#10 OOTD Siti Sepanjang KEHAMILAN Yang Sangat ‘AWESOME’ & Tak Jemu MATA Memandang

Share

Tarikh 11 Januari cukup bermakna buat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Pada tanggal inilah hari kelahirannya dan ramai peminat turut teruja menantikan sambutan hari kelahiran penyanyi dari Pahang ini. Hampir 23 tahun berada dalam industri ini, ternyata beliau tetap menjadi kesayangan semua peminatnya. Beliau bukan sahaja cantik, jelita tetapi juga bijak dalam menjaga penampilan. Bak kata pepatah sedap mata memandang.

Jom kita layan #OOTD Siti ketika hamil yang paling tak jemu dipandang.

#1. Mula menyanyi seawal usianya 12 tahun. Menjuarai bintang HMI (RTM) pada tahun 1995 menjadi titik karier dalam bidan seni.

#2. Boleh membawakan apa jua lagu berentak Pop, Pop Rock, ataupun Irama Malaysia.

#3. Mempunyai follower di laman IG sebanyak 4.5 juta. Beliau juga rajin update segala aktiviti di laman sosial ini.

#4. Sambutan hari lahir ke 39 cukup istimewa kerana Siti bakal bergelar ibu tahun ini.

#5. Cukup rapat dengan Pengurusnya Rozi yang juga merangkap kakak ipar.

#6. Namanya cukup popular seantero dunia kerana tersenarai sebagai 500 Muslim paling berpengarah di dunia.

#7. Setelah11 tahun menanti dan insya-Allah Mac ini dia dan suaminya, Datuk Khalid bakal menimang cahayamata setelah hamil melalui kaedah IVF.

#8. Bekerjasama dengan Jakel menghasilkan Creacion By Siti Nurhaliza. Sebelum itu mengeluarkan produk kecantikan SimplySiti.

#9. Siti juga seorang yang bijak berselfie dan turut jadi duta sebuah produk telefon.

#10. Sangat rapat dengan keluarga, sama ada keluarganya ataupun sebelah suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Published by
Siti Zurina