Lambakan jenama tudung yang menghiasi laman sosial dan menjadi trending tahun 2017. Pastinya hijabi tidak lepas pandang untuk memiliki setiap tudung yang keluar bagai cendawan tumbuh ini.
Trend penggunaan simbol hashtag (#) dan outfit of the day (OOTD) di laman sosial juga salah satu faktor pengguna obses terhadap jenama-jenama popular.
Obsesnya wanita terhadap tudung popular ketika ini tidak terhenti dengan membeli koleksi terbaharu yang dikeluarkan, malah tudung yang telah dipakai (pre-loved item) dan kotak simpanan tudung (scarf box) turut menjadi rebutan. Itulah penangan tudung kepada wanita.
Pengaruh iklan dan gaya selebriti dan influencer terkenal menjadi tarikan hijabi untuk memiliki setiap tudung yang digayakan. HIJABISTA senaraikan 10 jenama tudung ini yang pasti ada di wadrobe setiap hijabi.
1. Naelofarhijab, 584 Followers
2. DuckScarves, 343 Followers
3. Cakenis, 204 Followers
4. Aidijuma, 499 Followers
5. Sugarscarf, 369 Followers
6. Tudungruffle, 334 Followers
6. Galeri Ariani, 352 Followers
7. Ameerazainiofficial, 159 Followers
8. Twinklebyelfira, 101 Followers
9. Aliff_syukri, 80.7 Followers
10. Everyday_KL, 32.3 Followers
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Coklat Gelap Juga Merupakan Antara Solusi Elak Kejang Ketika Datang Period Supaya Hijabi Tak Kerap MC. Ini 4 Cara Yang Lain.
Kekejangan ketika datang bulan sering menjadi punca sesetengah wanita mengambil cuti atau MC sewaktu sedang bekerja.
Kebanyakan wanita berharap agar masalah ini tidak timbul ketika sedang bekerja kerana ia boleh buat mood anda melayang. Masalahnya, ketua serta rakan-rakan lelaki anda tidak memahami situasi ini.
Sesetengah negara seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan dan yang terkini, Itali telah memberi inisiatif kepada pekerja wanita dengan memberi cuti haid berbayar. Untungnya kalau Malaysia pun beri inisiatif seperti ini kan!
Jangan bimbang hijabi, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk elakkan masalah kekejangan ketika datang bulan sewaktu anda sedang bekerja. Jadi, tak perlulah anda MC setiap bulan!
1. Pilih Kopi Atau Teh
Secawan kopi menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu untuk memulakan hari mereka. Kopi cenderung menjadikan anda lebih ‘gembira’ dan ‘bertenaga’ kerana kafein mampu merangsang perasaan psikologi ini.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kekejangan haid yang tidak baik (dysmenorrhea), langkah yang terbaik adalah dengan mencegah kafein. Kafein bertindak untuk menyekat saluran darah, mengurangkan aliran oksigen dan pemakanan yang menimbulkan kekejangan.
Teh merupakan alternatif yang lebih baik. Walau bagaimanapun, anda harus memilih teh tanpa kafein seperti chamomile, peppermint dan halia. Ia mengekalkan paras estrogen menjadi lebih stabil. Jadi, masalah kekejangan serta gejala PMS akan berkurangan.
2. Gunakan Pil Perancang (Dengan Kebenaran Doktor)
Pil perancang boleh diambil untuk mengawal keadaan hormon anda sepanjang tempoh anda period. Pil ini dapat membantu mengekalkan tahap hormon yang mantap dan mengurangkan masalah kekejangan yang anda hadapi.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda berunding dengan doktor terlebih dahulu kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan (berat badan, peningkatan selera makan) jika anda tidak mengetahui jenis serta dos pil perancang yang anda perlukan.
3. Gunakan Patch Terapi Haba
Terapi panas telah terbukti secara saintifik untuk mengurangkan kekejangan. Dengan menggunakan haba ke abdomen, saluran darah akan melebar, meningkatkan aliran oksigen dan nutrien ke otot yang sempit.
Haba juga membantu menghentikan isyarat sakit pada otak anda lalu meningkatkan tahap keselesaan. Terdapat patch terapi haba yang boleh diguna semula dijual di pasaram, seperti MenstruHeat, yang bertahan selama 12 jam (satu hari di tempat kerja).
4. Berjalan-Jalan
Berjalan kaki dari meja ke tandas, pantri (untuk mendapatkan teh) atau mesin fotostat benar-benar membantu anda.
Ia mampu meregangkan otot abdomen dan meningkatkan aliran darah ke otot yang sempit, melepaskan tekanan dan mengurangkan kekejangan anda.
5. Makan Makanan Ringan! Tentunya Yang Sihat. 🙂
Sesetengah makanan yang anda makan akan memberikan manfaat yang besar ketika anda sedang datang bulan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kurangkan pengambilan makanan ringan. Lebih baik ambil buah-buahan kering, teh dan timun.
Coklat gelap juga merupakan antara solusi yang boleh membantu mengurangkan kesakitan period. Ia juga merupakan pilihan yang lebih baik berbanding coklat yang kandungan lemak dan tenusu tinggi.
Makanan sampingan seperti oat, buah-buahan dan salad juga boleh membantu mengurangkan gejala-gejala PMS seperti kembung, cirit-birit dan sembelit.
Perlu anda tahu bahawa tip ini hanya dapat ditangani untuk jangka masa yang singkat sahaja. Tetapi tip ini boleh membantu anda daripada mengambil MC setiap bulan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Cara Gosok Tudung Dengan Suhu IRon Dengan Betul, En Suami Pun Patut Tahu!
Mengosok tudung bukan semudah menggosok baju harian yang kita gunakan malahan ia perlu perhatian yang penuh. Bukan semua hijabis tahu mengendalikan cara mengosok tudung dengan betul dan En suami pun patut tahu ya! Sebelum menggosok sesuatu tudung, iron yang digunakan mesti lah sesuai dengan tekstur tudung yang ingin digosok. Bagi mengelakkan kerosakan pada tudung tersebut.
Ikuti cara gosok yang betul ini dengan pelbagai jenis fabrik tudung:
1. TUDUNG BAWAL
Hanya perlu mengawal suhu seterika supaya tidak terlalu panas. Jangan lupa gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.Untuk yang mempunyai manik atau sulaman, hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman.
2. TUDUNG LYCRA
3. SELENDANG KAPAS SPANDEX
Selendang ini agak keras sedikit kainnya tetapi sangat mudah dipakai dan dibentuk. Gunakan suhu empat atau lima semasa menggosok selendang ini kerana jenis kain yang kasar dan tahan kepanasan.
4. SELENDANG JOJET
Selendang yang mendapat perhatian dan sambutan para gadis muslimah. Ia mudah dipakai bersama anak tudung jenis kapas kerana struktur selendang ini yang agak licin. Gunakan suhu tiga atau empat walaupun ia bersifat sukar berkedut. Tetapi kalau selendang ini berkedut, gunakan semburan air pada bahagian yang berkedut.
5. TUDUNG BERMANIK
Ia sama dengan tudung awning yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan menyukarkan proses menggosok. Cara menggosok iaitu gosok pada bahagian dalam awning tetapi jangan terlalu kuat kerana ia bakal meninggalkan kesan pada tudung
NOTA: Kaedah dry clean adalah sangat baik. Guna suhu yang rendah dan sederhana.
6. TUDUNG AWNING
Tudung yang paling digemari kerana mudah dipakai. Penjagaan yang rapi pada bahagian awning tudung agar tidak patah atau rosak. Cara menggosoknya sangat mudah dan ringkas dan hari perlu digosok di bahagian dalam awning dengan suhu rendah antara dua atau tiga.
Tetapi perlu diingat, semasa membeli tudung, perlu mengambil tahu adakah awning nya perlu digosok atau tidak? Jika jenis awning yang tidak boleh digosok hingga menyebabkabkertasnya mengecut, kamu gunakan pelapik seperti kain kapas dan diletakkan di bahagian dalam awning.
Jangan sesekali menyembur air pada bahagian awning tudung kerana dikhuatiri akan merosakkan awning tudung tersebut.
7. SELENDANG LICIN
Corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang terlalu licin. Ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain yang kasar. Selendang ini bersifat sejuk dan sukar berkedut.
Suhu yang sesuai digunakan ialah dua dan tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat panas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun Tutorial HIJAB Digayakan ELFIRA LOY Dikecam, Tapi Dapat Lebih SEJUTA Tontonan di Media Sosial
Tahun lepas kisahnya viral gara-gara membeli barangan mekap sehingga RM10 ribu di US. Pelakon kecil molek ini memang obses dengan dunia kecantikan sehingga sanggup berhabis duit untuk tujuan itu. Bukan itu sahaja sejak berhijab, Elfira Loy juga bijak menggayakan tudung dalam pelbagai gaya. Baru-baru ini Elfira berkongsi tutorial hijab yang digayakan olehnya dengan pilihan hijab panjang rona terang. Tutorial yang dimuat turun ini mendapat perkongsian lebih 300 ribu tontonan dari followernya.
Walaupun ada yang mengecam hijab yang dipakai tidak cantik, tetapi ramai juga yang memuji penampilan Elfira dalam pemilihan hijab rona terang ini.
A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on
fabricperfumeby_sha menyerlah lagi El pakai shawl kaler tu
nabilah9591 Suka lah elfira pki wrna ni
murni_mohammad91 Cantik sangat el guna color tu.
Tunangan kepada Sufian Suhaimi ini juga turut berkongsi tutorial hijab bawal yang digayakan untuk tujuan ke gim. Istimewanya Elfira tidak menggunakan kerongsang untuk dipin di bawah dagu, sebaliknya menggantikannya dengan jarum peniti.
Walaupun dikecam kerana tudung dipakai pendek dan tidak menutup dada, tetapi posting ini mendapat tontonan lebih setengah juta. Jom layan tutorial penuh hijab digayakan Elfira Loy. Cukup mudah dan sangat simple. Malah bawal yang digayakan menurutnya sentiasa dapat perhatian pencinta bawal dan ia bukan jenis bermusim.
A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on
mummyjedot kagum pakai pin je buat ganti brooch.. kalau i menguap sikit dah tanggal tu
gaga.amira Senang..kemas..
rinaahairil Tak penah tak cntik..
hasniza_mz Maaf sekadar teguran…tudung yg sebenar bukan lilit leher tp menutup dada..tutup la dada tu..
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ELFIRA LOY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI