Hebatnya penangan wanita bernama Neelofa ini. Bukan sahaja cantik, bijak, kaya juga seorang yang begitu pandai bergaya. Kecintaan dalam fesyen jelas boleh dilihat setiap kali foto yang dimuat turut dalam laman sosialnya. Pengikut pelakon yang memiliki follower di instagram ini melonjak ke 5.2M yang setia mengikuti segala perkembangannya.
Kini sudah hampir 5 tahun Neelofa menjadi pengacara Meletop bersama Nabil. Setiap kali bersiaran, dia akan tampil dengan #OOTD yang cukup memukau. Neelofa memang bijak mix & match padanan sepanjang 1 jam siaran berkenaan. Walaupun ada yang mengutuk, tetapi Neelofa tetap tegar dengan apa yang dilakukan.
Ayuh kita tinjau 10 #OOTD Neelofa sepanjang siaran di MELETOP yang memang tak puas mata memandang. Penampilannya memang superb
dari ‘top to toe’. Netizen juga turut menyukai apa jua #OOTD yang digayakan oleh duta bagi beberapa produk antarabangsa ini. Dilabel ikon fesyen, ada sahaja gaya baru yang ditampilkan Neelofa. Sesuai dengan dirinya yang masih muda, energetic dan happy go lucky.Bagi yang masih tercari-cari fesyen apa yang sesuai, boleh cedok #OOTD Neelofa ini. Admin rasa ia ‘simple’ tetapi menawan sekali. Padanan aksesori seperti kaca mata dan ‘sling bag’ melengkapi penampilan si cantik jelita ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA