Pembabitannya dalam politik sejak usianya masih muda lagi. Sebaik ayahanda tersayang ditahan di jeriji besi, wanita ini gigih memperjuangkan agenda pembebasan dan kebajikan rakyat hingga digelar Puteri Reformasi.
Setelah hampir sedekad berlalu, nyata wanita ini bukan lagi gadis mentah, tetapi beliau sudah cukup matang mendepani pelbagai masalah yang berlaku di sekelilingnya.
Nyata pengalaman lalu menyuntik inspirasi buat diri YB Nurul Izzah untuk terus kukuh berdiri dalam mempertahankan apa yang diperjuangkan.
Sentiasa bersemangat
Beliau yang juga wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai begitu bersemangat setiap kali bercerita soal reformasi pada hari ini yang dikatakan sangat baik untuk masyarakat masa kini terutama dalam usaha membina negara Malaysia yang lebih adil, aman dan harmoni.
Menurutnya kita harus mempunyai keberanian untuk mengubah pentadbiran yang ada sekarang untuk menyelamatkan ekonomi yang dikatakan begitu tidak stabil atau merakyat.
Masih segar di ingatan admin kala mengadakan sesi fotografi dengan beliau untuk muka hadapan sebuah majalah. Tika itu Nurul Izzah yang masih muda menyatakan kerinduan yang tak berbelah bagi pada ayahanda tersayang.
Rindu padanya
Dan kini, tika diberitahu, beliau sudi memenuhi undangan fotografi dengan HIJABISTA, bagai orang mengantuk disorong bantal. Terus sahaja terbayang momen fotografi lalu dan ketika berdepan dengannya, sekali lagi soalan sama menerjah kotak fikiran.
“Tidak rindukah pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim”?
Itu antara soalan yang sempat diajukan pada wanita yang kian bijak, cukup pantas dan bersemangat menjawab setiap soalan yang diajukan.
“Dato’ Seri sudah lama terpisah daripada keluarga mengikut fasa. Jika diukur dari zaman muda beliau hingga kini sudah terpisah hampir 10 tahun. Saya sering kali merasakan inilah yang dikatakan dugaan Tuhan dan ia sebenarnya lebih mengukuhkan jalinan kekeluargaan, dan juga peluang menjiwai kemelut yang dihadapi rakyat terbanyak.
“Saya amat rindukan beliau dan setiap kali berjumpa dia mengukir senyuman dan sikap optimisnya bagaimana beliau memahami masa bersama keluarga bukan bermaksud harus dihabiskan di hotel mewah.
“Masa bersama keluarga adalah nikmat tersendiri dan kita perlu mensyukuri peluang yang ada dan melakukan sebaik mungkin untuk melahirkan kesan yang positif kerana kita mahu membantu agenda rakyat.
“Beliau sangat prihatin dengan isu terkini walaupun beliau berada di sana. Saya sangat bersyukur dan setiap kali rinduannya saya akan cuba ingat semangat dan optimis beliau yang memberikan kami kekuatan sebagai sebuah keluarga.
“Selalunya cucu yang rindu untuk bertemu Papa Tok. Mereka sangat rapat dan boleh peluk cium jika berjumpa di mahkamah,” ujarnya yang dilabel sebagai wanita cukup aktif dan gigih memperjuangkan apa yang dipegang selama ini.
Buat ini bila sedih
Melihat caranya bekerja bagai merasakan masa 24/7 seminggu ini dihabiskan untuk bekerja. Bagaimana dia menguruskan keluarganya dan tidak adakah rehat dalam kamus hidup wanita ini.
“Sebenarnya kekuatan spiritual itu sangat penting. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT. Saya harus ingat dirisaya setiap masa yang mana kita diberi nikmat hidup, bernafas, diberi keupayaan fizikal untuk melakukan sesuatu itu bagi untuk merubah masa depan. Jangan kita ambil mudah dan saya sesekali tidak boleh lepaskan peluang yang ada.
“Dan pastinya sebagai seorang Muslim, jika berkesempatan saya akan melakukan solat tahajjud dan menyempurnakan solat lima waktu. Ini kerana dengan solat itu memberi kita kekuatan dalaman yang sangat penting bagi mendepani segala cabaran.Saya melihat wanita lain juga amat kuat mengharungi hidup. Bayangkan suri rumah yang mampu melakukan apa sahaja demi keluarga mereka,” jelasnya lagi yang bersyukur kerana di belakangnya ada team yang kuat berdiri kukuh bersamanya.
Sebagai insan biasa dan telah mengharungi pelbagai dugaan sejak dulu, pastinya ada terselit rasa sedih dan beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perasaan itu.
“Saya bersyukur kerana tidak berdiri sendiri sebaliknya mempunyai pasukan yang prihatin, teman-teman yang punya idea dan wawasan yang sama. Tentu ada masa sedih dan salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mendengar rakaman ceramah yang disampaikan melalui youtube yang boleh dijadikan panduan dan peringatan daripada pakar yang baik.
“Selain itu saya juga akan bermain dengan anak. Tetapi saya akui saya agak strict dengan anak. Saya tidak ajar beri mereka ipad untuk memastikan mereka diam. Alhamdulillahlah anak-anak boleh ikut cara saya dan buat masa ini mereka sedang belajar bahasa Arab. Kita perlu bermain dengan mereka secara aktif. Sebenarnya rumah kami sudah tidak ada TV sejak rosak ketika ayah ditahan,” jelasnya lagi yang gemar membacakan sirah Nabi pada dua anaknya yang berumur 8 dan 10 tahun sebelum tidur.
Menurutnya dalam menarik minat golongan muda sekarang, pendekatan menggunakan media sosial amat dititik beratkan.
“Sudah tentu ia medium terbaik untuk saya memberitahu masyarakat luar apa aktiviti yang sedang dilakukan. Sementelah maklumat melalui arus perdana dikawal sepenuhnya. Jadi saya guna peluang ini melalui facebook, twetter dan instagrammenjadi medan yang paling utama untuk berkomunisasi dengan rakyat dan juga mendengar keluhan rakyat terutama golongan warga emas, wanita dan anak muda yang bimbang tentang masa depan mereka.
“Golongan muda lebih mudah dan begitu lincah untuk berinteraksi. Mereka tidak ada masa untuk melihat surat khabar, sebaliknya menggunakan medium ini untuk menerangkn segala usaha yang dilakukan misalnya jika saya ada melawat kebakaran dan media sosial menjadi medan untuk menerangkan segala usaha yang dilakukan..
“Facebook live dan juga portal berita online juga sangat penting. Saya juga banyak belajar daripada mereka yang sangat lincah untuk berkomunikasi dan lebih arif soal trend,”tambahnya yang tidak terkecuali menjadi mangsa ‘hater’.
Namun beliau ada cara tersendiri untuk menangani dan perlu bersikap tenang. Tidak salah menjawab tetapi perlu berdasarkan prinsip yang jelas.
Ayuh, kita selami soalan lain yang tidak terjangkau fikiran di sebalik karakter diri sebenar Nurul Izzah. Rupa-rupanya beliau juga meminati fesyen walaupun hanya setia menggayakan tudung bawal menutup hijabnya.
5 perkara menarik tentang YB
1.Istiqamah dalam perjuangan
2.Peramah dan pemalu
3.Gelak ketawa kuat
4.Sangat vokal apabila memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat
5.Mencari penyelesaian
YB Bersukan?
Bersukan perlu untuk pastikan kolesterol rendah dan tekanan darah tidak begitu tinggi. Kita perlu bersenam
Media Sosial
Pamerkan perkara positif tetapi pada masa sama kena ambil kira kritikan membina. Pernah juga google untuk diri sendiri teta[pi lebih untuk maklum balas dan pandangan orang.
Hubungan dengan Datin Seri Wan Azizah
Cuba maksimumkan masa dengan ibu. Beliau adalah pemimpin dan individu paling bersabar pernah ditemui. Azam saya tahun ini untuk lebih hormatkan dan menyayangi ibu lebih baik dari sebelumnya.
Lebih mudah dan ringkas dan dapat bantu saya menjalani tugasan lebih berat. Saya memang sukakan tudung bawal kerana dapat menyerap peluh jika seharian mengenakannya dari pagi hingga malam.
Fashionvalet
Minat kerana mahu membantu daya keusahawanan orang muda dan wanita. Terkesan dengan kejayaan Vivy Yusof. Jemputan itu satu penghormatan buat saya dan hadir beri sokongan.
A post shared by FashionValet (@fashionvaletcom) on
Petua cantik
Menjaga setiap malam sebelum tidur. Minum air mencukupi. Dulu memang ada masalah jerawat serius ketika belasan tahun tetapi saya kemudiannya terus menitik beratkan penjagaan muka.
Kalau bukan ahli politik sekarang
Saya mahu menjadi Saintis dan pilihan kedua adalah Polis.
Walaupun usaha terbaik anda menggunakan pelembap, masker, minum air sebanyak mungkin untuk mengekalkan kulit yang lembut boleh menjadi satu cabaran. Tetapi mencari pelembap yang tepat untuk jenis kulit anda membuat ada perbezaan besar. Selepas banyak percubaan dan kesilapan, berikut adalah 13 pelembap wajah terbaik untuk semua jenis kulit.
Sesuai untuk kulit berminyak, pelembap ini menyerap hampir seketika sehingga kulit anda terasa lebih lembut, berkhasiat, dan sama sekali tidak berminyak. Konsistensi gel-krim menyebar secara merata, tetapi terasa seperti cecair setelah digunakan.
Ini bukan pelembap yang berkilau, tetapi yang ini mempunyai reputasi lama dalam dunia kecantikan. Berfungsi dengan sangat baik dan tidak mempunyai aroma. Satu sapuan formula hyaluronic acid dan niacinamide yang kaya akan melembapkan kulit yang lembut.
Mereka yang menghidap eksim kronik memuji krim ini kerana kemampuannya menyembuhkan dan melegakan tompok-tompok yang degil. Ini adalah penemuan drugstore di Perancis yang mengandungi air mata air termal terkenal dengan sifat penyembuhannya, tetapi juga mempunyai hasil klinikal yang menyokong keberkesanannya dalam memperbaiki penghalang kulit. Ia sangat menenangkan malah sesuai digunakan pada bayi.
Sekiranya kulit bersisik dan jengkel, anda akan menyukai pelembap yang menenangkan ini. Sedikit berat, jadi ini adalah pilihan yang baik bagi mereka yang melalui “Retinoid Uglies”. Diformulasikan dengan shea butter dan colloidal oatmeal, yang terkenal dapat menghilangkan rasa gatal.
Sepanjang cuaca panas, krim ini dengan cepat menjadi pelembap terlaris dan habis dijual dua kali ganda. Ia mempunyai tekstur gel yang langsung menjadi pelembap sutera yang kaya pada sentuhan kulit, dan melembapkan tanpa berminyak.
Pelembap ini penuh dengan ceramida, “lemak” yang baik untuk kulit anda yang membantu menguatkan penghalang kelembapan dan mencegah penghidratan daripada keluar dari liang pori. Mesti dicuba untuk anda jenis kulit kering.
Kelihatan seperti krim pencukur, tetapi pelembap tebal dan lembut ini merupakan sumber bahan pelembap yang hebat. Bebas dari wangian bermaksud ia tidak akan merengsakan kulit sensitif, dan mengandungi minyak tumbuhan yang baik untuk anda dan asid lemak yang berasal dari sayur-sayuran untuk membasahi wajah kering tanpa silikon dan lilin. Mudah menyerap dan akan mengembalikan kelembapan pada wajah.
Adalah bijak untuk menggabungkan pelindung matahari dan pelembap dalam satu produk. Pelembap ini, yang mempunyai SPF 40, tidak berminyak, dan menghidratkan tanpa memberikan kesan muka putih seperti tepung.
Sekiranya anda dibesarkan dengan sistem tiga langkah Clinique, tetapi memerlukan sesuatu yang lebih kaya, pertimbangkan versi klasik kultus ini. Krim sutera meluncur di atas tompok kasar. Dimuatkan dengan antioksidan dan emolien seperti gliserin dan petrolatum, ia menjadikan kulit berasa selesa dan lembut sepanjang hari.
Krim berat ini mengandungi bahan berteknologi tinggi, termasuk kepekatan asid hyaluronik 30 peratus. Dari saat ia diterapkan, anda akan merasakan sensasi yang menyejukkan dan meninggalkan kesan akhir yang sejuk. Tiga molekul asid hyaluronik bersaiz berbeza berfungsi untuk mengekalkan penghidratan pada kulit.
Krim baldu ini terasa hebat dan menyerap dengan cepat untuk menambah semula kulit yang sangat kering. Ia mengandungi asid hyaluronik, peptida, dan antioksidan yang meningkatkan kolagen dan melancarkan garis-garis halus ketika kulit anda kelihatan kering. Juru solek selebriti Charlotte Tilbury mengatakan bahawa dia telah menggunakan krim ini selama bertahun-tahun di pentas fesyen.
Kaya Dengan Pelembap
Shiseido Benefiance NutriPerfect Day Cream Broad Spectrum SPF 18
Krim ini terasa mewah tidak terlalu mahal. Berfungsi untuk melembutkan kulit kering. Ia juga mengandung mukurossi (ekstrak buah), yang bertindak sebagai penghambat enzim kedutan untuk mencegah pembentukan garis masa depan.
“Miracle Broth” milik La Mer dibuat dengan rumput laut dan diduga berfungsi untuk melicinkan garis halus, mengecilkan pori-pori, dan memulihkan cahaya wajah. Paling berkesan pada kulit yang sangat kering, krim pekat meleleh apabila digunakan. Juru solek selebriti seperti Hung Vanngo menggunakannya pada selebriti terkenal.
Sekiranya anda membeli sesuatu melalui pautan kami, Hijabista mungkin mendapat komisen gabungan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Niat untuk berhijrah sudah lama ada tetapi dek kerana tuntutan kerja menyebabkan personaliti ini belum bersedia untuk berhijab. Namun setelah berkahwin, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
Apatah lagi ketika itu Intan Liana juga turut mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada rumah tangga juga atas arahan Imamnya ketika itu.
Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dikecapi hanya mampu dilalui selama 5 tahun sahaja kerana takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Walau diduga ujian maha berat, namun Intan Liana reda dan akan terus istiqamah dengan apa yang telah berlaku.
9 TAHUN JADI PENARI
“Sebelum berkahwin saya dulu adalah seorang penari. Selama 9 tahun menjadi penari sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti setelah berumah tangga. Niat sebelum itu memang ada nak berhijab, tetapi kerjaya sebagai penari tidak begitu bersesuaian ketika itu.
“Setelah berkahwin, saya mengambil keputusan berhijab hinggalah sekarang ini. Tiada siapa mendorong berhijab sebaliknya hidayah datang tepat pada waktunya.
“Sepanjang lima tahun saya berhijab tidak pernah terlintas untuk membukanya. Bahkan saya rasa selesa dan selamat setelah memakainya,” ungkap Intan Liana yang gemarkan fesyen unik sejak dulu lagi. Ramai sudah maklum bahawa dia kini bekerja keras demi menyara kehidupan setelah ditinggalkan suaminya.
“Walaupun diduga saya tidak akan sesekali buka tudung. Biarpun sebelum ini saya memang ada terfikir untuk kerja balik sebagai penari kerana hanya pekerjaan itu yang saya tahu buat. Tetapi bila saya fikir-fikir balik agak susah kerana saya kini sudah berhijab.
Buat masa ini memang saya fokuskan sebagai model Muslimah secara sambilan dan juga banyak buat paid review di laman Instagram. Saya juga tidak terfikir untuk cari kerja tetap kerana fokus dengan apa yang ada ada depan mata dulu,” tambahnya yang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 4 tahun dan 2 tahun.
Menurut Intan juga anak-anak dan keluarga jadi sumber kekuatannya dalam menghadapi kesukaran yang tidak diduga ini.
“Saya perlu kuat untuk anak-anak. Walaupun kadang-kadang hati saya jadi rapuh dan apabila teringat perkara lalu buat saya menangis. Oleh kerana sebelum ini saya adalah suri rumah tangga, jadi urusan menjaga anak memang terletak pada bahu saya.
“Jadi apabila ada sebarang shooting atau kerja, saya akan bawak anak-anak. Susah untuk tinggalkan mereka, lebih-lebih lagi kerana ketika itu anak yang masih kecil masih menyusu badan.
“Cuma kadang-kadang ayah dia akan ambil seorang terutama anak yang sulung. Dalam hal ini saya tidak hadkan hubungan antara ayah dan anak,” jelasnya yang tekad untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh demi kelangsungan hidup.
Setiap kali sebelum datang bulan atau period, kita akan diberi tanda-tanda yang kadang-kadang memang sedikitpun tidak perasan. Setelah mengalaminya barulah tahu bahawa simptom ini adalah tanda bahawa akan mengalami period. Perkongsian menarik dari gadis ini yang memberitahu Monthly Period Starter Pack yang dialaminya setiap bulan sebelum datangnya period.
Menariknya tweet perkongsian @NajihahKhadis di twitter cukup simple ini telah mendapat butang retweet lebih 29 ribu dan 19 ribu yang menekan likes.
Malah rata-rata netizen turut berkongsi pandangan yang sama berkenaan tanda-tanda awal sebelum datangnya period ini.
Tanda-tanda biasa bila datang bulan.
Bukan terus datang tapi tunggu seminggu baru datang.
Sering kentut juga salah satu tandanya.
Memang selalu lapar dan tetap lapar walaupun dah makan.
Ada juga yang alami gatal-gatal badan.
Paling tak tahan kalau kena sengggugut.
Ada juga yang asyik nak menangis.
Jerawat banyak keluar dan muka berminyak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Clean outfit menjadi trend sepanjang zaman yang memberikan kekemasan, keanggunan, dan kesederhanaan. Gaya pakaian ringkas namun stylish ini semakin popular terutama di kalangan selebriti.yang...