Siapa yang tidak mahu kurus tanpa pengambilan suplemen, pil atau penggunaan alat elektronik? Lebih-lebih lagi jikalau menggunakan bahan semula jadi yang lebih mudah dan murah. Apa yang penting bajet, tetapi keinginan untuk kurus melebihi segalanya. Kini, ramai yang telah mengamalkan pengambilan jus detoks sebagai minuman harian. Ayuh, kita cuba cara yang paling murah ini untuk mencapai hajat agar lekas kurus!
1. Smoothie Rasberi Ceri
Kandungan kalori sebanyak 112 cukup efektif untuk merangsang enzim-enzim dalam tubuh. Kisarkan buah rasberi segar dan ceri serta bahan-bahan tambahan lain seperti susu badam, madu, dan jus lemon.
2. Jus Buah & Kobis
Siapa kata kobis tidak boleh dihidangkan sebagai minuman? Malah ia merupakan sumber antioksidan terhebat sekali gus menyahkan kandungan toksik dalam badan, meningkatkan pencernaan serta membantu sistem ketahanan hati.
3. Jus Detoks Kobis
Impak detoksifikasi jus ini amat luar biasa dan ia lengkap dengan vitamin B6,K dan A. Padukan sahaja dengan badam, timun, pear, avokado, halia mahupun air kelapa. Kelazatan yang anda sendiri pasti tidak pernah menjangka.
4. Jus Mangga & Nanas
Minuman yang bagus untuk memulakan hari anda. Ia mampu membuang racun yang terperangkap dalam sistem pencernaan dan menghindarkan kesan-kesan berbahaya daripada makanan kita.
5. Air Suam & Lemon
Campuran minuman detoks yang amat mudah disediakan. Sebelum makan pagi, minum air ini terlebih dahulu. Namun, usah diambil dalam kuantiti berlebihan pula.
6. Jus Betik, Lobak & Oren
Betik merupakan bahan pencuci usus alami. Tiga bahan utama ini mampu memberi keselesaan perut anda sepanjang hari. Bagi rasa yang lebih mantap, tambahkan sahaja limau nipis, madu dan air kelapa.
7. Jus Sengkuang
Sayuran akar ini bukan sahaja boleh dinikmati secara mentah, ia juga boleh dijadikan jus. Jika anda kurang gemar akan rasanya, tokokan perisa lain seperti strawberi, timun, avokado mahupun epal.
8. Jus Timun & Kobis
Timun telah digunakan selama berabad lamanya bagi perubatan cina. Vitamin E yang terkandung di dalamnya membantu mencantikkan kulit dan melambatkan kesan penuaan pada kulit. Selain itu, masalah insomnia dan kegelisahan dapat dikurangkan dengannya.
9. Jus Strawberi
Bagi mendapatkan kesan yang maksima, amalkan meminum jus ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Bukan sahaja rasanya yang menyegarkan, ia turut membantu detoksifikasi hati dan menentang penyakit kanser.
10. Jus Epal & Pudina
Buah epal terkenal dengan khasiatnya membantu melancarkan sistem peredaran darah dan membersihkan sistem pencernaan. Selain gabungan rasa yang enak, ia juga mampu memberi impak detoksifikasi yang sempurna buat tubuhmu.