
Isi Kandungan
ToggleMemang sukar untuk memilih warna hijab terutama bagi gadis yang memiliki kulit hitam manis. Antara supermodel berhijab yang boleh dijadikan rujukan adalah Halima Aden. Semak 10 rona ini supaya stail anda menyerlah!
Bagi sis yang berkulit hitam manis ini sebaiknya jangan memakai warna tudung yang dekat dengan warna kulit untuk elakkan daripada nampak tenggelam dan kusam.Bagi anda yang berkulit hitam manis persis Halima Aden, Hijabista kongsikan 10 rona inspirasi warna hijab yang sesuai dengan tona kulit anda.
Hitam
Putih
Ungu
Mustard
Jingga
Baby Blue
Merah
Coklat
Multicolour
Gold
Sumber: IG Halima Aden
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 GAYA Selebriti BERHIJAB Ini Memang ‘MELETOP’ & Memukau Di #AME2018

Isi Kandungan
ToggleSemalam telah berlangsungnya satu anugerah berprestij iaitu Anugerah MeleTOP ERA 2018 bertempat di Axiata Arena yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad dan dimeriahkan lagi dengan hos jemputan iaitu Jihan Muse, Sherry Al-Hadad dan Sabri Yunus. Sebanyak 17 kategori dipertandingkan semalam dan ia berdasarkan undian para peminat. Anugerah semalam turut menyaksikan Neelofa dan Khai Bahar mengungguli kategori utama iaitu Top Top MeleTOP. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!
Bertemakan ‘Yang Lit, Yang Legend’, anugerah ini juga menyaksikan pelbagai persembahan yang cukup memukau daripada barisan selebriti terkemuka tanah air. Sungguh bertenaga persembahan masing-masing. Rata-rata para peminat tidak sabar menunggu persembahan oleh kumpulan Ruffedge yang membawa lagu nostalgia dan legend seperti Bila Rindu, Lemas dan banyak lagi.
Selain itu, para selebriti yang hadir juga tampil dengan busana yang cukup cantik, bergaya dan memukau. Tidak jemu mata memandang busana mereka. Ayuh kita lihat #OOTD 8 selebriti berhijab yang cukup cantik dan ayu ini.
01 – Nabila Razali
02 – Wany Hasrita
03 – Siti Nordiana
04 – Syatilla Melvin
05 – Neelofa
06 – Amira Othman
07 – Ziana Zain
08 – Farah Fauzana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Perlu Tahu Cara PENJAGAAN Bra Yang BETUL Supaya Tahan LAMA. Salah Satunya CUCI Dengan Tangan

Isi Kandungan
ToggleBra merupakan antara benda yang wajib dimiliki oleh setiap hijabi kerana ia dipakai setiap hari. Bra memiliki pelbagai jenis serta bentuk yang berbeza mengikut cita rasa seseorang individu.
Apa yang penting adalah cara penjagaan yang betul perlu dipraktikkan supaya bra tahan lebih lama. Hijabista berikan anda 7 tip penting yang boleh anda cuba.
1. Tukar Dengan Kerap
Anda pasti ada bra yang anda suka pakai kan? Jadi, anda akan kerap menggunakan bra yang sama kerana selesa memakainya. Tetapi, anda juga perlu memakai bra yang lain untuk mengekalkan keanjalannya. Tidaklah bra anda longgar dengan lebih cepat nanti!
2. Cuci Dengan Tangan
Mencuci dengan tangan dapat menjamin kebersihan kerana tangan anda boleh membersih pada seluruh sudut. Selain itu, cuci menggunakan tangan juga bagus kerana ia dapat menjaga struktur dan keanjalan bra tersebut.
3. Gunakan Laundry Bag
Sekiranya anda cuci menggunakan mesin basuh, sebaiknya gunakan laundry bag agar bra tidak rosak.
4. Jangan Gunakan Peluntur
Jangan sesekali gunakan peluntur ketika mencuci bra kerana peluntur akan merosakkan tali dan juga kain bra.
5. Cuci Dengan Air Sejuk
Mencuci dengan air sejuk dapat menjaga struktur bra anda. Jadi, jangan sesekali menggunakan air panas atau suam untuk mencuci bra ya.
6. Jemur Di Bawah Matahari
Jangan keringkan bra menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk bra anda. Tali bra juga akan rosak dengan cepat. Sebaiknya, gantung dan jemur di bawah matahari.
7. Simpan Dengan Betul
Jangan simpan bra bersama dengan baju anda. Sebaiknya, simpan di tempat yang khusus agar ia dijaga dengan rapi.
Sumber: cewekbanget.grid.id
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tahun Dulu 7 Anak Selebriti ini Masih Hingusan & Comot. Kini, Transform Jadi Hijabi Jelita, Bijak & Bergaya. Wow!

Isi Kandungan
ToggleSepuluh tahun dulu ketika masih berada dalam penulisan majalah, admin memang sering ditugaskan untuk membuat sesi fotografi dengan selebriti ini bagi penghias kulit depan.
Ketika itu anak kebanyakan selebriti ini masih kecil dan hingusan lagi. Masih malu-malu setiap kali bidikan kamera jurugambar merakamkan aksi bersama ibu mereka.
Tetapi kini, anak kecil ini masing-masing sudah besar panjang dan semakin bijak bergaya. Sejuk hati admin melihat santun dan comelnya mereka menjalani kehidupan sebagai seorang remaja.
Malah ada antaranya yang sudah telah berjaya membanggakan keluarga dan mendapat segulung ijazah. Betapa pantasnya masa berlalu dan tiada lagi kanak-kanak kecil yang malu-malu kucing.
Kini, semuanya sudah membesar dan riang menjalani kehidupan sebagai seorang remaja. Dengan kecanggihan dunia teknologi, segala perkembangan mereka boleh kita lihat di alam siber.
Jika dilihat dalam mana-mana gambar yang dimuat turut di laman sosial masing-masing, hubungan terjalin juga seperti kakak dan adik.
Masing-masing bijak bergaya dan sesekali usik mengusik dengan caption gambar diberi.
1. Ziela Jalil
Mempunyai dua orang anak bersama arwah suaminya, Tan Sri Megat Junid. Anak sulung beliau, Puteri Julia Nabilah baru sahaja menamatkan pengajian dan bergelar doktor. Kalau dulu Julia agak malu untuk fotografi, tetapi kini kelibat Julia da Ziela Jalil ibarat adik dan kakak.
❤️❤️❤️The Wedding Of YM Tengku Shaheera & Dimash Serikov????⚖️❤️❤️❤️ #dimasheera
A post shared by zielajalil (@zielajalil) on
2. Abby Abadi
Masih admin ingat beberapa tahun dulu ketika menggandingkan Abby bersama 3 orang anaknya dalam satu sesi fotografi. Masing-masing agak payah untuk beraksi dan membuat ragam sendiri. Tetapi kini Abby dan NJoman pastnya berbangga dan bertuah memiliki anak-anaknya yang mendapat didikan agama yang cukup. Anak dara Abby kini, menjadi siulan netizen yang suka melihat penampilan Msulimah, Marrisa Dania Hakim yang terserlah kejelitaannya walaupun baru berusia 12 tahun.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
3. Lisdawati
Hubungan ‘ibu segera’ kepada anak-anak Fauzi Nawawi dengan bekas isterinya ini juga cukup rapat. Baru-baru ini, anak ketiganya, Nurul Hanna Farisha mendapat keputusan ccemerlang dalam peperiksaan SPM (2016), iaitu 10A. Rata-rata netizen turut memuji dan mengucapkan tahniah atas pencapaian anak gadis Fauzi ini.
A post shared by @hannafaresha on
4. Rosyam Noor
Walaupun ketika dulu tidak berpeluang untuk mengadakan sesi fotografi bersama Rosyam sekeluarga, tetapi kini beliau semakin terbuka. Anak-anak dara Rosyam mewarisi kecantikan ibu dan ayah mereka. Salah seorang, Nur Anis turut yang terbabit dalam dunia perniagaan seperti juga ayahnya tetapi dalam bidang berbeza. Setiap kali melihat di laman IG ibarat seperti pasangan kekasih kerana Rosyam masih segak di kelilingi anak-anak daranya yang cantik dan manis.
Finalllyyy tema sedondon ! selamat hari raya, maaf zahir batin ☺️#aniskiss #aniskisswanderlust
A post shared by Nur Anis Mohamed Noor (@_aniskiss) on
5. Noniswara
Siapa tidak kenal pelakon bermata cantik ini. Lakonannya cukup cemerlang setiap kali diberi watak yang bersesuaian dengan dirinya. Noniswara yang sudah berusia ini mempunyai anak dara yang juga cantik dan cukup manis sekali. Malah baru-baru ini juga anak keduanya ini, Nur Erysha Emyra Zakaria nya juga mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM. Memang sejuk perut ibu mengandung. Kedua—duanya juga dilihat begitu bijak bergaya walau di mana berada.
Jln2 raya wt my princess.. @eryshaemyra #nwraya #2ndjuly2017 #fever #tansrirahim #aidilfitri2017
A post shared by Noniswara Al Sheikh (@noniswara) on
6. Mas Anizan
Rupanya pelakon popular sekitar tahun 90-an yang cantik dan jelita, Mas Anizan juga sudah mempunyai anak dara yang besar panjang, Mas Aliza hasil perkahwinan terdahulu. Admin pernah melakukan sesi fotografi bersama mereka sekeluarga dan ketika kecil anak perempuannya itu badan sedikit berisi tetapi kini sudah membesar menjadi anak dara yang cantik dan bertubuh langsing. Dia mewarisi kecantikan ibunya, Mas Anizan.
Yesterday’s look for #ABPBH30 by kak @leasulaiman15 sayang. Thank you kakak! See you soooooooon ?
A post shared by Mas Aliza Ali Bapoo (@masalizaa) on
7. Amy Mastura
Penyanyi kecil molek ini juga jangan tak percaya mempunyai dua anak perempuan yang juga sedang meningkat dewasa. Kedua-duanya mewarisi kecantikan Amy Mastura dan sekali pandang jika memuat turun gambar di laman IG tidak dapat meneka apakah mereka ini ibu dan anak atau kakak dan adik.
Tgh kira duit raya ker tuuuuu?? Heh heh heh!!✌?️? #amfcselamanya #tudungPARI @mekkembangcotton
A post shared by Official Amy Mastura (@amymasturalerr) on
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI