Tarikh 11 Januari cukup bermakna buat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Pada tanggal inilah hari kelahirannya dan ramai peminat turut teruja menantikan sambutan hari kelahiran penyanyi dari Pahang ini. Hampir 23 tahun berada dalam industri ini, ternyata beliau tetap menjadi kesayangan semua peminatnya. Beliau bukan sahaja cantik, jelita tetapi juga bijak dalam menjaga penampilan. Bak kata pepatah sedap mata memandang.
Petang tadi penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai atau Yuna telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair. Majlis dilakukan secara tertutup seakan bertemakan ‘garden wedding’. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja dan lokasinya dikatakan di sebuah resort di Bentong Pahang.
Pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan persalinan serba putih. Yuna kelihatan tampak sangat ayu dan jelita dengan menyarung kurung moden renda dengan layah menutupi wajahnya.
Terselit sekuntum bunga di tepi telinganya yang ditutupi inner kepala. Melalui gambar Adam menyarung cincin di jari Yuna di atas pelamin dihias cukup indah dan cantik dengan berlatar belakangkan hutan semulajadi. Memang sangat menyenangkan melihat gambar pernikahan mereka berdua.
Turut menjadi perhatian adalah gambar Yuna yang duduk di atas pelamin diperbuat dari kayu dan dihiasi dengan bunga segar sambil ditemani ibunya, Datin Anum Wahab.
A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on
Dalam majlis penuh sederhana itu, kelihatan keluarga pihak lelaki tampil sedondon dengan baju Melayu bertemakan warna coklat, manakala pihak perempuan pula berwarna jingga.
Sebelum bergelar raja sehari, Yuna juga seperti orang yang turut mengadakan majlis meraikan dirinya saat terakhir sebelum bergelar isteri orang. Khabarnya pasangan ini akan terus menetap di AS setelah berkahwin.
Netizen turun mengucapkan tahniah kepada pasangan ini melalui gambar yang tersebar luas petang tadi. Walaupun tiada kenyataan rasmi dari empunya badan, tetapi gambar-gambar yang dimuat turut menggambarkan kebahagiaan pasangan ini.
Apa pun HIJABISTA mengucapkan selamat pengantin baru buat Yuna yang pernah menjadi penghias muka depan majalah ini. Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Gara-gara video memangis ditinggalkan kekasih yang dimuat turun memberi impak cukup luar biasa pada dirinya. Ini sebenarnya adalah gimik untuk pelancaran video lagu Pematah Hati milik bekas bintang Akademi Fantasia, Nur Nabila Mohd Razali. Kini Nabila yang sinonim dengan panggilan ‘cumi-cumi’ ini boleh tesenyum kerana video lagu berkenaan sudah mendapat tontonan mencecah 12 juta. Penyanyi dan pelakon ini memang bijak bergaya dan cukup stailo walaupun berhijab. Namun sebelum itu hatinya pernah ‘goyang’ waktu mula-mula berhijab.
Tika pertama kali menyatakan hasrat berhijab pada 2002, Nabila akui cukup teruja. Namun bukan semudah itu untuk terus kekal menjaga aurahnya. Pelbagai rintangan perlu dilaluinya untuk menetapkan hati dalam menjaga penampian sebagai gadis Muslimah.
“Sejak tahun 2012, iaitu setahun sebelum saya menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia (AF). Itupun sempena Maal Hijrah pada tahun tersebut kerana pada pengamatan saya, rasa hormat rakan-rakan sekeliling amat berbeza antara kita berhijab dengan tidak.
“Sebelum berhijab, mereka terlalu senang untuk dekat dengan saya dan tidak terlalu menjaga batas pergaulan. Bermula pada detik itu, saya merasakan mahu buka buku baru. Terfikir juga sampai bila mahu berpenampilan tanpa hijab. Umur pula semakin meningkat. Walaupun masih belum sempurna, saya yakin ia merupakan satu langkah untuk mula menjadi manusia yang lebih baik.
“Rakan-rakan yang rapat dengan saya memang sudah lama menggalakkan saya untuk berhijab. Ada juga sindiran-sindiran manja daripada mereka. Apabila difikirkan semula, apa salahnya untuk saya menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslimah. Apa yang saya dapat lihat, cara mereka bergaul dengan saya juga agak berbeza daripada sebelumnya.
“Kadang-kadang ada juga terbawa-bawa perangai lama, namun mereka memberi teguran dan menasihati saya. Ibu dan ayah pula jenis tidak kisah tetapi mereka mengingatkan saya untuk terus istiqomah dan tidak hanya separuh jalan. Itu merupakan satu amanah untuk dijaga dan tiada alasan untuk toleh ke belakang semula. Selagi mana boleh dijaga, kita perlu jaga.
“Bagi saya, untuk kekal istiqamah adalah satu perkara yang amat sukar. Lebih-lebih lagi jika dikelilingi rakan-rakan yang ‘hot’, kadang-kadang hati akan goyang juga. Walau bagaimanapun, apa-apa dugaan yang mendatang ia sebenarnya berbalik kepada hati sendiri. Hati perlu kuat dan kena berbalik semula kepada niat kita untuk berhijab. Apabila memulakan langkah untuk berhijab, rasa malu terbit sedikit demi sedikit untuk meninggalkan amalan wajib yang lain.
“Sewaktu berada di Akademi Fantasia, rasa tergugat jugalah kena sentiasa berjaga-jaga dalam berpakaian dan bergaul. Dalam bab berfesyen, saya rasa sudah tiada masalah sekarang kerana sudah ramai pereka-pereka fesyen yang sudah mula menghasilkan busana-busana yang sesuai buat mereka yang berhijab. Walaupun berhijab, masih boleh mengikut trend.
Nabila yang kini semakin sibuk memenuhi undangan nyanyian dia dia gembira video lagu Pematah Hati berjaya mencuri hati pendengar di laman youtube. Dia juga turut menyimpan harapan untuk menjadi insan lebih baik untuk dunia dan akhirat.
Dunia kecantikan memang sesuatu yang sangat sinonim dengan wanita. Begitu juga dengan penyanyi kelahiran YouTube yang cukup popular menerusi lagu Aku Suka, Ainan Tasneem Ridzuan, 26 tahun. Kian menempa nama dalam industri muzik tanah air dengan imej sopan dan senyuman yang manis tanpa lekang di bibir membuatkan ramai yang senang untuk mendampinginya.
Setiap orang punya cara dan amalan yang tersendiri dalam kecantikan diri. Moden atau tradisional? Tepuk dada, tanya hati. Si manis Ainan Tasneem sudi berkongsi rahsia kecantikan dirinya. Walaupun kini sedang sarat mengandung, Ainan Tasneem tetap ada cara tersendiri menjaga kecantikannya sejak dulu lagi.
Seperti kebanyakan orang, Ainan akan pastikan mendapat tidur yang cukup. Hal ini sangat penting kerana tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan banyak kesan yang tidak baik. Paling ketara, lingkaran hitam bawah mata dan kulit muka menjadi kusam yang sudah tentunya akan mencacatkan penampilan kita.
Ainan akan pastikan mencuci muka dua kali sehari dan tidak pernah lupa untuk membersihkan palitan sisa-sisa solekan yang melekap rapi di atas raut wajah. Wajib memakai pencuci disusuli penyegar, serum dan krim pelembap.
Natural. Hanya mengenakan krim pelindung matahari, krim BB, bedak kompak dan pelembap bibir. Kalau ‘mood’ rajin menjengah, Ainan akan pakai maskara kerana cukup obses dengan pemakaian maskara. Rasa sempurna pabila mengenakannya.
Dengan kondisi wajah Ainan, cukup hanya tiga bulan sekali untuk Ainan lakukan sesi rawatan wajah di spa. Itu sudah memadai, asalkan kulit wajah Ainan nampak sihat dan tidak kusam.
Ainan senang dengan solekan tipis, lebih-lebih lagi ketika melancong mahupun bercuti. Jadi, Ainan hanya akan membawa krim pelindung matahari, krim BB, bedak kompak, pelembap bibir dan maskara.
Ainan akan kurangkan pengambilan makanan jenis kekacang kerana wajah Ainan akan cepat ditumbuhi jerawat. Jadi kalau boleh, memang Ainan akan elakkan memakan kekacang bagi memastikan kulit Ainan bebas daripada jerawat.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.