Jerawat pada bahagian badan merupakan salah satu sebab anda hilang mood untuk memakai baju kegemaran anda walaupun tersembunyi namun jerawat ini kalua tidak dirawat mungkin akan melarat. Mana tidaknya, jerawat boleh tumbuh di tempat yang mudah dilihat seperti leher, belakang badan, peha dan sebagainya.
Takala anda menyarungkan pakaian yang fabrik yang kasar boleh mendatangkan luka. Bukan itu sahaja kurangnya penjagaan kebersihan diri juga mengakibatkan jerawat tumbuh melata di seluruh badan. Jangan abaikan kehadiran jerawat di badan walau pun tidak kelihatan.
Bagaimanakah cara menghilangkan jerawat pada badan?
Rajinkan diri untuk mandi 3-4 kali sehari bergantung kepada keadaan. Apabila badan bersih dari peluh, liang pori boleh bernafas dengan baik. Bakteria penyebab jerawat juga turut musnah. Terdapat pelbagai variasi sabun mandi yang anda boleh cuba untuk menghapuskan pertumbuhan jerawat kecil pada badan. Jom lihat senarai pihan sabun mandi yang hijabista senaraikan untuk anda.
10 Sabun Mandi untuk Kulit Cenderung Jerawat Kecil
1. COSMODERM Tea Tree Oil Shower Gel
Sabun mandi yang sesuai untuk kulit badan berminyak dan berjerawat
Dengan formulasi minyak daun teh yang bersifat anti-bakteria, mandian ini sesuai untuk kegunaan para remaja dan seisi keluarga yang mempunyai masalah jerawat pada badan. Mandian ini dirumus khusus bagi mereka yang mempunyai kulit normal dan berminyak. Tambahan pula, mandian gel ini mampu menghilangkan masalah bau badan. Jerawat hilang, bau badan pun tiada lagi.
2. SAFI Shower Serai Lime Splash
Sabun mandi dilengkapi dengan bahan anti-bakteria yang halal
Mandian ini adalah produk keluaran Safi, jenama Halal No. 1 di Malaysia. Ia menggunakan ekstrak serai dan limau purut sebagai bahan utama. Kedua-dua bahan ini mempunyai sifat penghapus antibakteria semulajadi. Sabun mandi Safi ini diformulasi untuk melindungi kulit dari 99.9% kuman penyebab permasalahan kulit dan kesihatan secara umumnya. Perlindungan seisi keluarga bermula di sini.
3. LIFEBUOY Moisture Plus Body Wash
Sabun mandi dengan haruman yang mewangi tahan sepanjang hari
Kulit kering lebih mudah diserang bakteria. Mandian Lifebuoy menggunakan khasiat yogurt dan Vitamin A, C dan E bagi melembapkan kulit kering. Dengan ramuan Active5, mandian ini berupaya membunuh hampir 99.9% kuman. Ditambah pula dengan baunya yang harum, badan anda kini dilindungi daripada bakteria merbahaya penyebab masalah kulit.
4. T3 Acne Body Wash pH 5.5
Sabun mandi dengan pH neutral 5.5 untuk kulit berjerawat
Sabun mandi keluaran T3 ini mengandungi agen antibakteria yang bertindak menghalang pembentukkan jerawat dari peringkat awal lagi. Dengan menggunakan minyak daun teh sebagai antiseptik semulajadi, masalah jerawat pada badan dapat diatasi dengan berkesan. Kandungan pH 5.5 menjadikan mandian ini selamat pada kulit dan sesuai untuk kegunaan harian.
5. SEBAMED Liquid Face and Body Wash
Sabun mandi dengan kandungan pH rendah, terbaik untuk kulit bermasalah
Sabun ini sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif dan bermasalah. Rumusannya yang bebas sabun, tidak akan mengeringkan kulit. Ia akan membersihkan liang pori kulit secara lembut dan berkesan. Hasilnya, kulit bebas bernafas dan tiada lagi pori tersumbat. Dengan kehadiran Vitamin Pentavitin dan Allantoin, kelembapan kulit terpelihara dan terlindung daripada permasalahan kulit yang serius.
6. AVEENO Daily Moisturizing Body Wash
Sabun mandi yang diperkaya dengan pelembap (moisturizer)
Mandian anda kini dengan khasiat kebaikan oat dan emolien. Krim mandian ini bukan sahaja mengembalikan semula kelembapan semulajadi pada kulit, ia juga merawat masalah kulit badan yang kering. Produk ini sesuai bagi kamu yang mempunyai kulit kering dan sensitif. Kulit badan anda kembali segar, lembap dan sihat dengan Aveeno Daily Moisturizing Body Wash.
7. THE BODY SHOP Tea Tree Skin Clearing Body Wash
Sabun mandi yang sesuai untuk kulit badan dan punggung berjerawat
Mandian bebas sabun ini mengandungi minyak Tea Tree yang ditanam di kaki Gunung Kenya. Ia sesuai digunakan setiap hari bagi merawat bahagian badan yang berjerawat terutamanya di bahagian belakang badan dan punggung. Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit segar, sihat dan yang paling penting, bebas jerawat. Kini, anda boleh menikmati percutian dengan rakan-rakan tanpa rasa malu dengan masalah badan berjerawat lagi.
BACA ARTIKEL INI:
8. BOTANIST Botanical Body Soap Rose & White Peach
Sabun mandi cair yang mengandungi asid Hyaluronic untuk kulit berjerawat
Sabun mandi bebas minyak ini mengandungi asid Hyaluronic bagi melawan pembentukan jerawat pada badan. Diperkaya dengan bahan semulajadi dan Pure Water, sabun mandi ini menyerap masuk ke dalam lapisan kulit untuk menghapus kotoran dan sel-sel kulit mati. Dengan mengandungi ekstrak Botanical Butter Milk, sabun mandi ini dapat menghalang kulit daripada kering dan mengekalkan lembapan pada kulit. Bebas pigmen sintetik, sulfat dan paraben. Tiada lagi masalah kulit kusam!
9. NEUTROGENA Body Clear Body Scrub
Sabun mandi dan skrub, 2-dalam-1 dengan kandungan asid Salicylic
Produk mandian bebas minyak ini mengandungi asid Salicylic bagi merawat pertumbuhan jerawat pada badan. Ia bertindak secara efektif membersihkan liang pori kulit dan membuang sel kulit mati, menjadikan kulit bersih, licin dan mulus. Untuk hasil terbaik, gunakan mandian skrub ini bersama-sama span mandi pada setiap hari. Miliki kulit badan yang sihat dambaan semua!
10. HUMANE Benzoyl Peroxide 10% Acne Treatment Body & Face Wash
Sabun mandi yang mengandungi Benzoyl Peroxide
Tahukah anda bahawa Benzoyl Peroxide boleh membunuh bakteria penyebab jerawat? Ini menjadikan mandian keluaran Humane ini pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai badan ditumbuhi jerawat-jerawat kecil. Tambahan pula, ianya dapat menghalang pembentukan jerawat baru. Mandian ini hanya bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat peringkat sederhana dan teruk. Bagi yang berkulit sensitif, produk ini bukan untuk kamu ya.
Merawat jerawat di badan bukan mudah seperti di wajah, namun apabila anda menjaga kebersihan badan dan pemakanan tiada lagi masalah ini.