Semalam telah berlangsungnya satu anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang menyaksikan 12 penyanyi tanah air bertanding untuk merebut gelaran Juara Lagu. Hijabista sendiri akui para peserta yang terpilih ke pertandingan akhir hebat-hebat belaka dan saingan memang sengit.
Tahun ini menyaksikan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Busker berjaya mendapat tempat kedua manakala Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli berada di tempat ketiga.
Dengan tema Fesyen dan Muzik, AJL32 telah mendapat sambutan yang cukup meriah dihadiri barisan selebriti dan para tetamu yang cukup sporting. Bila tibanya anugerah, tentunya perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah pakaian yang digayakan oleh selebriti. Inilah masa untuk melaram dan bergaya sakan di karpet merah.
Ayuh kita saksikan #OOTD 10 selebriti berhijab yang turut hadir memberi sokongan kepada para peserta pada Ahad lalu.