Sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa. Dan dalam masa sama pastinya masing-masing sedang sibuk buat persiapan beli kelengkapan untuk sambut Syawal. Selain busana yang anggun, pilihan tudung juga sangat penting dalam melengkapi penampilan. Lambakan hijab dijual di pasaran sempena sambutan Aidilfitri dan masing-masing dengan rekaan tersendiri yang cukup mengagumkan.
Ayuh Hijabista senaraikan, 10 jenama popular hijab yang wajib anda miliki supaya penampilan anda terserlah di pagi raya dan sepanjang 30 hari menyambut Syawal.
Rata-rata jenama popular ini mengekalkan konsep hijab printed yang mendominasi fesyen terkini. Untuk hijab printed ini memang sangat sesuai digayakan dengan busana polos tanpa corak.
Artikel Berkaitan: Trik Pakai Hijab Satin Nampak Cantik & Tak Senget
Kalau mampu tiada salahnya miliki semua hijab dicadangkan dan anda boleh gayakan mengikut kesesuaian.
Tidak sukar mencari tutorial hijab kerana ada antaranya yang muat turut video tutorial dalam laman sosial masing-masing. Nah, idea hijab mana jadi pilihan anda nanti!
KREDIT FOTO: INSTAGRAM