10 OOTD Paling ‘HOT’ Pelakon Bawang Merah Bawang Putih Revalina S Temat Setelah BERHIJAB. Ringkas & ‘Sweet’ Sangat!

Share

Suatu ketika dulu drama sinetron Bawang Merah Bawang Putih jadi fenomena yang menggemparkan. Betapa ketika itu penonton memang meluat melihat aksi Bawang Putih dilakonkan Nia Ramadhani  yang asyik betul membuli Bawang Merah yang dibawakan oleh pelakon Revalina S Temat. Ketika itu kedua-dua pelakon ini masih remaja dan kini setelah hampir 13 tahun berlalu, masing-masing sudah dewasa dan berjaya dalam karier masing-masing.

Salah seorang pelakonnya Revalina S Temat kini sudahpun berhijab dan dia sangat cantik sekali. Biarpun hijab digayakan simple, namun kejelitaan wajahnya tetap terserlah. Revalina di katakan berhijab setelah pulang daripada menjalani ibadah umrah. Dia juga mengakui berhijab bukan mengikut trend sebaliknya sedar pada usianya 31 tahun, Revalina mahu mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Dalam satu temu bual, Revalina berkata sebenarnya keinginan untuk berhijab sudah ada sebelum dia berangkat menunaikan umrah lagi. Ternyata perjalanan spiritual selama di tanah suci membuatkan dia semakin kuat untuk berhijab. Sebaik pulang, dia nekad dengan keputusan yang diambil.

Ternyata dia tidak menyesal dengan keputusan yang diambil kerana rezekinya semakin banyak setelah berpenampilan sebagai seorang Muslimin. Bahkan kerja-kerjanya sekarang juga lebih terarah kepada yang memakai hijab.

Ibu muda kepada seorang cahaya mata ini juga mendapat sokongan padu dari suaminya sendiri, walaupun sebelum itu dia ditanya adakah benar-benar mahu berhijab atau nanti akan buka semula. Namun Revalina memang tegar dengan keputusan itu dan suaminya juga yakin dengan pilihan yang diambil olehnya.

Penampilan pelakon Bawanng Putih Bawang Merah ini tetap cantik dan bikin hati tenang melihatnya kerana dia sememangnya amak cocok sekali mengenakan hijab. Walaupun sekadar dililit ringkas

, ia sudah memadai buat si cantik Revalina.

Semoga Revalina terus istiqomah dengan penghijrahan yang dilakukan sekitar Mei lalu.

10 OOTD REVALINA SETELAH BERHIJAB

1. Gaya Simple

2. Cantik Memikat

3. Padanan Memukau

4. Gaya Budak Sekolah

5. Terampil Menawan

6. Kombinasi Cukup Sempurna

7. Pesona Rona Putih

8. Stailo Photo Shoot Pertama Selepas Berhijab

9. Dress Labuh Jadi Pilihan

10. Ranggi Dalam Gaya Tersendiri

SUMBER: BINTANG.COM

KREDIT FOTO: INSTAGRAM REVALINA S TEMAT

 

Published by
Siti Zurina