Hari-hari baca doa tapi antara faham ke tidak apa yang anda baca. Mungkin dari doa di dalam Bahasa arab anda hanya menghafal tanpa endahkan maknanya. Selepas ini boleh tukarkan doa-doa yang kita baca itu kepada Bahasa Melayu pula.
Bila dah faham doa, pasti lebih seronok untuk memohon permintaan dari Allah. Sekali gus kita juga akan lebih khusyuk dan lebih menghayati doa yang dibacakan. Di saat inilah kita disarankan perbanyakkan doa agar dijauhkan dengan wabak yang tular.
Teknik 1: Berilah kekuatan vs lapangkan kesulitan
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan”.
Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita.
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.”
Teknik 2: Berilah vs kurniakanlah
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku..”
Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”
Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah.
Teknik 3: Dimurahkan rezeki vs dilimpahkan rezeki
Sebelum ni kita selalu berdoa, “semoga DIMURAHKAN rezeki.”
Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah, “semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja. Satu lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.
“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Teknik 5: Cara mengaminkan doa
Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini, “Amin Ya Rabbal Al-Amin.”
IKLAN
Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah, “Amin Ya Allah Ya Mujib”.
Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.
Teknik 6: Doa untuk orang lain
Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi.
Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini,
(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun)
Baca 100x, doa ketika beramai-ramai.
IKLAN
“Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”,
(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun)
Baca 100x, doa apabila seorang diri.
Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhuatiran dan keresahan.
Sekali gus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka.
Teknik 7: Doa ketika bersedekah
Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu.
Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,
IKLAN
“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah ku duga.”
Teknik 8: Doa orang yang terlalu sibuk berniaga
Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak spend time bersama dengan keluarga tersayang.
Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak spesifik minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga.
“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami/isteri, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.”
Teknik 9: Doa mendapatkan zuriat
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”.
Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah,
“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”
Teknik 10: Zahirkan kesyukuran sebelum membuat permintaan
Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu.
Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini,
“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.. aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”
‘It’s spring cleaning season’, la bukan bercuti tau maksudnya musim pembersihan bukan penambahan. Masa untuk membuang apa yang tidak patut ya. Sama ada anda ingin membersihkan almari pakaian atau menjadi pakar organisasi, berikut ialah lima petua berguna untuk diingati, daripada pakar pembersihan dan pembersihan:
Selesaikan perkara yang paling besar dahulu.
Ia mungkin kedengaran berlawanan, bermula dengan menyelesaikan masalah kesakitan terbesar anda terlebih dahulu. Tentukan apa yang menyebabkan anda paling tertekan. Adakah dapur? Adakah almari pakaian? Adakah bilik mandi? Sebaik sahaja anda menentukan titik kesakitan terbesar, mulakan di sana. Anda bukan sahaja akan mempunyai motivasi dan momentum yang paling banyak pada permulaan, tetapi apabila tugas yang paling besar selesai, segala-galanya akan kelihatan lebih mudah.
Cipta “zon” dalam bilik yang berbeza.
Mencipta “zon” dalam bilik yang pelbagai guna. Ini akan membantu memastikan semuanya berada di tempat yang betul. Di garaj, sebagai contoh, anda akan mempunyai zon untuk rekreasi, zon untuk peralatan berkebun dan rumput, zon untuk penyelenggaraan dan alat pembaikan dan sebagainya.
Mengurangkan almari pakaian.
Ia tidak akan menjadi cerita tentang merapikan jika kita tidak menyebut almari, salah satu projek yang lebih menggembirakan bagi kebanyakan orang. Melalui pakaian anda boleh menimbulkan emosi, jadi adalah idea yang baik untuk bersedia untuk itu.
Benarkan ia mengambil masa yang lebih lama daripada yang anda fikirkan kerana ia boleh menjadi sangat emosional. Anda benar-benar perlu menggunakan minda. Bahagian ni boleh jemput kawan baik untuk dapatkan pendapat ramai, ala-ala filem sex & the city gitew. Ia boleh menjadi sangat menggembirakan, dan perkara itu benar-benar membantu memastikan anda berada di landasan yang betul.
Dari situ, sentiasa menyimpan tong “derma” di dalam almari. Perkara datang dan pergi sepanjang masa, jadi menyimpan tong sampah dan menambahnya dengan kerap dari masa ke masa benar-benar membantu mencegah pembentukan yang berlaku.
Bersihkan produk pembersihan anda.
Mengatur produk pembersihan anda? Ya, kita akan ke sana. Produk pembersihan adalah kawasan rumah anda yang boleh menjauhi anda dengan cepat. Ia berkeliaran di seluruh rumah, ada yang mungkin telah tamat tempoh dan bukan itu sahaja, ia benar-benar tidak memerlukan banyak produk pembersihan seperti yang sering anda percaya.
Jadi, membuat satu titik untuk menyemak produk pembersihan yang anda miliki, menyingkirkan produk yang telah tamat tempoh atau yang tidak pernah anda gunakan. Hanya pastikan bahawa apabila ia berkaitan dengan produk pembersihan yang lebih keras, anda melupuskannya dengan selamat dan betul.
Tawarkannya kepada rakan dan jiran untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai apa-apa kegunaan untuk mereka, atau hubungi jabatan sanitasi tempatan anda untuk melihat sama ada terdapat program pelupusan sisa berbahaya di kawasan anda.
Label, label, label.
Dan akhir sekali, mengatur label adalah sangat penting. Ia hanya memastikan perkara itu kembali ke tempat yang betul. Tambahan lagi, anda boleh menggunakannya untuk melabelkan barang dalam pantri, melabelkan tong sampah yang berbeza untuk derma dan sebagainya.
Mengosongkan ruang bukanlah satu perjanjian, ia merupakan amalan gaya hidup. Tetapi seperti mana-mana amalan, semakin anda menguasainya, semakin mudah ia menjadi. Oleh itu, buang label tersebut, cipta zon anda dan bersedia untuk rumah yang bebas daripada kekacauan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ada kemusykilan mengenai fadhilat Surah Yasin. Ada yang mengatakan setengahnya adalah daripada dalil yang lemah malah ada yang palsu. Contohnya, Surah Yassin adalah hati bagi Al-Quran. Ada yang kata sahih, ada yang kata palsu.
Satu lagi mengenai pengamalannya. Masa kini Yasin diamalkan setiap malam Jumaat, ketika kematian dan ketika menghadapi peperiksaan. Adakah nas-nas yang membenarkannya?
ADA 83 AYAT
Surah Yasin adalah antara surah Makkiyyah (yang diturunkan di Makkah), mengandungi sebanyak 83 ayat. Secara umum, surah ini membincangkan isu-isu berkaitan ayat Makkiyyah seperti soal ketuhanan, balasan ke atas orang yang mendustakan agama dan soal hari Kiamat.
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan kelebihan (fadilat) surah ini, kebanyakannya adalah hadis palsu yang direkacipta. Ada juga sebahagian hadis yang bertaraf hadis dhaif. Dalam syariat Islam, kita dididik agar tidak terhad berpandukan kepada hadis sohih semata-mata, tetapi kita dibenarkan merujuk hadis dhaif dengan syarat ianya dirujuk sebagai hal berkaitan fadhilat akan sesuatu amalan dan bukan dijadikan sebagai hujah dalam hal hukum hakam.
HADIS BERKAITAN SURAH YASIN
Berikut adalah sebahagian hadis berkaitan Surah Yasin yang sering disampaikan namun ia merupakan hadis dhaif:
“Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, hati bagi Al-Quran adalah Surah Yasin, barang siapa yang membacanya seolah-olah membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
“Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada waktu malam, dia akan bangun pagi dalam keadaan diampunkan dosa.”
Tidak ada dalil yang menyebut waktu-waktu tertentu untuk membaca Surah Yasin seperti malam Jumaat, ketika kematian mahupun ketika musim menghadapi peperiksaan. Begitu juga tidak ada dalil yang melarang ia dibaca pada waktu-waktu tersebut.
