10 Tahun ‘Honeymoon’ Berdua, Akhirnya Adam Corrie Bakal Dikurniakan Zuriat. Tahniah!

Share

Kehadiran zuriat sememangnya dinantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Zuriat dianggap penyeri rumah tangga. Biar lama mana pun perlu menunggu kehadiran si comel ini, anda perlu bersabar dan percaya dengan setiap apa yang telah Allah rancangkan untuk kita.

Terkini, dikhabarkan bahawa pelakon, Adam Corrie bakal menimbang zuriat setelah hampir 10 tahun honeymoon berdua bersama isterinya. Alhamdulillah, syukur dan tahniah Hijabista ucapkan. 10 tahun bukanlah satu masa yang sekejap. Memang lama. Ternyata penantian itu tidak sia-sia.

Foto: Facebook Adam Corrie

Hijabista doakan agar Allah permudahkan segala urusan Adam Corrie dan isterinya. Malah, Hijabista turut berbangga dengan Adam Corrie yang kekal positif menanti kehadiran cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Berkat Solat Istikharah & Nikmat Cinta Singkat Walau Tanpa Anak, Adam Corrie & Isteri Masih Kekal Bersama

Berikut merupakan perkongsian Adam Corrie menerusi Facebooknya:

Foto: Facebook Adam Corrie

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu..

Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah .

Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.

Saya bukan ada ramai kawan. Kawan baik saya, kawan bergaduh saya, kawan travel, bisnes partner, teman sekatil adalah bidadari saya. Jadi Alhamdulillah nanti bertambahlah meriah suasana rumah kami dgn kehadiran si comel nanti.

“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. “

Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.

Aamin allahumma aamin

I love you @puan_fazi_fuad

Sumber: Facebook Adam Corrie

Published by
Naqiyatul Uzma