Jika pelakon Emma Maembong mengambil keputusan untuk menanggalkan hijabnya, lain pula cerita bagi pelawak popular Jihan Muse. Mengambil keberkatan sempena sambutan ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Jihan mengambil keputusan untuk berhijab. Dia dan suami Ungku Hariz yang ketika itu berada di Jepun meraikan sambutan pertama anaknya, Ungku Arsalan Haq yang digelar juga ‘#baby ninja’ dilihat memakai hijab cukup stailo.
Ternyata penghijrahan pengacara Gegar Vaganza ini dipuji netizen dan rata-rata suka melihat penampilannya yang nampak cantik dan sopan itu.
Jihan dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih di atas doa yang diberikan dan harapannya dia akan terus diterima dalam industri seni hiburan walaupun sudah berhijab.
Walaupun tidak dinafikan bukan senang untuk kekal istiqomah dalam berhijab, namun Hijabista ucapkan semoga Jihan akan terus menyempurnakan tuntutan agama kita yang menyuruh setiap wanita itu wajib menutup auratnya.
Ayuh kita lihat 10 #OOTD Jihan Muse dalam gaya cukup stailo berhijab ketika bersama suami dan anak bercuti ke Jepun.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM JIHAN MUSE