‘Kahwin muda‘,topik yang sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana wanita dan lelaki. Dahulunya metod ini adalah perkara biasa kepada orang tua kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
#1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
#2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun.
Ads
Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: whatapp dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
#3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
#4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.
Ads
#5 Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, bersosial dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
#6 Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
#7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
Ads
#8 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
#9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu menyesak kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
#10 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
Ramai dikalangan kita yang mempunyai stigma bahawa permainan elektronik atau ‘game’ adalah satu perkara yang boleh melalaikan, melekakakan, tidak berfaedah dan hanya membuang masa!
Namun, hijabi pemilik nama Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi atau lebih mesra disapa Aria ini telah membuktikan bahawa persepsi berkenaan adalah salah! Dan tidak benar sama sekali.
Ini demikian kerana beliau yang merupakan, atlet sukan elektronik (e-sukan) yang dikenali sebagai ‘Mobile Legends’ sebenarnya seorang hafizah al-Quran 30 juzuk pada usia 14 tahun dan juga sememangnya individu yang cemerlang dalam pendidikan!
Ikut Jejak Langkah Abang Main ‘Mobile Legend’ Ketika Berusia 16 Tahun Lagi
Hijabista difahamkan bahawa Aria mula berkecimpung dalam dunia ‘gamers’ seawal usianya 16 tahun lagi. Lapor akhbar tempatan, Aria dahulunya adalah bekas pelajar Maahad Tahfiz Alquran Sri Al Amin Bangi itu, mengikuti jejak langkah abangnya yang juga bermain permainan elektronik Mobile Legends.
Lebih menarik lagi, apabila bakat Aria ini mula dihidu, serta mendapat sokongan dan dorongan penuh daripada ahli keluarganya agar dia melebarkan sayapnya dengan menyertai pelbagai kejohanan di dalam sukan e-sport kegemaranya itu.
“Pada mulanya memang takut tapi saya jenis yang suka meneroka perkara baru dan saya mula melibatkan diri dengan menyertai pelbagai kejohanan.
“Selepas beberapa kali masuk kejohanan, saya rasa macam seronok kalau boleh memang setiap minggu nak pergi masuk pertandingan walaupun kalah awal sebab kita nak cari pengalaman,” katanya.
Meskipun Sibuk Bermain ‘Game’, Aria Tidak Abaikan Pelajaran, Cemerlang Setiap Semester!
Sekadar info, selain pencapaian mewakili Malaysia dalam acara Mobile Legends Wanita pada Sukan Sea Phnom Penh Kemboja 2023 dan mengahrumkan nama negara dengan membawa pulang pingat gangsa.
Aria juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang, meski sibuk menyertai kejohanan dan berlatih dengan bermain ‘game’. Aria membuktikan bahawa dia tidak sesekali mengabaikan pelajaranya dan memperolehi keputusan 4.0 bagi lima semester berturut-turut dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan Kolej Professional Mara, Beranang.
“Pada pendapat saya, walaupun kita beragama dan berpendidikan tak semestinya kita boleh pandang rendah pada esports.
“Sebenarnya banyak manfaat bila kita bermain permainan elektronik seperti meningkatkan fokus, pengendalian masa, critical thinking, dan boleh jadi lebih disiplin.
“Selagi kita berjaya seimbangkan agama dan bermain game, saya rasa ia tidak menjadi masalah besar. Asalkan, kita masih ingat akan Allah dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam,” ujar Aria.
Justeru, Aria berharap agar generasi muda dapat mengambil inspirasi dan ikhtibar dari kisahnya. Khususnya golongan wanita dan hijabi di luar sana yang mempunyai minat sama sepertinya agar dapat keluar dari zon selesa dan menceburi bidang e-sports bertujuan untuk memajukan negara.
Anda mesti ada dengar ramai orang tidak menyarankan untuk menggunakan bedak bayi. Salah satu sebabnya adalah kandungan yang ada pada bedak bayi iaitu talc atau talkum di anggap toksik dan berbahaya kepada organ pernafasan dan pembiakan.
Pernahkah anda mencuba gunakan bedak bayi sebagai bahan masker untuk kulit muka? Hakikatnya, bedak bayi adalah lembut, tidak merengsakan kulit, dan ia juga boleh melindungi kulit sensitif. Oleh dengan itu, ada juga orang yang percaya bedak bayi dapat mengatasi masalah kulit muka.
Bedak bayi tidak selamat?
Ya, mungkin anda banyak dengar ramai orang tidak mengesyorkan penggunaan bedak bayi. Ia mendapat banyak tentangan di sebabkan oleh kandungan talc atau talkum yang di anggap toksik atau berbahaya terutama sekali mengancam kesihatan organ pernafasan dan pembiakan.
Menurut hellosehat, FDA (Food and Drug Administration) mengatakan bahawa talc atau talkum di perbuat dari bahan mineral semulajadi yang pada asasnya tidak berbahaya dan boleh di gunakan dalam kosmetik dan bedak bayi.
Kandungan yang berisiko yang menjadikan reputasi penggunaan bedak bayi sangat merudum dengan timbul pelbagai masalah kesihatan adalah akibat tercemar dengan asbestos, iaitu sejenis mineral silikat yang bersifat karsinogen (punca penyakit kanser). Produk bedak bayi yang di luluskan oleh ujian klinikal mempunyai kandungan talc yang cukup selamat pada kulit.
Kebaikan bedak bayi membantu kulit
Ada juga petua serta saranan dalam penggunaan bedak bayi untuk penjagaan kulit khusus kepada bayi. Tidak hairan juga, produk ini yang mempunyai sifat yang ‘ringan’ bukan sahaja di gunakan pada bayi, malah, pada kulit orang dewasa.
Kenapa bedak bayi sangat bagus untuk di buatkan sebagai masker? Kami ada beberapa sebab yang boleh menunjukkan kebaikan yang boleh di manfaatkan oleh anda, salah satunya adalah:-
1. Memaksimumkan penyerapan produk penjagaan kulit
Secara keseluruhannya, penggunaan masker adalah untuk membantu membuka liang pori dan membuang sel kulit mati. Tambahan pula, keberkesanan campuran masker bedak bayi yang membuang sel kulit mati itu dapat membersihkan pori-pori dan sebarang penggunaan produk penjagaan muka yang mengandungi bahan aktif akan lebih mudah terserap ke dalam kulit.
2. Mengurangkan iritasi
Bakteria sering menjadikan kulit wajah sebagai sasaran utama untuk berkembang dan membiak yang menyumbang kepada iritasi kulit. Penggunaan bedak bayi dapat membantu mencegah dan mengatasi masalah kulit yang berjangkit serta meradang kepada sembuh.
Apabila mencampur untuk masker bedak bayi, anda boleh juga menambah beberapa sudu teh minyak zaitun ke dalam campuran. Hal ini kerana kandungan oleocanthal dalam minyak zaitun dapat mengurangkan rasa tidak selesa dan iritasi yang berlaku pada kulit.
3. Dapat mengatasi masalah jerawat
Jerawat berlaku apabila pori-pori tersumbat oleh bakteria atau sel kulit mati. Anda pasti yakin bahawa mencuci muka selepas melakukan aktiviti luar atau sebelum tidur dapat membantu mengatasi masalah jerawat, sejujurnya tidak.
Anda perlu mencari satu alternatif untuk meningkatkan lagi suatu cara untuk mengatasi masalah jerawat yang boleh berlaku. Di sebabkan masker bedak bayi yang boleh membuang sel kulit mati, produk yang di gunakan oleh anda dapat di maksimakan kebolehan untuk menyembuhkan masalah jerawat.
Cara untuk membuat masker dari bedak bayi
Sudah tentu anda ingin cuba keberkesanan bedak bayi ini apabila kami telah berceritakan mengenai kebaikannya, bukan? Jadi jangan risau, cara membancuh masker bedak bayi ini mudah. Ikuti langkah-langkah yang kami sertakan di bawah:-
Anda perlukan bedak bayi, bekas dan apa-apa jenis air untuk melarutkan campuran (sama ada air kosong atau minyak zaitun, terpulang kepada anda)
Campurkan ke semua bahan
Sukat kelikatan mengikut ke sukaan anda
Apabila siap di campur, anda boleh sapukan masker ke seluruh wajah mahupun leher, biarkan selama 15 sehingga 20 minit
Selepas itu, anda boleh bilas dengan air bersih dan gunakan produk penjagaan kulit anda.
Campuran masker bedak bayi ini boleh terpulang mengikut citarasa anda. Jadi kreatif dengan keberkesanannya yang boleh di manfaatkan. Cuma anda perlu ingat, jangan terlalu leka sehinggakan anda banyak mencampur bahan-bahan yang tidak serasi sekali yang boleh menyebabkan kerosakan pada wajah.
Tidak kira betapa baiknya produk penjagaan kulit atau solekan yang anda gunakan, ia masih mengandungi beberapa bahan kimia yang semakin kurang anda gunakan, kulit anda akan menjadi lebih sihat. Tetapi jika anda menggunakan bahan semula jadi, kulit anda akan menjadi lebih sihat.
Setiap daripada kita berbeza, begitu juga kulit dan keperluannya. Tetapi anda boleh menyesuaikan remedi kecantikan DIY mengikut masalah kulit. Dan jika anda ingin mendapatkan pipi merah jambu secara semulajadi, ini rahsianya. Gel bit yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan kulit yang jelas merah jambu. Menggunakan gel Ubi bit DIY ini di rumah dengan kerap akan membantu anda mencapai kulit yang cantik secara semula jadi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kebaikan gel ubi bit
Gel bit menjadi popular kerana profil penjagaan kecantikan mengandungi vitamin C yang mempunyai ciri-ciri bermanfaat seperti anti-penuaan, rawatan jerawat, pencerahan kulit dan sebagainya.
Gel ini sarat dengan antioksidan dan berfungsi dengan baik untuk meningkatkan kesihatan kulit juga menghilangkan jeragat dan jerawat.
Jika kulit kering, kusam dan gatal menjadi kebimbangan anda, jangan cari lebih jauh daripada gel ini. Gunakan gel ini setiap hari untuk melembapkan kulit anda supaya kelihatan lebih gebu, lembut dan lebih muda.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ubi bit boleh memberikan anda pipi merah jambu kemerah-merahan semula jadi dan ia juga menghalang pigmentasi kulit.
Gunakan gel ini setiap hari untuk menjadikan kulit anda licin seperti mentega tanpa rasa berminyak. Ia menawarkan kilauan semula jadi pada kulit anda.
Cara membuat Gel Ubi bit
Bahan-bahan:
Serbuk ubi bit – 1 sudu teh
Gel aloe vera – 4 sudu besar
Minyak pati pokok teh (pilihan)
Minyak Pati Lemon
Cara penyediaan:
Satukan serbuk ubi bit dan gel Aloe vera bersama-sama dalam mangkuk. Campurkan ia sehingga gel licin kelihatan licin.
Tambah beberapa titis minyak pati pokok teh, minyak pati lemon dan gaul sebati. Pindahkan gel bit ke dalam bekas kaca kosong untuk kegunaan semasa.
Cara menyimpan:
Simpan gel ubi bit dalam balang kaca dan letakkan di dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan sehingga 30 hingga 45 hari.
Cara penggunaan:
Ambil sedikit gel ubi bit di tapak tangan anda dan gosokkannya perlahan-lahan pada kulit. Gunakan setiap hari untuk menghapuskan beberapa masalah kulit seperti bintik hitam, kulit kusam dan kedutan.
Anda juga boleh menambah ½ cawan air aloe vera atau air mawar ke dalam gel ini dan menyimpannya dalam bentuk kiub ais. Gunakan 1 kiub ais aloe ubi bit setiap hari. Gosok pada kulit anda untuk membuang sel kulit mati, mengecutkan jerawat dan mendapatkan kulit cerah merah jambu serta-merta.
Nota: Dalam kes itu, anda perlu membuat gel ubi bit setiap hari kerana aloe vera asli tidak akan bertahan lama kerana ia tidak mempunyai bahan pengawet. Sebaliknya, anda boleh mendapatkan gel aloe vera lutsinar di pasaran dengan bahan pengawet.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mengejar definisi kesempurnaan barangkali sudah menjadi gaya hidup manusia pada hari ini untuk mendapat sebakul pujian juga untuk mengaut bilangan pengikut yang ramai. Adakah ia relevan sehingga ada yang sanggup mengambil risiko untuk kekal sempurna di laman sosial?