Lagu nasyid pada satu ketika dahulu sering menjadi siulan di bibir-bibir anak muda dek kerana liriknya yang mudah dihafal serta irama yang dekat dengan jiwa. Disebabkan itu, lagu-lagu nasyid ini begitu popular sekitar tahun 90-an.
Antara kumpulan nasyid yang popular pada waktu ini adalah Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, UNIC dan lain-lain lagi. Hijabista paparkan 10 lagu yang sering menjadi pilihan satu ketika dahulu.
#1 – Raihan: Demi Masa
#2 – Saujana: Sepohon Kayu
#3 – Rabbani: Intifada
#4 – Hijjaz: Sumayyah
#5 – UNIC: Hanya Tuhan Yang Tahu
#6 – In-Team: Kasih kekasih
#7 – Rabbani: Pergi Tak Kembali
#8 – Raihan: Iman Mutiara
#9 – Saujana: Keluarga Bahagia
#10 – Hijjaz: Fatamorgana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengapa Dinamakan Lailatul Qadar, Biasa Sahaja Kita Sebut Tapi Tidak Tahu Maknanya
Lailatulqadar akan muncul pada bulan Ramadan setiap tahun sebagai satu anugerah Ilahi dengan lebih banyak ganjarannya. Merupakan keistimewaan dan kemuliaan bulan suci Ramadan ialah terdapatnya satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.
Malam lailatulqadar hanya muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.
Malam istimewa itu amat dinanti-nantikan kemunculannya oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.
Mengapa Dinamakan Lailatul Qadar?
1.Barangkali ada yang tertanya-tanya, mengapa dipanggil malam tersebut sebagai malam Lailatul Qadar? Dalam tafsirnya, Sheikh Dr. Sayyid al-Tantawi, menjelaskan bahawa perkataan al-Qadar membawa maksud kemuliaan.
Kata Sheikh al-Azhar itu:
والقدر الذي أضيفت إليه الليلة، بمعنى الشرف والعظمة، مأخوذ من قولهم: لفلان قدر عند فلان، أى: له منزلة رفيعة
“Dan perkataan al-Qadar apabila disandarkan kepada perkataan Malam ia membawa maksud malam yang penuh kemuliaan dan keagungan. Seseorang itu dipanggil sebagai “memiliki Qadar” iaitu memiliki kemuliaan.
2.Manakala sebahagian sarjana yang lain pula berpandangan bahawa al-Qadar membawa maksud sempit. Ini selari dengan penggunaanya di dalam al-Quran apabila Allah berfirman:
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ
“dan apabila dia diuji dan rezekinya telah disempitkan.” (Surah al-Fajr)
3.Seakan-akan bumi pada malam tersebut menjadi sempit kerana dipenuhi dengan malaikat yang turun mengaminkan doa hamba-hambanya yang berdoa pada malam tersebut. Oleh yang demikian kita hendaklah memperbanyakkan berdoa seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi sendiri.
4.Manakala menurut Sheikh al-Syanqiti pula, dinamakan malam Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut ditentukan qadar atau ketetapan Qada Qadar manusia. Kata beliau:
أَنَّهَا سُمِّيَتْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ; لِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُقَدِّرُ فِيهَا وَقَائِعَ السَّنَةِ،
“Dinamakan sebagai lailatul Qadar kerana Allah menentukan ketentuan qadar yang akan berlaku pada tahun tersebut.”
5. Apa pun hikmah penamaan malam ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah, pada malam yang penuh dengan kemuliaan, yang dihadiri oleh para malaikat dalam keadaan ketentuan manusia sedang ditentukan oleh Allah. Semoga Allah membimbing kita.
Sumber kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi Top image: Photo by Craig Adderley from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Qatar Cipta Sejarah, Solat Jumaat Dianjurkan Buat Kali Pertama Di Piala Dunia
Piala Dunia FIFA 2022 memang terasa istimewa kerana buat pertama kalinya ia diadakan di negara Arab iaitu Qatar sebagai tuan rumah. Piala Dunia FIFA 2022 telah bermula pada hari Ahad, 20 November yang lalu dan akan berakhir pada 18 Disember 2022.
Menjadi kebiasaan setiap hari Jumaat, umat Islam akan mengerjakan solat Jumaat. Buat kali pertama dalam sejarah, ratusan peminat, pemain dan kakitangan yang terlibat dengan penganjuran Piala Dunia telah menunaikan Solat Jumaat di perkarangan Stadium Ahmed bin Ali Stadium dan Stadium Al-Thamma.
Foto yang tular melalui laman Twitter menunjukkan suasana solat Jumaat di luar Stadium Al-Thumama, lokasi perlawanan kedua Kumpulan A membabitkan Qatar dengan Senegal.
Hantaran yang dimuat naik tersebut secara tidak langsung mencuri tumpuan dunia dan ramai menyifatkan ia sebagai satu peristiwa bersejarah.
الحمدلله ..
اللهم تقبل منا ومنهم صالح الاعمال pic.twitter.com/aHpkA3G3us— حسن الساعي (@Hassan_alsai) November 25, 2022
Difahamkan, disebabkan perlawanan berlangsung beberapa jam selepas itu, ratusan para penyokong mengambil peluang menunaikan solat Jumaat. Menerusi video ini, dapat dilihat umat Islam berkumpul di perkarangan luar stadium sambil menunggu masuknya waktu Solat Jumaat serta memenuhi ruang-ruang padang berdekatan stadium.
Artikel Berkaitan: Duta Piala Dunia 2022 Digelar Budak Ajaib Qatar, Latar Belakang Ghanim Al-Muftah Luar Biasa
Di tempat lain pula, khutbah Jumaat telah disampaikan dalam bahasa Inggeris di hadapan Stadium Ahmed Bin Ali, iaitu lokasi perlawanan antara Iran dan Wales.
Antara intipati khutbah Jumaat itu adalah tentang kebajikan wanita, menghormati ibu bapa serta memelihara hak pekerja.
“Saya telah datang ke negara Islam untuk menghadiri Solat Jumaat. Ini membuatkan saya sangat gembira semasa berada dalam perlawanan ini,” kata seorang peminat yang berasal daripada Maghribi melalui laman Twitter.
Outside Al thumama stadium in Qatar today for the congregational Friday prayer. Islam is indeed beautiful. I have every reason to be proud because I am a Muslim. @kiramjoho @khalidjoho @Asmali77 what do you make of that opulent kind of environment? pic.twitter.com/TXHce5sOwg
— Nasirmagan (@nasirmagan) November 25, 2022
Untuk pengetahuan anda, Qatar mencipta sejarah menjadi negara Islam pertama yang diberikan hak untuk menganjurkan temasya teragung dunia bola sepak itu. Terdahulu, kejohanan tersebut dimulakan dengan ahli perniagaan termuda Qatar Ghanim Al Muftah membaca sepotong ayat al-Quran.
Artikel Berkaitan: Qatar Memperkenalkan Islam Kepada Seluruh Dunia, Pembukaan Rasmi FIFA 2022 Dengan Bacaan Surah Al-Hujurat.
Dalam pada itu, negara Islam tersebut turut mencuri perhatian dunia apabila memperkenalkan beberapa peraturan yang dianggap bertentangan dengan tradisi Piala Dunia, termasuk melakukan larangan penjualan minuman beralkohol di sekitar stadium.
Sumber: The Siasat Daily
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantiknya! Bidadari Amar Bahrin, Netizen Terpesona, Lihat Amyra Rosly Bertudung Labuh
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni tanah air. Bukan sahaja hebat dalam bidang lakonan, malah baru-baru ini Amyra Rosli telah dinobatkan sebagai ‘Pengacara Paling Dipercayai’.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian Hijabista lagi adalah penampilan pengacara Nona dan juga isteri kepada aktor kacak, Amar Baharin ini ketika sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, baru-baru ini.
Cantiknya.. Bidadari Amar Bahrin!
@saraofficial.my Terima kasih dear @Amyra rosli sbb sudi pakai khimar set dari Sara Official 🌹 #khimar #khimarmalaysia #hijabfashion #fyp #amyrarosli #muslimahhijrah #muslimah ♬ original sound – 🅰️RVIAN – arviandwi
Perkara berkenaan menjadi tular di aplikasi TikTok dimana sebuah video memaparkan Amyra yang kelihatan begitu sopan dan anggun ketika mengenakan tudung labuh atau khimar bersama jubah berona merah hati pada majlis kesyukuran dan tahlil sempena sambutan hari lahir Amar.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran tersebut dan mendapati rata-rata warganet turut terpesona dan terpukai ketika menyaksikan keanggunan Amyra dalam busana patuh syariah itu.
Artikel Berkaitan : “Doakan Kesembuhan Untuk Superman Saya” – Amyra Mohon Doa Orang Ramai.
Sehubungan itu, ruangan komen hantaran berkenaan telah dibanjiri dengan doa agar Amyra itu sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.
Setakat artikel ini ditulis hantaran video berkenaan telah ditonton sebanyak 284.7 ribu kali dan menerima sebanyak 16.2 ribu tanda suka.
Sekadar info, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.
Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki dua cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Sumber: TikTok Saraoffial.my & Instagram Amyra Rosli
Artikel Berkaitan : “Tiada Limitasi Dalam Berfesyen Dan Ia Bebas!” – Amyra Rosli Kongsi Pendapat Berfesyen Dalam Berfantasi Bersama dUCk
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI