Isi Kandungan
ToggleDuo pereka tersohor, Rizman Ruzaini memang sangat terkenal dalam kalangan selebriti dan juga VIP. Setiap rekaannya cukup unik, anggun dan memenuhi cita rasa pelanggan setianya. Antara selebriti yang cukup sinonim menggunakan khidmat dengan pereka ini adalah Fazura, Ziana Zain, Erra Fazira dan juga Siti Nurhaliza. Selain itu, pereka Rizman Ruzaini juga turut menjadi pilihan selebriti atau VIP berhijab untuk menggayakan busana bersesuaian dengan imej mereka.
Setiap rekaan yang digayakan si pemakai memang cukup serasi dengan penampilan mereka.
Malah ada juga dalam kalangan mereka yang bergelar Raja Sehari juga turut menggunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan busana indah.
Ayuh, kita lihat #OOTD selebriti atau VIP berhijab yang menggunakan khidmat Rizman Ruzaini sama ada untuk mnghadiri majlis tertentu ataupun ketika Syawal lalu.
#1. @juliaernie7181 Cantiknye
#2. @dianamanjah900 Wahhh cantikk
#3. @mizan_din Perfect
#4. @aiyesha.humaira Perghh…cantikss
#5. @ezelzee Lawa sgt
#6. @rrmasaid Gorgeous!
#7. @lady_ronny7 So pretty.. Love the color and design
#8. @hadariahosman Cantiknya datin @vieshantiekhan
#9. @anita_a3005 Lurrvvveeeee the pants
#10. @nurul_halila88 mmg terbaik
KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZMAN RUZAINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Pernah Alami ‘Rejection’ Akhirnya Putus Asa? Yuna Kongsi Kisah Bagaimana Dia Berjaya Mendunia!
“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.
Terdahulu sebuah lagu dan muzik keluaran Yuna merupakan antara topik perbualan ramai yang hangat diperkatakan, apabila lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi itu telah didengari seramai 70 juta warga Amerika Syarikat.
Yuna Terharu, Akhirnya Berjaya Lebar Sayap Seni Di Negara Orang
Mengulas berkenaan kejayaan nya itu, Yuna menerusi Instagram Storynya menzahirkan perasaan terharu kerana akhirnya dia berjaya mengecapi kejayaan setelah melalui pelbagai onak dan duri di negara orang.
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuan dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Artikel berkaitan: Pernah Di Minta Tanggal ‘Tudung’ Di USA! Namun Yuna Buktikan Tak Perlu ‘Gadai Maruah’ Untuk Gapai Kejayaan!
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Kejayaannya ini adalah kejayaan bersama, Yuna turut berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar dan membeli muziknya di Apple Music sebagai tanda sokongan hingga lagu-lagu nyanyianya menjadi hit.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Sumber: Instagram Yuna
Artikel berkaitan: Kuasai Bahasa Asing Dalam Masa Sebulan! Kebolehan ‘Multilingual’ Yuna Buat Rakyat Malaysia Tabik!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pekerja Salun Juga Boleh Berjaya…, Tecer Mas Kini Beauty Expert Punyai Ribuan Pelajar
Isi Kandungan
ToggleMeletakkan impian untuk menjadi kaya, pasti terpahat dalam fikiran kebanyakkan hijabi, malah untuk kelihatan canyik adalah taruhan untuk terus ke hadapan.
Wanita genit dan manis ini, lebih dikenali dengan panggilan mesra Tecer Mass ini membuktikan hijabi tak salah jika berangan pasti mimpi akan menjadi kenyataan.
ARTIKEL BERKAITAN: Berkorban Demi Anak, Wawa Aeril Mahu Hayla Sambung Legasi Perniagaan
Staff salun pun boleh berjaya
Bermula sebagai staf sebuah salun yang hanya membantu membuang sampah, pemilik dan pengasas The Beauty Expert Academy Spa atau nama sebenar, Mastura Idris kemudiannya berjaya keluar daripada kepompong kerjayanya untuk melangkah lebih maju ke hadapan. Dia akui perjalanan kariernya bukan semudah yang disangkakan.
“Saya masih ingat, waktu itu majikan di spa berkenaan bertanya sama ada saya berminat untuk belajar kemahiran mencuci muka dan sebagainya. Terus saya ambil peluang tersebut.
“Bermula dari situ saya belajar semua jenis kemahiran sehinggalah majikan saya percaya dan lepaskan saya sedikit demi sedikit untuk menguruskan spa berkenaan,” kongsinya ketika ditemui di premis kecantikannya.
Cuba menjadikan angan-angan jadi kenyataan, mesra dengan panggilan Tecer Mass, beliau kemudiannya memohon untuk berhenti kerja kerana ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut.
“Selepas berhenti kerja, saya ambil kursus kemahiran dan pada masa sama turut bekerja dengan orang lain. Sehinggalah saya berjaya meraih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
“Waktu itu, perasaan ingin membuka bisnes sendiri membuak-buak, saya terbayang impian sebelum ini untuk membeli rumah hasil titik peluh sendiri menyebabkan saya tekun berusaha.
Momen yang di nantikan
2012 momen cukup bermakna Tecer Mas berjaya mencapai hasrat memiliki syarikat sendiri, maka tertubuhlah Beauty Expert Academy. Ibu kepada seorang cahaya mata itu mempunyai kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan juga menjalankan sesi perundingan dan rawatan kecantikan, beliau juga seorang tenaga pengajar dalam bidang estetik.
Selain itu, beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK). Nah, tidak hairanlah apabila wanita bertubuh kecil molek itu turut dilantik sebagai Penasihat Industri Kolej Komuniti Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Penawar Penyakit Dan Bagus Untuk Maju Dalam Perniagaan, Amalkan Bismillah 5
“Satu benda yang saya belajar dengan majikan lama, untuk menjadi bos katanya kena belajar gagal berkali-kali dan boleh uruskan bisnes sendirian tanpa bantuan orang lain.
“Malah, bergelar bos bukan bersandarkan kecantikan dan kekayaan semata-mata. Sebaliknya kena usaha lebih keras dan tidak mudah putus asa. Itulah yang menjadi pemangkin semangat,” kongsi Tecer Mass yang bersyukur berjaya mencapai semua impiannya selama ini.
Pelbagai rintangan yang dihadapi
Pasti setiap kejayaan, penuh pelbagai onak duri yang terpaksa ditempuhi sebelum berjaya. Jika tiada sokongan insan tersayang hampir membuatkan beliau berputus asa.
“Saya pernah jatuh berkali-kali. dengan tiada sebarang pinjaman dengan mana-mana pihak. Lebih mendukacitakan bila mana suami sendiri kurang yakin dengan pilihan saya buat. Beliau meminta saya fokus menjaga anak-anak sahaja. Kata suami, mana mungkin mencantikkan orang boleh buat saya jadi kaya.
“Bila jadi macam itu, bohonglah andai kata saya tidak pernah down. Sudah pelbagai cara dan ikhtiar saya lakukan namun belum menampakkan hasil. Malah, pernah juga ditipu pelanggan membuatkan saya hampir putus asa. Namun, saya bangkit semula,” kongsinya lagi.
Bergantung pada Maha Esa, selain itu perlu berusaha gigih, untuk membuka jalan kejayaan buatnya. Turut menerima pengiktirafan Malaysian Trustworthy Aestheticians & Beauticians 2023 (MTAB) dan Successful People In Malaysia – Britishpedia 2023 dan berkat kesabaran, lebih 18 tahun berkecimpung dalam insdutri kecantikan, Tecer Mass turut miliki ribuan pelajar.
Perlu berketerampilan
Pusat estetik yang beroperasi di Cheras, Selangor bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan, bahkan setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan daripada pakar estetik terlatih yang ada di situ.
“Sebelum ini, saya promosikan sendiri. Daripada satu katil dan tanpa ada bantuan staf, saya lakukan semua sendirian. Penat hanya Tuhan yang tahu, basah satu badan dengan peluh. Waktu itu belum ada kemudahan media sosial seperti sekarang untuk membantu promosikan salun.
“Namun, sedikit demi sedikit pelanggan mula datang dan saya terpaksa mengambil staf kerana tidak cukup tangan. Pun begitu, saya seorang yang mementingkan kualiti jadi setiap pekerja di akademi ini memiliki kemahiran yang saya ingini. Saya tak suka lambakan staf, saya juga mahu mereka belajar bekerja keras seperti saya dahulu,” ujarnya.
Perlu berketerampilan menarik berdepan dengan pelanggan, malah, menjadi kepantangannya jika ada staf yang tidak tampil cantik walaupun sekadar memakai lipstik.
“Paling saya utamakan adalah spa kena bersih kerana dari situ datangnya rezeki. Pelanggan datang lihat tempat bersih dan mendapat layanan baik staf membuatkan mereka akan datang lagi mendapatkan rawatan di sini. Itulah yang saya tekankan kepada staf,” ujar beliau yang juga Pemudah cara dan Penceramah di Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Akui tidak meletakkan mana-mana individu sebagai idola memandangkan beliau yang berusaha sendiri mencapai kejayaan tersebut. Untuk menjadi wanita yang hebat dan berjaya, kena yakin dengan keupayaan diri sendiri. Tanpa hiraukan kata-kata negatif orang sekeliling.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingin Cuba ‘Work From Anywhere’? 5 Negara Ini Tawarkan Peluang Yang Cukup Menarik!
