Setiap wanita menginginkan kulit dan tubuh badan yang cantik dan sempurna. Kulit sihat membantu dalam memberikan aura dan mood cantik dalam diri seseorang. Rejim mengamalkan minuman madu setiap hari mampu merealisasikan impian anda untuk sihat dan cantik. Kalau tak percaya, jom la kita cuba.
1. Mengurangkan Angin Dalam Badan
Jika anda mengalami kembung perut ataupun perut rasa kurang selesa, minumlah segelas air suam bersama madu. Serta-merta anda dapati angin semakin kurang dan rasa selesa.
2. Meningkatkan Sistem Imunisasi
Madu asli mengandungi enzim, vitamin dan mineral. Ianya mempunyai kesan anti bakteria luaran serta dalaman sekaligus meningkatkan sistem ketahanan diri.
3. Membuang Toksin
Daripada mengambil kopi, cuba amalkan minum air suam yang hangat bersama madu setiap pagi, kalau boleh ketika perut masih kosong. Jangan lupa, hirisan lemon untuk memberikan tenaga sepanjang hari.
4. Kulit Makin Cantik
Ini semua orang tahu, amalan minum madu setiap hari baik untuk kulit anda. Apabila banyak toksin disingkirkan melalui perkumuhan, darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar dalam tubuh badan. Malahan juga, menjadikan kulit cantik dan semakin berseri.
5. Kulit Wajah Cerah
Madu mempunyai banyak ciri-ciri antibakteria dan anti-kulat. Itu sebabnya, minum campuran madu bersama ais suam hangat membantu menyembuhkan jerawat dan mencegah jerawat. Malahan juga, membantu mendapatkan kulit yang cerah dan sempurna.
6. Awet Muda
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh.
7. Mengurangkan Berat Badan
Setiap kali rasa mahu makan benda yang manis, ambil sahaja madu kerana manisnya datang daripada gula secara semulajadi. Untuk pengetahuan anda, madu juga dapat mengurangkan 64% kalori dalam badan.
8. Pulihkan Sakit Tekak
Anda batuk dan sakit tekak? Cuba minum madu bersama air suam, ianya akan melegakan rasa gatal pada tekak. Begitu juga jika anda demam, amalan ini dapat mengurangkan panas dalam badan.
9. Daya Ingatan
Manfaat madu yang lain adalah madu akan meningkatkan fungsi otak. Cuba untuk mengambil madu secara rutin satu sudu makan sebelum tidur, maka daya ingat anda semakin tajam.
10. Bibir Hitam
Bagi anda yang mengalami masalah bibir gelap atau hitam, sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur, bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan secara konsisten sehingga.