‘Kahwin muda‘,topik yang sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana wanita dan lelaki. Dahulunya metod ini adalah perkara biasa kepada orang tua kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
#1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
#2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun.
Ads
Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: whatapp dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
#3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
#4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.
Ads
#5 Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, bersosial dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
#6 Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
#7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
Ads
#8 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
#9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu menyesak kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
#10 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
Cuaca nyaman, hari lebih panjang dan sudah tiba masanya untuk keluar tetapi tidak sebelum mengambil sepasang kasut berjalan kaki terbaik yang boleh anda temui.
Jika anda pernah mencuba sepasang kasut baharu yang menjengkelkan hanya untuk menghilangkan rasa sakit di kaki, dalam hal ini anda sudah tahu bahawa kasut yang menyokong dan selesa adalah kunci untuk kaki dan mood anda. Bersiar-siar, mendaki, menjalankan tugas atau mencuba senaman berjalan kaki yang baharu memerlukan sepasang kasut berjalan kaki yang sesuai dan berasa selesa serta menyokong langkah demi langkah mahupun langkah selepasnya.
Apa yang perlu anda cari dalam kasut berjalan berkualiti tinggi?
Terdapat banyak faedah berjalan, tetapi kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan kaki, buku lali dan kaki anda berisiko mengalami kecederaan, jadi penting untuk membeli kasut berjalan yang sesuai dengan kaki anda. Individu yang mempunyai kaki lebar, sebagai contoh, harus memilih kasut berjalan kaki dengan kotak jari kaki lebar. Anda tidak mahu jari kaki berasa sempit atau seperti tidak boleh bergoyang apabila anda memakai kasut. Selain ruang kaki yang banyak, perlu ambil kira tahap sokongan lengkungan dan kusyen kasut juga, sama ada anda mempunyai kaki rata atau lengkung tinggi. Akhirnya, anda tidak mahu berasa seperti kaki anda melawan struktur kasut-sebaliknya, anda mahukan sepasang kasut yang akan memetakan dan meniru bentuk kaki anda.
Apabila membeli-belah untuk kasut yang akan anda pakai untuk jarak jauh atau tempoh masa yang lama. Tiba masanya untuk mencari satu set sneaks baharu yang anda akan teruja untuk mengikat kaki anda untuk menjalani senaman berjalan kaki, ini pilihan beberapa kasut berjalan kaki yang terbaik untuk anda. Kasut ini semuanya disyorkan pakar:
1. Reebok Women’s DailyFit DMX Training Shoes
Sneakers slip-on daripada Reebok ini rasa selesa namun menyokong kaki anda dan telah diuji pada beberapa testimoni. Tambahan pula bahagian atasnya yang boleh bernafas membuatkan kaki berasa sejuk dan tidak sedikit pun berpaya.
2. Nike waffle one
Pakaian sukan Nike yang diperakui, kasut ini sesuai untuk dipakai harian sama ada membeli-belah di sekitar bandar dan mengejar pengangkutan awam. Sneakers Nike ini mempunyai reka bentuk yang menggabungkan mesh, suede dan tapak lug, ia bergaya kerana ia berfungsi.
3. Reebok Women’s Club C 85 Sneaker
Tidak hairanlah mengapa kasut Reebok ini kekal sebagai pilihan teratas, reka bentuk ringkas dan abadi mereka menafikan butiran teknikal seperti tapak tengah EVA yang menyerap hentakan dan bahagian atas kulit yang kukuh. Selain itu, ia sentiasa baik untuk mempunyai sepasang kasut putih yang hebat di tangan.
4. New Balance Fresh Foam Cruzv1 Reissue
Model terdahulu daripada barisan Fresh Foam Cruz yang lebih empuk daripada New Balance, jenama ini mengeluarkan semula versi baharu yang asal disebabkan permintaan yang popular. Kasut ini pada masa yang sama fleksibel dan menyokong sepanjang hari untuk keselesaan sepanjang hari.
5. Asics Gel-Kayano Lite 2 Running Shoes
Kasut Asics mempunyai sokongan lengkungan dan kasut Asics Gel Kayano Lite 2 khususnya berasa kukuh, menawarkan perjalanan yang mudah dalam apa jua kadar anda dan mengelakkan pronasi berlebihan di mana buku lali anda bergolek ke dalam dan kaki anda rata.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap kali datang bulan, pasti tuala wanita menjadi teman setia untuk mengelak kebocoran. Tidak kira apa jenama asalkan ia selesa untuk dipakai. Namun begitu, dalam satu ceramah kuliah Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus, beliau ditanya apakah hukumnya bakal suami membasuh tuala wanita kelak oleh bakal isteri.
Apakah ia boleh dibuang begitu sahaja ataupun dibungkus rapi sebelum membuangnya. Bagaimana pula dengan darah yang ada pada tuala wanita berkenaan.
Persoalan yang membelenggu kaum wanita ini telah dijawab dengan sejelasnya oleh Ustaz Azhar Idrus.
Menurut beliau, hukumnya sunat jika ditanam, tetapi jika dibuang dalam tong sampah hukumnya jatuh harus. Tetapi diingatkan supaya jangan dibuang merata-rata. Islam tidak ajar buang begitu sahaja.
Beliau juga menambah harus bagi kita kita membuang tuala wanita tanpa membasuhnya terlebih dahulu tetapi perlu dibungkus dalam plastik sebelum dibuang dalam tong sampah.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kuali yang hitam berkerak tebal tentunya ‘menyakitkan’ pandangan mata. Walaupun masih dalam keadaan elok namun oleh kerana permukaan abawah kuali yang berkerak teba;l maka kuali-kuali ini disimpan di dalam stor.
Mengapa perlu membazir sedangkan kuali-kuali itu sebenarnya masih boleh digunakan. Apabila disental bersih tentunya ia kelihatan macam baru beli.
Ikuti tip untuk mengilatkan kembali kuali yang berkerak tebal hasil perkongsian Mustafa Abd Rahman,
Dalam masa 3 jam, 2 biji kuali berjaya disiap…20++ tahun melekat dan bertapak tebal, akhirnya kuali bersinar macam baru beli.
Berikut langkah bergambar dan barang-barang yang diperlukan untuk mengilatkan kembali kuali yang sudah lama berkerak hitam.
BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN:
1. Drill elektrik
2. Berus dawai
3. Kertas pasir
1. Lepas scrubbing dengan wired polisher basuh kuali. Lap kering-kering. Kelihatan jalur-jalur kasar.
2. Basahkan sand paper dan skrub luar dan dalam…permukaan sudah mula kelihatan licin dan berkilat.
3. Finally scrub dengan pengosok periuk dengan sabun cap buruh bagi bersinar kilatnya.
LANGKAH DEMI LANGKAH SEPERTI DALAM GAMBAR:
Moga-moga dengan cara ini kita boleh mengilatkan kembali kuali-kuali yang sudah lama terbiar kerana dilutupi kerak yang tebal.
Meskipun perkahwinan yang terbina ini, merupakan perkahwinan kali kedua buat Yatt, namun Yatt akui bahawa dia amat seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat cahaya mata kerana...