Maka dalam hal ini, saya lebih cenderung untuk melihatnya ianya sebagai suatu amalan ibadah yang baik kerana dalam majlis tersebut itu terhimpun palabagai amalan kebaikan seperti memupuk budaya membaca Al-Quran paling tidak seminggu sekali, memupuk semangat berukhuwah sesama muslim serta membudayakan melakukan amalan baik secara berjemaah.
TIADA WAKTU KHUSUS
Namun demikian, masyarakat kita juga perlu dididik supaya memahami bahawa amalan ini bukanlah suatu amalan ibadah yang wajib dilakukan bermaksud apabila minggu atau waktu khusus tersebut tidak dilakukan maka boleh membawa kepada dosa. Jika kesalah fahaman ini yang berlaku dalam masyarakat kita maka ianya perlu kembali diperbetulkan supaya tidak berlaku salah faham dalam menokok tambah perkara yang sedia ada dalam syariat.
Amalan membaca Surah Yasin ini hendaklah dilihat sebagai suatu amalan sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala namun jika ditinggalkan tidak membawa kepada dosa.
Sumber kredit: Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin, Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baju berwarna putih pasti akan ada kotoran atau kesan peluh yang terlalu banyak. Bahkan, ia akan berwarna hitam dan kelihatan seolah-olah seperti berdaki! Euw, gelinya.
Ha, susah betul nak bersihkan dan sental kotoran di baju putih anda, esok pulak nak pakai baju itu, tapi kotor sangat. Jangan risau kami ada solusi untuk menghilangkan ‘daki’ pada baju anda itu.
Sental sampai ke sudah, sama sahaja
Payah betul nak hilangkan kotoran atau kesan peluh yang ada pada sekitar kolar mahupun di bahagian ketiak. Tempat-tempat tersebut pula menjadi sudut yang jelas jika orang sekeliling perhatikan kita.
Baju putih ini seolah-olah kanvas putih, bayangkan jika tercalit lipstik merah atau terpecik kuah laksa makan bersama kak Mila sewaktu lunch tadi, sudah corak baru di baju kita. Tidak ke orang akan tertanya, kita ini seorang yang makan comot ke?
Bila ada kotoran seperti ini di baju anda, solusi mungkin sudah ada seperti mencuci pakaian dengan rendaman clorox atau apa-apa bahan yang boleh memutihkan. Kadangkala, anda juga mahu gunakan alternatif lain jua untuk menghilangkan kotoran ini, betul?
Sudah tentu jika anda ingin cuba alternatif selain detergen, gunakanlah cuka putih untuk membasuh baju putih anda. Hanya satu dos sahaja boleh memutihkan baju putih kesayangan anda itu.
Anda tidak tahu ke kalau cuka putih itu boleh melembutkan fabrik anda, bukan sahaja ia mencerahkan malah boleh selesakan pakaian anda. Jadi, ambik saja cuka dekat dapur itu boleh jimat duit juga!
Campuran peluntur dan jus lemon!
Peluntur mempunyai klorin ini sangat tidak bagus bagi menjaga kualiti pakaian anda. Tidak mahulah kena beli baju putih setiap dua bulan sekali sebab habis rosak baju putih yang sedia ada.
Anda boleh perahkan jus lemon dengan air panas dalam rendaman pakaian putih anda, ambik masa sejam sahaja! Ha, kalau kotoran ini dah degil dan susah nak hilangkan, lamakan masa rendaman itu untuk semalaman. Esok paginya anda boleh cuci pakaian itu.
Guna pencuci mangkuk?
Pelik memang pelik tetapi cecair pencuci pinggan itu berkesan untuk mencuci pakaian putih anda! Senang sahaja, hanya perlu campurkan sedikit pencuci pinggan dengan air untuk bersihkan pakaian.
Rendamkan pakaian anda selama sejam untuk memberikan kesan yang mantap! Agen pencerah dalam pencuci pinggan ini sangat bagus untuk berikan kesan sinar yang baik pada pakaian.
Bercerita tentang kehidupan seorang influencer yang kini kerap tayang kemewahan, Aina berpendapat bahawa zaman sekarang pendekatan yang berbeza berbanding dengan cara dia sendiri sebagai pempengaruh di peringkat awal dahulu.