Isi Kandungan
TogglePandemik Covid-19 telah banyak mengubah cara kehidupan di seluruh dunia yang lebih kearah penggunaan teknologi moden. Banyak juga kelebihan dan kemudahan yang diperkenalkan sejak dari itu.
Gaya pekerjaan juga tidak seperti dahulu, ada sesetengah syarikat yang masih lagi mewujudkan WFH iaitu work from home. Ada juga yang memberikan kebebasan sehingga bekerja di mana-mana iaitu WFA (Work From Anywhere), membolehkan anda hidup sebagai pekerja nomad digital di luar negara!
Artikel berkaitan: Melancong Tanpa Rabak Poket, Lelaki Ini Kongsi Jelajah 6 Negara 12 Lokasi Dengan Bajet Kurang 7K. Mana Nak Dapat?
Merantau sambil bekerja dengan tenang…
Work From Home suatu norma baharu gaya bekerja selepas diperkenalkan ketika Pandemik Covid-19. Apa yang lebih menarik lagi beberapa syarikat yang memberikan kebebasan Work From Anywhere ini turut menyediakan visa kepada pekerjanya untuk ke luar negara.
Visa nomad digital itu merupakan permit yang membolehkan pekerja untuk bekerja dari jauh (remote) di luar negara tanpa perlu membayar cukai. Terdapat beberapa buah negara yang memperkenalkan cara pekerjaan ini, antaranya:-
1. Colombia
Negara colombia menawarkan visa nomad digital yang paling mudah diantara negara-negara di dunia. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menunjukkan bukti pendapatan sebanyak AS$684 (RM2,810.93) sebulan dan perlu membayar sebanyak AS$52 (RM227.69) bagi yuran pendaftaran.
Visa selama 2 tahun ini diberikan kepada pekerja untuk meneroka negara Colombia dari Medellín, hab nomad digital yang turut dikenali sebagai ‘City of Eternal Spring’ ke Cartagena yang penuh dengan warna-warni hinggalah ke Valle del Cocora yang cukup indah!
2. Ecuador
Negara Amerika Selatan ini menawarkan visa nomad digital yang cukup mudah seperti Colombia. Visa itu juga juga mempunya kadar masa yang sama iaitu 2 tahun.
Namun, visa nomad digital Ecuador mempunyai kadar bayaran serta kelayakan yang lebih tinggi berbanding Colombia. Tetapi ia masih berpatutan untuk ramai mengunjungi yang rata-ratanya dari negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.
Bagi memohon visa nomad digital di Ecuador, seseorang individu itu perlulah mempunyai AS$1,284 (RM5621.86) selama sebulan dan membayar yuran permohonan sebanyak AS$460 (RM2012.27).
3. Hungary
Visa nomad digital yang ditawarkan negara ini kepada mereka yang ingin tinggal dan bekerja di Eropah timur. Visa ini juga sah selama 1 tahun dan boleh melanjutkan lagi masa.
Bukti pendapatan perlulah mempunyai sebanyak AS$2,048 (RM8958.98) sebulan dan membayar yuran permohonan sebanyak AS$112 (RM489.94). Kos sara hidup di Budapest City juga rendah berbanding ibu kota Eropah yang lain. Anda boleh menikmati kehidupan yang menyeronokkan dengan sedikit kemewahan di Hungary.
4. Croatia
Salah satu visa nomad digital yang terbaik di Eropah adalah dari negara Croatia. Negara ini telah menjadi salah satu negara yang diberikan nama hab nomad digital teratas pada tahun 2023!
Croatia sahaja telah banyak menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun kerana keindahan pulau dan pantai yang indah, taman negara yang menakjubkan, serta bandar bersejarah yang menawan seperti Dubrovnik.
Visa nomad digital Croatia memerlukan anda menunjukkan pendapatan sekurang-kurangnya AS$2,465 (RM10783.14) selama enam bulan. Anda juga perlu mempunyai AS$29,588 (RM129432.71) dalam akaun bank anda. Tempoh masa visa ini hanyalah 1 tahun sahaja.
Artikel berkaitan: Kalau Melancong Ke Myeongdong Korea Jangan Lupa Shopping Barang Kosmetik Dan Skincare, Murah & Berkualiti
5. Costa Rica
Costa Rica juga menjadi salah satu negara yang cukup menarik menawarkan visa nomad digital untuk dipohon. Negara ini juga menjadi destinasi pelancongan yang utama di Amerika Tengah kerana pantai yang indah, hutan yang subur, juga terdapat hidupan liar dan kepelbagaian biologi. Anda perlulah menunjukkan sekurang-kurangnya AS$3,000 (RM13123.50) sebulan bagi memohon visa nomad digital ini.
Sumber: CNBC Indonesia
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI