Kesibukan ke tempat kerja setiap pagi membuatkan hijabi tidak ada masa untuk bersiap lebih sempurna. Malah kadang-kadang tudung juga tidak sempat digayakan mengikut trend terkini. Janji boleh sarung dan gaya itu akan berkekalan dari pagi hinggalah waktu untuk balik kerja.
Sebenarnya tidak susah untuk menggayakan stail tudung yang diimpikan. Hanya dengan sehelai selendang dengan sedikit kreativiti gaya anda mampu kelihatan stailo dan menarik. Ayuh Hijabista kongsikan tutorial hijab tanpa menggunakan banyak pin tetapi tetap terampil kemas dan stailo.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM TUTORIAL HIJAB