan gas asli terluas, Qatar juga merupakan negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia.
6. Sheikha Hanadi Binti Nasser Al Thani, Qatar
Seorang wanita Muslim pegawai bank, pelabur dan usahawan yang kaya raya, Sheikha Hanadi adalah salah seorang ahli perniagaan yang paling sukses dalam sejarah ekonomi Qatar. Selain menjadi penasihat khusus di Standard Chartered Bank, ia juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City. Kekayaan keluarga Thani diperkirakan hampir $15 bilion.
Ads
7. Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, Malaysia
Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri atau nama sebenar baginda ialah Siti Rozita binti Adil Bakeri merupakan isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin. Keluarga baginda tidak pernah mendedahkan jumlah aset yang dimilikinya namun terdapat sumber yang menyatakan anggaran jumlah kekayaan yang dimiliki baginda adalah lebih RM70 juta.
8. Fathima Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi
Isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad ini dilahirkan dalam antara keluarga paling kaya di dunia. Permaisuri Arab Saudi ini dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya kepada umum. Kecantikan dan pesona Puteri Fathima ini begitu tersembunyi. Namun kini wajah cantik Ratu Fathima sudah terungkap di media. sebagai negara OPEC terkaya, Arab Saudi menguasai 39% cadangan minyak OPEC. Jadi boleh kita bayangkan betapa gemilangnya hidup Fathima.
Ads
9. Yang Mulia Puteri Lalla Salma
Yang Mulia Puteri Lalla Salma adalah isteri dari Raja Mohammed VI. Puteri Lalla Salma lahir pada 10 Mei 1978. Ayah beliau adalah seorang guru sekolah. Umum mengetahui beliau kali pertama sebagai Permaisuri Maroko yang juga merupakan ibu kepada dua anak. Walaupun begitu, Puteri Lalla Salma tetap kelihatan ramah walaupun menjadi first lady atau permaisuri Maroko. Raja Mohammed memiliki anggaran mencapai USD960 ribu menurut Forbes. Disebut kekayaannya mencapai USD2.5 milion.
10.Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah putri kedua sekaligus anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang terlahir pada 16 Mac 1976. Berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Director yang juga merupakan ‘Assistant Executive’ di pejabat Perdana Menteri pada Julai 2007. Ayah Majeedah, Bolkiah adalah orang terkaya di dunia pada tahun 1997 terkenal dengan kegemarannya pada logam emas yang berharga.
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ikan masak singgang memang menjadi pilihan menu untuk mereka yang sedang berdiet. Ianya sajian yang berkhasiat dan mudah untuk disediakan. Tiada santan dan minyak, sajian ini sesuai buat mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Terbaharu ikan masak singgang dikatakan mampu merawat penyakit Covid-19.
Ikan singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob,” kata Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya berhubung menu ikan singgang kononnya mampu merawat Covid-19 yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat di kalangan netizen.
Azizah berkata, banyak pihak yang menghubunginya untuk mengesahkan mengenai kenyataan yang dibuat itu.
“UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19 itu, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.
“Bagaimanapun, berdasarkan banyak kajian yang dijalankan ke atas bahan-bahan yang ada dalam menu tradisional itu, ia berkemungkinan berpotensi untuk merawat.
“Lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih dalam menu ikan singgang mampu memusnahkan mikrob dan ia diakui melalui kajian yang dijalankan oleh banyak pihak sebelum ini,” katanya.
Katanya, pihaknya tidak dapat mengesahkan ikan singgang mujarab untuk Covid-19 sehingga kajian klinikal ke atas manusia dijalankan secara menyeluruh dan data dikumpul secara sistematik.
“Bukan senang sebenarnya untuk mengesahkan menu ikan singgang itu mujarab kerana hanya melalui kajian tertentu sahaja dapat mengesahkannya.
“Oleh itu saya harap orang ramai jangan keliru dengan kenyataan saya itu kerana ujian klinikal tidak pernah dijalankan ke atas menu ikan singgang dan Covid-19.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tentu menetapkan prosedur sewajarnya untuk memusnahkan virus berkenaan dan kajian tidak boleh dijalankan dengan sewenang-wenangnya,” katanya.
Katanya, ikan singgang diakui menu yang menyihatkan kerana tanpa santan dan minyak serta wajar dimakan untuk amalan kesihatan.
Sumber kredit: Harian Metro
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Figura ini berbeza dari orang lain. Walaupun beliau adalah salah seorang puteri diraja Arab Saudi, tetapi bersikap liberal dan cukup terbuka dalam kehidupannya. Cukup berbeza dengan keluarga diraja lain yang kita bayangkan keluarga yang terdiri dari golongan alim ulama yang begitu kuat dengan pegangan agama mereka. Empunya nama Deena Aljuhani Abdulaziz Al-Saad antara yang meninggalkan kehidupan tradisional masyarakat di sana sebaliknya cenderung memilih gaya hidup orang barat.
TIDAK PAKAI HIJAB & ABAYA
Beliau tidak mengenakan hijab dan juga burqa atau abaya seperti wanita lain di negara asalnya. Deena juga dikatakan sedah lama menetap di New York, Amerika Syarikat dan lebih selesa memilih gaya busana moden dan begitu cenderung sekali menggayakan busana edgy juga sentiasa berpotongan rambut pendek.
Malah dia cukup gemar dalam bidang fesyen dan mempunyai hubungan baik dengan beberapa designer terkenal. Wanita berusia 42 ini juga tidak kisah berulang alik antara New York dan Riyadd untuk bertemu pereka fesyen dunia. Wanita ini juga cukum berhati-hati dan bijak memilih gaya yang bersesuaian dengan dirinya. Boleh dilabel ikon fesyen kerana mempunyai selera esyen cukup tinggi dan gayanya begitu moden sesuai dengan karakter dan setiap event yang akan dihadiri sehingga mencuri gaya netizen.
MEMPUNYAI BUTIK
Nama Deena sebenarnya cukup dikenali dalam dunia moe setelah menjadi editor in Chief Vogue Arabia pada 2016 lalu. Beliau merupakan editor in Chief pertama yang bertanggung jawab mengawasi target Vogue Arabia di kawasan Arabia, Bahrain hinggalah United Emiriah Bersatu dengan ibu pejabat di Dubai.
Sebelum itu, Deena juga sebenarnya telah lama berkecimpung dalam bidang fesyen dengan membuka butik bernama D”Na berlokasi di Riyadh. Bukan itu sahaja, dia juga pernah berkolaborasi dengan Christian Laboutin yang menggunakan namanya untuk salah satu koleksi kasut jenama ternama itu.
IBU KEPADA 3 ANAK
Walaupun dia kelihatannya begitu sibuk ke sana kemari, tetapi Deena tidak melupakan tanggung jawabnya menunaikan tugasnya sebagai ibu kepada tiga buah hatinya, seorang puteri dan sepasang kembar putera.
Puteri Deena juga merupakan isteri kepada Putera Abdulaziz bin Nasser bin Abdulaziz Al Saud. Suaminya ini merupakan anak kepada Putera Nasser Abdulaziz AlSaud yang juga merupakan termasuk dalam salasilah keluarga Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud dan tercatat sebagai Raja Arab Saudi yang pertama.
Semalam seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan tragedi ngeri melibatkan nahas sebuah pesawat ringan, membawa lapan orang penumpang yang terhempas di atas jalanraya Elimina, Shah Alam Selangor.
Lebih meruntun jiwa apabila kesemua penumpang termasuk juruterbang dan dua kru dilaporkan menemui ajal bersama dua lagi orang awam yang secara kebetulan berada di lokasi sama ketika kejadian malang itu berlaku.
Namun, apa yang membuatkan musibah ini menjadi lebih buruk apabila terdapat beberapa individu tidak bertanggungjawab yang tidak berperikemanusiaan yang sewenang-wenangnya merakam suasana selepas kejadian memamaparkan mayat bergelimpangan dan terbakar serta menyebarkanya.
Hanya demi secebis penonton dan viral. Konon mahu menjadi yang terpantas melaporkan kejadian.
Dr. Zulkifli Jelaskan Hukum Menyebarkan video Mangsa Nahas Terkorban
Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya. Sabda Nabi S.A.W:
كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ
Maksudnya: “Hak setiap Muslim ke atas muslim… https://t.co/vU05YPGI85
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 17, 2023
Tindakan ini jelas bertentangan serta bercanggah dengan apa yang digariskan oleh Islam. Tampil menjelaskan hal ini, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu ciapan di laman X miliknya berkata, haram bagi individu lain menyebarkan sebarang bentuk visual berkaitan mangsa tragedi pesawat ringan itu.
“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam trageditersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” tulis Zulkifli.
Bagi mengukuhkan penjelasannya, Zulkifli turut berkongsi satu potong hadis dimana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:
“Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564).
Untuk rekod, nahas pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, semalam adalah yang kedua berlaku di kawasan itu, dengan yang pertama pada 27 September 1977 yang mengorbankan 34 orang di dalam tragedi Japan Airlines Flight 715.
Tahun ini jenama fesyen terkenal tanah air, LEEYANARAHMAN menampilkan koleksi eksklusifnya sempena lebaran 2025 dengan cara tersendiri. Dengan kapasiti besar, LEEYANARAHMAN memilih Stadium Merdeka...