Semalam telah berlangsungnya satu anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang menyaksikan 12 penyanyi tanah air bertanding untuk merebut gelaran Juara Lagu. Hijabista sendiri akui para peserta yang terpilih ke pertandingan akhir hebat-hebat belaka dan saingan memang sengit.
Tahun ini menyaksikan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Busker berjaya mendapat tempat kedua manakala Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli berada di tempat ketiga.
Dengan tema Fesyen dan Muzik, AJL32 telah mendapat sambutan yang cukup meriah dihadiri barisan selebriti dan para tetamu yang cukup sporting. Bila tibanya anugerah, tentunya perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah pakaian yang digayakan oleh selebriti. Inilah masa untuk melaram dan bergaya sakan di karpet merah.
Ayuh kita saksikan #OOTD 10 selebriti berhijab yang turut hadir memberi sokongan kepada para peserta pada Ahad lalu.
1. Mira Filzah
2. Nabila Razali
3. Amira Othman
4. Farah Fauzana
5. Ameera Zaini
6. Zulin Aziz
7. Sharifah Zarina
8. Bella Dally
9. Wany Hasrita
10. Salma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bergaya Bersama Hijab Secara Fabulous Walaupun Di Dalam Cuaca Panas
Memandangkan cuaca sekarang sangat tidak menentu dan panasnya agak terik, ia bukanlah alasan untuk kita tidak menggayakan hijab sebaik mungkin. Jangan pula dek kerana cuaca panas anda gayakan hijab dengan sambil lewa dan selekeh.
Ada beberapa ciri yang perlu anda berikan perhatian untuk memastikan anda kekal selesa berhijab sewaktu cuaca panas. Mari kita lihat beberapa tip tersebut.
1. Pilih fabrik hijab yang ringan tetapi bukan jarang
Kunci keselesaan berhijab tatkala cuaca panas adalah pemilihan fabrik yang betul. Fabrik kapas sangat sesuai untuk cuaca panas terik. Tidak kiralah shawl atau bawal, elakkan hijab dari fabrik yang berat dan tidak serap peluh. Jenuh anda nanti!
2. Celana dari cotton atau palazzo dan juga celana denim ringan
Celana denim merupakan item esensi semua wanita tetapi cuaca yang panas kadangkala memberi cabaran lain apabila memakai celana denim. Pilihlah celana dari fabrik ringan seperti cotton atau lycra lembut untuk palazzo. Elakkan celana dari fabrik licin atau sifon yang mana penyerapan peluhnya satu masalah.
Jangan pilih celana yang sendat atau legging! Celana yang lebar seperti palazzo dan potongan boot cut sebenarnya lebih selesa dan berangin.
3. Dres labuh dan skirt labuh cotton
Pilihan ini lebih bijak untuk anda menghadapi cuaca panas terik. Mereka bukan sahaja feminin dan manis, ia mudah untuk disuai padankan dengan banyak item. Jika anda mahu menggayakan jaket atau kardigan, pilih dres yang tiada lengan kerana ia lebih selesa untuk layering.
Skirt labuh sangat versatil dan anda tidak perlu fikir banyak. Ambil sehelai kemeja atau blaus, skirt labuh dan shawl cotton, padankan dan siap! Easy peasy
Jangan biarkan cuaca panas mengurangkan meter stail anda. Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk mencuba stail baru dan juga gayakan hijab anda sedikit berbeza berbanding biasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
OOTD Nampak Moden, Mewah & Bergaya Dengan Denim, Ini 5 Trik Fesyen Yang Wajib Kamu Tahu!
Denim Oh Denim!
Siapa yang tidak suka menyarung helaian denim di atas tubuh badan? Selesa, ranggi dan ‘cool’ menjadi pilihan ramai dalam menggayakan rekaan denim. Tidak kira rekaan sebagai kemeja, celana mahupun jaket, fabrik denim mampu untuk menaikkan gaya fesyen kamu.
Jenama-jenama mampu milik seperti H&M, Cotton-On, MONKI, ZARA dan Uniqlo sentiasa menghasilkan rekaan denim mengikut trend semasa. Daripada rekaan jenis ‘wide legs pants’ sehinggalah kepada ‘jumpsuit’, semuanya memberikan variasi dalam koleksi stail fesyen kamu.
Kali ini, team Hijabista kongsikan beberapa trik fesyen yang dapat kamu cuba saat menyarung helaian denim pilihan kamu!
- Feminin Ranggi Bersama Kemeja Putih
Jika kamu inginkan gaya fesyen yang santai, ringkas dan mudah, trik ini merupakan pilihan terbaik yang harus kamu cuba. Pilih rekaan ‘jeans’ yang berpotongan ‘slim fit’ atau ‘skinny’ untuk memberi impak gaya sofistikasi. Malah, bagi kamu yang bersaiz sedikit besar, potongan ini mampu memberikan gaya yang lebih ‘slim’ dan tinggi. Padankan dengan kemeja putih dan masukkan ke dalam celana untuk tampak lebih kemas dan bergaya. Trik ini sesuai untuk kamu yang dambakan gaya ‘less is more’ dalam berfesyen.
2. Aura ‘Lady Boss’!
Siapa kata helaian celana denim tidak bisa menghasilkan gaya yang formal dan mahal persis aristokrat? Kamu harus bijak mengenakan bahagian atas bersama dengan celana potongan ‘straight cut’. Padanan yang sesuai ialah ‘blazer’ jenis ‘oversized’ untuk menaikkan volum dalam stail kamu bagi mengelakkan imej yang bosan dalam penataan gaya. Bukan sahaja tampak profesional, malah kamu seperti wanita yang berkerjaya yang bersedia dengan jadual kerja yang sibuk! Untuk hasil yang menarik, cuba dengan jenis fabrik denim yang kelihatan lusuh untuk sedikit impak ranggi dalam gaya formal ini!
3. Gaya ‘Sporty’
Ketepikan dahulu pakaian sukan kamu seperti ‘windbreaker’ ataupun ‘tracksuit’! Kali ini, raikan semangat wanita ‘sporty’ dengan padanan jaket denim bersama-sama dengan celana denim! Ha pasti ini sesuatu yang baru untuk kamu, bukan? Usah risau! Inilah gaya terkini yang menjadi pilihan ramai. Triknya, pilih potongan jaket denim yang ‘oversized’ untuk menaikkan lagu aura ‘sporty’ dan ‘tomboy’ dalam stail kamu. Pilih juga rekaan celanan ‘jeans’ yang lusuh dan untuk kesan yang menarik, sarungkan dengan fabrik yang koyak dan ranggi! Seumpama bintang rock masa kini!
4. Denim Muslimah!
Kita masih berbicara tentang undang-undang dalam menutuo aurat bagi kaum hawa. Usah risau, trik ini bukan untuk menjadikan kamu seksi yang kelihatan auratmu! Malah, trik yang keempat ini mengajar kamu untuk menyeimbangkan nilai muslimah dalam berfesyen. Kali ini kita raikan konsep fesyen dengan ‘outerwear’ seperti ‘cardigan’ labuh. Untuk tidak nampak terlalu berlebihan, pastikan ‘jeans’ yang dipakai ialah potongan ‘slim cut’ atau ‘skinny’. Triknya, usah padankan ‘outerwear’ ini dengan celana jenis ‘wide leg pants’ kerana ia akan menampakkan kamu besar dan stail kamu berserabut! Raikan sisi tubuh badan kamu dengan rentak ‘flowy’ helaian luar ini bersama dengan pilihan celana ‘jeans’ yang tepat!
5. Gadis Metropolitan!
Ketepikan dahulu gaya formal. Ingin bersiap dalam hanya 5 minit, tetapi masih mahu nampak ‘cool’ dan bergaya? Sarungkan ‘jumper’ bersama dengan celana denim jenis ‘wide leg pants’ untuk memberikan gaya kasual yang menarik dan ringkas! Serba moden dan ‘trendy’. Tambahan pula, ia lebih selesa dan tidak terlalu beria jika ingin keluar bersama rakan-rakan di tengah kota metropolitan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Puji DYMM Tengku Permaisuri Selangor Indah Berhijab Ketika Berangkat Ke Majlis Buka Puasa & Solat Terawih
Cantik dan begitu indah. Itulah kata-kata yang terluah sewaktu melihat penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang manis berhijab ketika berangkat bersama DYMM Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah ke majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat.
Penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, begitu cantik dan manis sekali dengan berbaju kurung serta hijab rona sedondon.
Malah netizen juga turut memuji kecantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Masing-masing mendoakan Tengku Permaisuri kekal istiqomah.
the_alims Indahnya tengku permaisuri berhijab..semoga trus istiqomah..dh rmai kerabat skrng mnutup aurat berhijab..smoga jdi ikutan kpd tengku permaisuri
idree89 Cantik,anggun,sopan
matgebu Sweetnya TPS bertudung, comel sangattt
proserfinafiena Cantik tengku permaisuri berhijab…semoga istiqomah
najlaazaid Cantiknya permaisuri selangor. daulat tuanku
DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor kemudiannya berkenan beramah mesra dan menyantuni rakyat jelata dalam setiap majlis dihadiri.
Turut mengiringi juga adalah DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
LAGI FOTO MENARIK:
#1.
#2.
#3.
#4.
#5.
SUMBER & KREDIT FOTO: FACEBOOK & INSTAGRAM ROYAL SELANGOR OFFICIAL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI