Pernahkah anda mendengar kata-kata Hippocrates, “Berjalan adalah ubat terbaik”? Berjalan serta mendapatkan tidur yang cukup dan diet yang sihat dapat membantu mengelakkan anda berjumpa doktor dengan kerap. Sekurang-kurangnya habiskan masa anda dalam lebih kurang 15 hingga 30 minit untuk berjalan setiap hari kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan penampilan anda, malah baik untuk kesihatan juga.

Namun berpuasa bukan penghalang untuk kita berjalan 15 hingga 30 minit kerana manfaatnya lebih dari kepenatan yang kita dapat. 10 perubahan ini mampu membantu hijabi jalani gaya hidup yang sihat.

Hijabisa sendiri terkejut apabila mengetahui bahawa berjalan dapat memberi manfaat kepada seluruh tubuh dan minda. Ia percuma, mudah dan memerlukan sedikit usaha. Ayuh baca 10 manfaat jika anda amalkan setiap hari.

1. Perubahan Positif Pada Otak

“Berjalan Adalah Ubat Terbaik”, 10 Perkara Ini Akan Terjadi Pada Tubuh Jika Hijabi Berjalan Setiap Hari.

Menurut kajian, latihan aerobik yang rendah seperti berjalan kaki boleh mencegah demensia awal, mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan. Ia juga dapat mengurangkan tekanan mental dan mengekalkan tahap endorfin yang lebih tinggi.

2. Meningkatkan Daya Penglihatan

“Berjalan Adalah Ubat Terbaik”, 10 Perkara Ini Akan Terjadi Pada Tubuh Jika Hijabi Berjalan Setiap Hari.
Beautiful Woman Eye

Mata mungkin kelihatan tiada kaitan dengan kaki tetapi sebenarnya berjalan boleh memberi manfaat kepada kesihatan mata anda. Ia boleh membantu mencegah masalah glaukoma dengan melegakan tekanan mata.

Ads

3. Mencegah Penyakit Jantung

“Berjalan Adalah Ubat Terbaik”, 10 Perkara Ini Akan Terjadi Pada Tubuh Jika Hijabi Berjalan Setiap Hari.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, berjalan dapat mencegah penyakit berkaitan jantung atau strok. Aktiviti ini boleh membantu daripada mengelakkan masalah jantung dengan menurunkan tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol serta meningkatkan peredaran darah.

4. Melatih Paru-Paru

“Berjalan Adalah Ubat Terbaik”, 10 Perkara Ini Akan Terjadi Pada Tubuh Jika Hijabi Berjalan Setiap Hari.

Berjalan merupakan salah satu senaman yang meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan membantu melatih paru-paru serta menghilangkan toksin dan sisa. Jadi, ia akan memperbaiki pernafasan anda menjadi lebih baik dan mencegah gejala yang berkaitan dengan penyakit paru-paru.

5. Kesan Bermanfaat Pada Pankreas

“Berjalan Adalah Ubat Terbaik”, 10 Perkara Ini Akan Terjadi Pada Tubuh Jika Hijabi Berjalan Setiap Hari.

Ads

Ia mungkin sukar untuk dipercayai tetapi berjalan untuk senaman ternyata lebih berkesan dalam mencegah diabetes daripada berlari. Kajian ini menunjukkan bahawa sekumpulan “pejalan kaki” menunjukkan peningkatan toleransi glukosa hampir 6 kali ganda (iaitu gula darah yang diserap oleh sel) daripada kumpulan “pelari”, dalam tempoh percubaan 6 bulan.

6. Meningkatkan Penghadaman

Berjalan kaki 30 minit setiap hari bukan sahaja dapat menurunkan risiko kanser usus besar pada masa akan datang tetapi memperbaiki pencernaan dan sembelit dengan membantu merangsang pergerakan usus kita.

7. Membina Otot

“Berjalan Adalah Ubat Terbaik”, 10 Perkara Ini Akan Terjadi Pada Tubuh Jika Hijabi Berjalan Setiap Hari.

Pembinaan otot dan penurunan berat badan (dalam kes-kes berlebihan) juga boleh dicapai melalui berjalan kaki. Amalan berjalan 10,000 langkah sehari boleh dikira sebagai latihan sebenar di gim terutamanya jika anda berjalan naik bukit. Selain itu,  ia memberi kesan yang sedikit dan tidak keterlaluan.

Ads

8. Tulang & Sendi Yang Kukuh

“Berjalan Adalah Ubat Terbaik”, 10 Perkara Ini Akan Terjadi Pada Tubuh Jika Hijabi Berjalan Setiap Hari.
Female runner knee injury and pain.

Berjalan boleh memberi lebih banyak pergerakan sendi, mengelakkan kehilangan jisim tulang dan juga mengurangkan risiko patah tulang. Yayasan Arthritis mengesyorkan berjalan secara sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara teratur untuk mengurangkan kesakitan pada sendi anda, bersama-sama dengan kekejangan dan keradangan.

9. Mengelakkan Sakit Belakang

“Berjalan Adalah Ubat Terbaik”, 10 Perkara Ini Akan Terjadi Pada Tubuh Jika Hijabi Berjalan Setiap Hari.

Berjalan boleh menjadi pembantu sebenar bagi mereka yang mengalami sakit belakang semasa latihan berimpak tinggi yang lebih mencabar. Berjalan menyumbang kepada peredaran darah yang lebih baik di dalam struktur tulang belakang dan meningkatkan postur serta kelenturan yang penting untuk tulang belakang yang sihat.

10. Pikiran Yang Lebih Tenang (Jika Ia Adalah Organ)

Jika berjalan boleh menghilangkan gejala kemurungan pada pesakit, bayangkan betapa mudahnya ia dapat membantu kita mengatasi rasa letih atau penat. Dan berjalan-jalan dengan rakan atau orang yang anda sayangi boleh meningkatkan mood anda!

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI