10 Perkara Hijabi 20-an Tidak Perlu Bimbang Tentang Masa Depan

Share

Semua orang sudah tentu akan tertanya-tanya, membayangkan dan juga mengimpikan masa depan mereka. Apa agaknya yang akan terjadi kepada kita lima, 10 atau 20 tahun akan datang.

Ketika kita berusia 20-an, waktu itulah kita akan mengejar impian, pelajaran dan juga pencarian pasangan. Kesemuanya kita mahu lakukan secepat dan sebaik mungkin. Namun, kadang kala semua itu boleh membuatkan kita hilang fokus akan apa yang berlaku di sekeliling kita.

‘Kini’ adalah masa yang penting untuk kita beri perhatian dan buat sehabis baik. Bukan bermakna kita perlu melupakan masa depan tetapi Allah merupakan pelaksana yang terbaik.

Mari kita lihat 10 perkara yang hijabi 20-an perlu berhenti dari terlalu memikirkannya.

1. Berkahwin dan memiliki cahaya mata

Sebagai seorang Muslim, berkahwin merupakan satu sunnah yang dituntut. Tetapi percayalah walaupun anda sudah berusia 29 tahun dan masih single, anda tetap muslim sejati, tidak berkurang sedikit pun.

Ingat, jodoh pertemuan di tangan Allah. Jika  belum lagi berkahwin, maknanya jodoh  masih lagi belum tiba. Berbaktilah kepada ibu bapa jika anda masih solo. Sesungguhnya mereka adalah kunci anda ke syurga.

2. Mencapai kejayaan

Selalunya usia 20-an adalah usia kita mahu kecapi banyak kejayaan. Tidak dinafikan ramai golongan belia sekarang yang menjadi jutawan tatkala usia ini, namun ia tidak bermakna anda juga ‘wajib’ mencapai kejayaan sedemikian.

Jangan mengukur kejayaan dengan ukuran dunia sahaja. Mereka yang mengejar dunia, tidak akan mendapat sedikitpun kebaikan akhirat dan juga dunia menjauhi. Fokus kepada amalan akhirat. Mereka yang mengejar akhirat, dunia akan mengejar mereka.

3. Tidak fitting in

Mungkin terdapat beberapa kareer yang tidak membolehkan anda untuk berhijab. Jangan gusar. Rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan kita berpegang kuat kepada akidah Islam.

Identiti kita sebagai hijabi akan membuka jalan dan peluang lain untuk anda menemui kareer yang betul, komuniti yang ngam dan tempat yang kita rasa selesa dan gembira.

4. Bilangan sahabat yang kita miliki

Kuantiti tidak boleh melawan kualiti apabila kita berbicara mengenai persahabatan. Memiliki jumlah sahabat yang sedikit yang membawa anda kepada kebaikan adalah lebih baik dari memiliki 1000 kawan yang menarik anda kepada keburukan.

5. Barangan mewah

Anda tidak mampu memiliki iPhone 5s? Jangan terlalu memikirkannya dan jangan memaksa ibu bapa anda untuk membelikannya pula! Praktikkan untuk hidup bersesuaian dengan kemampuan anda.

Percayalah satu hari nanti apabila anda sudah memiliki stabiliti dan kemampuan kewangan, apa yang anda idamkan pasti boleh anda miliki.

6. Terputus hubungan dengan sahabat lama

Apabila sekolah atau pengajian tinggi tamat, kita pasti akan berpisah dengan sahabat-sahabat lama. Masing-masing sibuk mengejar impian tersendiri.

Jadi, janganlah anda terlalu memikirkannya. Ada jodoh kalian, pasti akan bertemu jua.

7. Apa berlaku dalam hidup orang lain

Laman Instagram merupakan alat termudah untuk meneliti kehidupan orang lain. Hentikan sekarang! Melihat kebahagiaan atau kemewahan orang lain sedikit pun tidak dapat memberi anda kebaikan.

Mereka ada hidup mereka, begitu juga anda. Jadi, fokus kepada diri dan kehidupan anda. Ia lebih penting dari anda mengintai hidup orang lain.

8. Penolakan dan kegagalan

Keduanya merupakan sebahagian dari hidup kita. Lebih meningkat usia kita, lebih banyak cabaran sebegini yang kita akan hadapi.

Dari anda bimbangkan dua hal ini, lebih baik anda fokuskan kepada benda yang lebih positif dan memberi motivasi kepada kita untuk terus berjuang di dunia ini. Penolakan dan kegagalan seharusnya kita ambil sebagai pengajaran untuk membaiki diri kita ke arah lebih baik.

9. Gambar profil media sosial

Percayalah bahawa lebih banyak benda yang lebih penting dari gambar utama media-media sosial anda. Jangan cuba untuk menjadi perfect kerana dunia ini tiada apa yang sempurna.

Fokuslah kepada realiti. Habiskan masa untuk memperbaiki akhlak daripada memperbaiki gambar profil anda. Sesungguhnya ia lebih baik dan memberi faedah.

10. Pleasing others

Pleasing others tidak memberi faedah kepada anda dan anda sama sekali tidak akan menang. Orang lain akan mempunyai ekspektasi yang tidak relevan untuk anda jadi tidak perlu anda rendahkan diri anda untuk memenuhinya.

Fokus tenaga anda lebih kepada pleasing Allah S.W.T. Kerana apabila Allah sayangkan anda, seluruh ciptaannya juga akan menyayangi anda.

Semoga semua hijabi yang masih lagi dalam lingkungan 20-an dapat manafaat dari ini. Ingat, Allah itu sebaik-baik pelaksana. Kita hanya mampu merancang.

Published by
SH