Jika pelakon Emma Maembong mengambil keputusan untuk menanggalkan hijabnya, lain pula cerita bagi pelawak popular Jihan Muse. Mengambil keberkatan sempena sambutan ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Jihan mengambil keputusan untuk berhijab. Dia dan suami Ungku Hariz yang ketika itu berada di Jepun meraikan sambutan pertama anaknya, Ungku Arsalan Haq yang digelar juga ‘#baby ninja’ dilihat memakai hijab cukup stailo.
Ternyata penghijrahan pengacara Gegar Vaganza ini dipuji netizen dan rata-rata suka melihat penampilannya yang nampak cantik dan sopan itu.
Jihan dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih di atas doa yang diberikan dan harapannya dia akan terus diterima dalam industri seni hiburan walaupun sudah berhijab.
Walaupun tidak dinafikan bukan senang untuk kekal istiqomah dalam berhijab, namun Hijabista ucapkan semoga Jihan akan terus menyempurnakan tuntutan agama kita yang menyuruh setiap wanita itu wajib menutup auratnya.
Ayuh kita lihat 10 #OOTD Jihan Muse dalam gaya cukup stailo berhijab ketika bersama suami dan anak bercuti ke Jepun.
#4. hudahudamahmud cantik sangat jihan bertudung…alhamdulillah.
#5. misz_gharm Tahniah jihan! semoga terus istikhomah.. rezeki datang daripada Allah dari pelbagai sudut.. yakinlah dgn janjinya.. sesungguhnya syurga yg Allah janjikan itu pasti!
#6. khaliskhalishah jihan you look youngerr wearing hijab…keep it up girl…
Ads
#7. shrekdhia sis i hope u still isthikomah….. sungguh cantik ciptaan Allah apabila kita menjaganya…. realy nice n realy pretend when i look u cover ur head…
#8. ilafadilah_wahid Cantik ye… Semoga beristiqmah jihan.. Anggap menutup aurat suatu jihad.. Berada di bidang artis ni bukan senang bnyk dugaan Dan cabaran. Igt apa yang kite buat kerana lillahitaala insyaallah ia d permudahkan.
#9. mama_aleesyadam Cantik jihan pakai tudung…semoga istiqomah till jannah….
#10. haiklrh Semoga pehijrahan jihan dapat dikekalkan Kerana Allah, Semoga dapat beristiqomah dgn lebih beriman, supaya dapat menutup aurat dgn sempurnaa, Insyallah
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga darah seni yang mengalir dalam diri anak perempuan kesayangan pelakon Ali Setan, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman. Pemilik nama yang sangat cantik ini bukan sahaja diaanugerahkan seraut wajah yang jelita tetapi juga bakat lakonan yang sangat bagus.
Memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model untuk majalah dan juga untuk ruang digital bagi label jenama hijab/pakaian popular sebelum melangkah kaki sebagai seorang pelakon.
Dia kini muncul sebagai pelakon untuk watak Syakifa dalam drama Senafas Rindu di saluran Astro Ria HD lakonan bersama beberapa selebriti popular dan hebat seperti Liza Abdullah, Syafiq Kyle, Elizaberth Tan, Azizah Mahzan dan Wan Sharmila memberikan bakat yang juga sehebat arwah bapanya.
Selepas kehilangan arwah Babah yang sangat disayanginya, Alya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Masih lagi menerima tawaran sebagai model dan juga membuat kerja berkaitan dalam bidang seni.
Bercerita bagaimana boleh terjun ke dunia lakonan, Alya memberitahu dia menerima panggilan secara mengejut dari pihak Astro.
“Pada mulanya memang was-was nk ambik tawaran berkenaan, tetapi apabila fikir balik mungkin ini rezeki Alya, takkan nak tolak begitu sahaja. Jadi Alya tetap terima tawaran berkenaan walaupun ketika shooting berkenaan tengah ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Alhamdulillah drama lakonan pertama Alya Senafas Rindu tengah trending No 1. Insya-Allah bulan depan Alya akan masuk set baru, tetapi buat masa ini banyak ambil jobphotoshoot sahaja,” ungkap Alya ketika dihubungi memberitahu perkembangan terkininya.
“Memang tekad Alya untuk meneruskan perjuagan dalam industri ini dan insya-Allah akan berusaha menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya yang turut menjadikan arwah Babah sebagai idola dalam dunia lakonan.
Dalam salah satu posting di laman Instagramnya Alya juga ada memberitahu sudah setahun pemergian Babahnya itu (pada 14/2) dan dia masih mengingat setiap momen terakhir mereka berdua.
Sewaktu mahu mengejutkan Babahnya itu dari tidur, rupanya arwah sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Pemergian Babahnya itu Alya anggap sebagai kehilangan terbesar dalam hidupnya selama ini. Walaupun kini tanpa kehadiran Babah di sisi tetapi dia tahu Babahnya akan sentiasa ‘melihat’ dirinya dan berharap akan dapat banggakan arwah satu hari nanti.
Dia akan sentiasa merindui Babah kesayangannya itu dan berdoa semoga dapat bertemu nanti di syurga Firdausi.
Pembabitan Alya yang cantik berhijab sebagai seorang pelakon ini turut mendapat pujian netizen. Masing-masing memuji lakonannya yang sangat natural dan mengesankan.
Sebenarnya sebelum ini Alya juga pernah beberapa kali menjadi model untuk Hijabista. Masih ingat setiap kali ada sesi fotografi, Alya akan datang ditemani arwah bapanya.
Kehadiran cahaya mata dianggap sebagai plengkap dalam hidup berumah tangga. Walaupun bertahun-tahun namun sanggup menunggu untuk mendapatkan zuriat. Bagi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, menanti hampir 10 tahun sebelum dikurniakan zuriat sendiri termasuk sepasang kembar.
Kisahnya Baginda yang begitu cekal dan tabah dalam usaha mendapat zuriat wajar menjadi sumber insprasi dan contoh buat semua wanita di negara ini.
Menurut Saerah Ali, 85 tahun yang berkhidmat dengan Tunku Azizah sejak 1986 hingga kini, berkata walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, beliau tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.
“Keguguran pertama berlaku ketika kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping Baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan Baginda.
“Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan Baginda tidak boleh banyak bergerak, Baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada Baginda supaya boleh dilakukan di katil,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Saerah, yang merupakan satu-satunya daripada ‘the golden girls’ tiga pembantu asal Tunku Azizah yang masih tinggal, menambah perkara itu tidak asing kerana Tunku Azizah sememangnya dikenali sebagai ‘seorang yang aktif’.
Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.
Sementara itu Setiausaha Agung TAFF, Datuk Hamimah Abdul Karim, 69, berkata setakat ini, TAFF sudah ‘melahirkan’ 115 anak yang digelar baginda ‘sebagai cucu Baginda’.
”(Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.
“TAFF adalah bukti sifat empati Tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.
Datuk Hamimah berkongsi cerita lagi bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian Baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.
Menurutnya lagi Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk ‘menggandakan’ aktiviti kebajikan Baginda kepada rakyat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada bulan Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri:-
Boleh dikatakan setiap hari selera makan begitu membuak-buak. Pantang teman ajak keluar makan atau pergi pasar malam, terus setuju. Kesannya barulah perasan berat badan naik sedikit. Mulalah rasa tak selesa terutama di bahagian perut yang sudah mula sedikit buncit.
Bahagian itu memang agak susah untuk kempiskan dan ia memakan masa. Tetapi tidak perlu risau kerana jika anda seorang yang rajin dan berdisiplin boleh amalkan senaman kerana ia merupakan cara paling mudah untuk kempiskan perut.
Dalam banyak senaman yang hendak diamalkan, anda sebenarnya boleh cuba senaman plank kerana kesannya sangat bagus untuk memperkuat otot teras dan menyokong tulang belakang anda.
Apa yang penting lakukan secara konsisten dan jangan ada skip walaupun sehari. Tidak mengambil masa yang lama dan kesannya memang boleh mengempiskan perut bunci anda seterusnya mendapat bentuk badan ideal.
Senaman ini boleh menjadi pilihan efektif bagi anda kerana tidak memerlukan banyak waktu tetapi memberikan keputusan yang cukup memberangsangkan dalam jangka masa yang pendek.
1. Untuk dapatkan perut yang cantik.
2. Planking membakar lebih lemak daripada senaman ringan yang lain.
3. Meningkatkan kada metabolisma dengan hanya senaman ringkas.
4. Memperbaiki postur tubuh anda.
Disini kami ingin kongsikan cabaran 4 minggu untuk mendapat badan yang cantik!
Hari pertama – 20 saat
Hari ke 2 – 20 saat
Hari ke 3 – 30 saat
Hari ke 4 – 30 saat
Hari ke 5 – 40 saat
Hari ke 6 – Rehat
Hari ke 7 – 45 saat
Hari ke 8 – 45 saat
Hari ke 9 – 60 saat
Hari ke 10 – 60 saat
Hari ke 11 – 60 saat
Hari ke 12 – 90 saat
Hari ke 13 – Rehat
Hari ke 14 – 90 saat
Hari ke 15 – 90 saat
Hari ke 16 – 120 saat
Hari ke 17 – 120 saat
Hari ke 18 – 150 saat
Hari ke 19 – Rehat
Hari ke 20 – 150 saat
Hari ke 21 – 150 saat
Hari ke 22 – 180 saat
Hari ke23 – 180 saat
Hari ke 24 – 210 saat
Hari ke 25 – Rehat
Hari ke 26 – 210 saat
Hari ke 27 – 240 saat
Hari ke 28 – Ulang langkah satu untuk hasil yang lebih dan meningkatkan stamina anda!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.