Pelbagai lambakan produk kecantikan yang dijual di pasaran kini. Namun sebagai pengguna kita perlu berhati-hati bimbang produk dijual mempunyai kandungan bahan yang tidak selamat untuk kulit, misalnya alkohol. Seorang pengguna di twitter menggunakan nama akaun Iman Abdul Rahim yang sering menjadi rujukan netizen dalam bab kecantikan berkongsi pilihan toner atau penyegar yang sesuai dan dan selamat digunakan kerana tiada kandungan alkohol.
Menurutnya jangan gunakan produk ada alkohol terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.
Pemakaian toner juga penting kerana berfungsi untuk bersihkan kotoran yang tidak habis dicuci. Ia juga penting untuk kembalkan pH kulit kita selepas mencuci muka. Juga berfungsi untuk menutup kembali pores yang terbuka besar.
Ads
Mampu milik kerana harga bawah RM10 & diperbuat daripada pegaga.
Boleh memutihkan dan juga sesuai digunakan untuk kulit yang ada masalah jerawat.
Sedikit pedih tetapi ada kandungan vitamin C.
Ads
Harga yang sama tetapi berlainan label. Keduanya-duanya juga free alcohol.
Paling bagus dan berbaloi memilikinya. Bagus untuk kulit sensitif, soothing dan juga tidak melekit.
Ads
Yang ini juga bagus tetapi harganya sedikit mahal. Tapi kalau berbaloi tidak salah memilikinya.
Netizen juga berkongsi penggunaan produk lain yang juga bebas alkohol.
Ini juga sesuai untuk mereka berkulit kering dan sangat disyorkan penggunaannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum ini penyertaan gadis ini dalam pertandingan ratu cantik mengejutkan ramai. Maklumlah dirinya yang berhijab tetapi cukup berani menyertai pertandingan sedemikian. Siapa sangka dengan keazaman yang tinggi membolehkan Nurul Zuriantie Shamsul , 21 tahun, mengharumkan nama negara apabila menduduki tempat kelima dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Universe New Zealand 2018. Tampil cukup anggun dengan dress labuh rona emas perincian batuan manik yang diserikan dengan hijab juga rona sedondon.
Malah solekan mantap juga menyerikan lagi penampilan gadis manis ini yang telah berpindah ke New Zealand bersama keluarga ketika berusia lima tahun.
Nurul yang merupakan anak kelahiran Ampang Selangor memberitahu saat paling indah dalam pertandingan berkenaan adalah apabila melihat kedua-dua ibu bapanya yang penuh rasa bangga melihat dirinya diumumkan sebagai lima finalis teratas.
Mengakui tidak kecewa dengan keputusan itu sebaliknya terharu dengan apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada Top 5.
Malah pelajar tahun akhir jurusan Psikologi di Universiti of Waikato New Zealand ini turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.
“Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Ia begitu bermakna untuk saya.
“Ini hanyalah permulaan dan saya tidak sabar untuk apa yang Allah telah rancang untuk saya. Hari ini juga hari ulang tahun ke-21 saya dan saya akan meneruskan fasa kehidupan seterusnya,” katanya dalam satu catatan di laman Instagramnya.
Dia juga berkata sentiasa bersikap tenang, tidak gugup dan berpusa hati sepanjang acara akhir itu berlangsung.
Sebelum ini dia berjaya menjadi antara 20 finalis yang mara ke peringkat akhir pertandingan berkenaan. Disiarkan secara langsung Sabtu malam waktu Malaysia melalui laman sosial facebook Miss Universe New Zealand.
Nurul juga mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya peserta Asia beragama Islam dan bertudung yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu di New Zealand.
Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini.
Sesungguhnya hidayah Allah itu datang dalam situsi yang tidak kita duga. Sebagainya hamba-Nya kita patut bersyukur dengan hidayah yang dikurniakan pada kita. Seperti perkongsian wanita mualaf ini yang dipilih untuk menerima hidayah dari Allah SWT. Tetapi dalam masa sama diduga dengan satu peristiwa yang memberi tamparan besar dalam hidupnya. Bekas pramugari Nur Amiraa Ann Lee Abdullah sangat bersyukur dipilih oleh Allah untuk mengenali Islam walaupun Tuhan menduganya apabila mengambil nyawa insan tercinta, suaminya di awal penghijrahan.
Perkongsiannya bergelar mualaf dalam laman sosial youtube ini begitu menyentuh hati. Menurut Amira, dia mengenali arwah suaminya pada tahun 2009 dan hubungan mereka jadi rapat hinggalah beberapa bulan menyuarakan hasrat untuk berkahwin.
“Ketika itu saya bagi tahu dia, kalau U bukan Islam, memang saya akan terus kata yesss. Namun saya beritahu perlukan masa dan belajar untuk mendalami Islam supaya boleh ikut untuk jadi seorang Muslim yang bagus atau tidak.
“Jadi kemudian saya mula belajar kursus untuk mualaf. Setelah lima hari hati saya benar-benar terbuka setelah mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ustazah. Malam itu saya tak boleh tidur sebab takut bila saya tertidur tadi tak bangun dan tidak sempat ucap syahadah.
“Saya memang sangat takut ketika itu walaupun tak pasti ketika itu arwah suami betul-betul ajak kahwin atau tidak,” ungkap Amira yang kemudiannya selepas tiga hari terus mengambil keputusan mengucap khalimah syahadah.
“Pada tahun 2009 jugalah saya bergelar seorang mualaf. Dan sejak dari itu saya terus belajar dan pergi kursus untuk mendalami agama Islam. Namun tidak dinafikan saya juga turut berdepan dengan cabaran dan dugaan ketika awal-awal bergelar mualaf.
“Ketika itu saya masih tinggal dengan keluarga dan kita lihat penerimaan keluarga jadi lain sedikit. Maklumlah ketika itu kita tidak boleh makan sama dengan mereka. Malah kakak saya juga rasa sedih bila lihat perubahan diri saya.
“Katanya kenapa kena pakai hijab sedangkan orang lain tak pakai pun hijab. Namun saya terangkan padanya walaupun saya berhijab, hubungan kita sekeluarga tetap tidak akan berubah,” ceritanya lagi yang turut melihat ibunya juga seperti tidak gembira dengan penghijrahannya itu.
“Mak memang nampak tak happy pada mulanya. Setiap kali dia masak dan ajak makan saya akan cakap kenyang. Tetapi sebenarnya kerana saya memang tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga saya gunakan.
“Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu pada mak. Emak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama.
“Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu. Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,” tambah Amira yang berkata keluarganya mengambil masa untuk menerima penghijrahan yang dilakukan.
Menurutnya dia juga turut berdepan pengalaman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan juga pekerja ketika bekerja dengan MAS.
“Saya akui pada mulanya memang tak pandai nak jaga solat. Saya tahu solat lima waktu dan saya kumpulkan semua solat itu dan melakukannya apabila balik rumah. Bayangkan saya solat sampai tertidur dalam rakaat. Masa itu saya masih lagi dalam proses belajar mengenal Islam.
“Kemudian baru saya sedar cara itu adalah salah dan kita perlu solat ketika masuk waktunya. Tahun kedua masuk Islam barulah saya tahu kita boleh solat jamak. Saya masih ingat lagi satu peristiwa di mana ketika itu flight delay dan saya nak solat jamak untuk Zuhur dan Asar.
“Saya pergi ke tandas untuk buang mekap dan segera ambil wuduk untuk sempurnakannya. Tetapi bila saya nak angkat takbir dengar suara azan Maghrib. Waktu itu saya rasa cukup bersalah pada Tuhan. Saya menangis tersedu-sedan.
“Saya fikir Allah beri saya segalanya tapi kenapa saya tak boleh nak sempurnakan arahannya yang satu itu, iaitu solat. Memang saya tak boleh tahan diri untuk menangis hinggakan orang dalam surau pun berpandangan melihat kelakuan saya itu. Waktu itu saya berdoa agar Allah bukakan jalan untuk saya,” ceritanya yang kemudian bertemu jodoh dengan arwah suaminya.
“Sebelum itu saya asyik bertanya pada diri saya. Kalau tak jadi kahwin pun saya still lagi jadi Muslim. Saya tanya diri masuk Islam sebab nak kahwin tapi tahu ke nanti berapa panjang jodoh kita. Saya tanya banyak kali persoalan itu kalau jodoh tak panjang, betul ke saya masih Islam, masih lagi berpegang pada Islam, betul ke tetap nak jadi Islam dan jawapannya memang Ya. Walaupun pelbagai cabaran saya tetap mahu jadi seorang Islam.
“Saya masih lagi bekerja walaupun ketika itu sudah berkahwin. Dan ditakdirkan pula mengandung dan saya melahirkan anak pertama kami pada hujung Disember 2012. Tapi siapa sangka tahun depannya itu arwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya.
“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.
“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.
“Dan akhirnya memangf Allah lebih menyayanginya. Suami saya meninggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.
“Bagi saya itulah cabaran paling besar sepanjang bergelar mualaf. Saya tahu Allah tak akan uji jika kita tak mampu. Memang saya sangat down ketika itu. Malah hubungan dengan anak juga tidak begitu rapat kerana saya terpaksa meletakkan dia dalam jagaan keluarga mentua sepanjang saya menjaga suami yang sakit di hospital.
Tetapi kemudianya saya tahu saya perlu bangkit dari kesedihan ini. Saya bertemu saudara baru yang lain dan ketika itu barulah saya tahu ada lagi mualaf lain yang lagi susah situasinya berbanding saya. Misalnya tidak diterima keluarga atau perkara lain.
“Saya reda setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tahu Allah bukakan pintu hati saya untuk memeluk agamanya yan suci. Saya sedar Allah telah pilih saya dan saya juga memilih Islam sebagai pegangan hidup. Inilah yang memberikan saya semangat,” tambah Amira yang turut dipuji ibunya kerana telah menjadi insan lebih baik dari sebelumnya.
“Hubungan saya dengan keluarga cukup baik. Saya akan bersama-sama mereka meraikan semua perayaan ataupun jika ada majlis babitkan sanak saudara lain. Saya tiada masalah ke arah itu dan mereka juga faham situasi saya sebagai seorang Muslim.
“”Saya tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai bukan Islam tapi saya memilih untuk mati dalam Islam. Bila ada orang tanya kenapa kena pakai tudung panjang-panjang (labuh)? Saya akan jawab Kalau saya mau pakai tudung saya akan pakai tudung betul-betul.
“Arwah suami pesan, kalau awak nak pakai tudung kerana saya, bila saya sudah tiada awak akan pakai tudung, buka tudung..pakai tudung buka tudung! Tapi kalau awak pakai tudung kerana Allah SWT, awak akan pakai tudung sampai bila-bila,” tambahnya yang tidak pernah lupa akan pesanan arwah suaminya itu sampai bila-bila.
Menurut Amira juga salah satu anugerah terbesar dalam hidunya adalah menjadi seorang Muslim dan dapat merasai kemanian iman itu. Justeru dia berharap sekiranya dia meninggal nanti berharap agar ada orang yang akan uruskan jenazahnya kerana seluruh ahli keluarganya bukanlah beragama Islam.
Hijabista ucapkan semoga dia terus istiqomah dan kekal dengan cara hidup sebagai seorang Muslim.
Masalah utama kaum wanita yang boleh turunkan tahap konfiden adalah kenaikan berat badan yang mendadak. Lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Tetapi usah risau kerana tetap ada jalan penyelesaiannya. Seperti perkongsian kakak kepada justawan kosmetik, Yatie Sendayu Tingggi yang pernah mengalamai pertambahan berat badan selepas melahirkan anak. Beratnya ketika itu 80 kilogram tetapi dalam masa empat bulan berjaya turunkan hingga 45 kilogram.
Namun berkat kesungguhhannya, Yatie berjaya mendapat berat badan ideal. Menurutnya tidak perlu berlapar, cuma perlu pandai kontrol makan dan yang paling penting disiplin.
Ayuh ikuti perkongsiannya dalam posting di laman sosial instagram.
Yang masih tak berjaya turunkan berat badan jangan kecewa !
Kak Yatie mmg dari anak dara jenis berisi. Berat dlm 58-60kg since bujang lagi. Lepas kawen agaknya, berat mendadak naik sbb happy
Org cakap biasanya perempuan lps kahwin mmg akan naik berat badan. Jadi Kak Yatie buat kira2 kalau biar je setahun naik 2kg, kalau 5 tahun dah 10kg. Kalau beranak, mau tmbh 5kg minima. @ady_sendayu.tinggi pulak jenis susah naik berat badan since bujang. Pastu suka menyakat picit2 lemak blkg leher cakap byk daging. Terasa tau bila badan nak naik start diet. Malam tak hamah makanan berat.
Itu lah reason utama nak kurus & sihat. Sbb lps bersalin berat 79kg. Berkobar2 nak kurus. Malam tak jamah makanan berat dah even dlm pantang. Last makan jam 6.30ptg. Kalau kebulur ambil Easyfull je 2 scoop
Kak Yatie jenis kuat makan sbb dulu masa kecik2 mak abah susah, jadi bila bab makan ni pantang nampak .. jadi nak kontrol makan mmg payah. Mcm memanggil2 tau. Sbb tu mesti ambil Easyfull segelas dlm 15 minit sblm mkn berat. Mesti nasi x abis. If uols jenis pandai kawal sendiri tak perlu la ambil pun. Plus Easyfull ni kontrol craving pd makanan manis, berminyak & crunchy
DTox tu Kak Yatie mmg consume harian sbb jenis susah ke tandas walau dah balun pisang, betik, minum air bagai. Skin mmg nampak beza lps amalkan ni. Blh tgk dlm video tu masa lps pregnant ke 2. Masa pregnant 1st DTox xde lagi .
Kak Yatie juga mengamalkan makanan seimbang, lebihkan sayuran, ikan, bakar2, nasi tak lebih secawan & mesti makan 3 kali sehari. Kudapan buah2an dlm 2 kali sehari. Workouts yg simple je mcm crunch, treadmill, weight lift utk bagi toning dlm 30 minit sehari. Tp crunch tu dlm 200 kali sehari shb perut flabby sgt lps bersalin. Body Contour Kak Yatie pakai 1 tiub utk 3 hr
Pjg sgt dah ni taip. Nak detail blh tgk kat Youtube channel Kak Yatie ya penjagaan dlm pantang etc. Tq sudi baca sampai abis .
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.