Memakai hijab merupakan kewajipan bagi setiap wanita. Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna hijab. Memang sukar untuk memilih warna hijab terutama bagi gadis yang memiliki kulit sawo matang. Tersilap pilih warna, muka pun akan nampak kusam.
Memakai hijab merupakan kewajipan bagi setiap wanita. Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna hijab. Memang sukar untuk memilih warna hijab terutama bagi gadis yang memiliki kulit sawo matang. Tersilap pilih warna, muka pun akan nampak kusam.
Bagi anda yang berkulit sawo matang ala Halima Aden, Hijabista kongsikan 10 inspirasi warna hijab yang sesuai dengan tona kulit anda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjaga santun dan juga penampilan sebagai wanita berhijab, Mira Filzah merupakan antara selebriti yang menjadi contoh ramai. Baik dari segi kerjaya, pelajaran mahupun sisi seperti kecantikan dan gaya fesyen, semuanya menjadi contoh yang baik kepada pengikutnya.
Khabar terbaharu, pelakon dan pengacara ini telah berkolaboratif bersama jenama fesyen terkanal tempatan, Lilit bagi menghasilkan sebuah koleksi fesyen yang diilhamkan dari personanya sendiri.
LILIT dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi pertama tahun ini dengan ikon fesyen yang merupakan buah hati pujaan ramai rakyat Malaysia, Mira Filzah. Koleksi ini membawakan aneka fesyen untuk bersantai dengan corak cetakan yang menarik hati dan warna-warna pastel yang lembut, lagi menawan.
Menerusi koleksi ini, setia rekaan seolah-olah memancarkan auranya ibarat tumbuhan yang mengejar matahari, sentiasa subur menjalar di bumi biar setinggi mana ia tumbuh. Koleksi ini juga ditumpukan kepada gaya peribadi Mira yang santai. Jadi tidak hairanlah jika ia diterjemahkan menerusi corak cetakan yang menyerlahkan kesegaran dan keremajaan, serta kebebasan seperti sang rama-rama.Setiap satu rekaan dihasilkan dengan konsep potongan tidak menunjukkan bentuk badan sesuai bagi wanita berhijab dan warna-warna pastel yang lembut.
Koleksi kasual “whimsical” LILIT x Mira Filzah ini diilhamkan oleh rencah masam manis hidup ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, dengan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa berpanjangan, ramai mencari cara kreatif untuk membebaskan diri daripada kekangan persekitaran dan gaya fesyen tidak seharusnya terbatas. Semua boleh praktikal dan menawan dengan koleksi ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai yang beranggapan wanita bertubuh ramping lebih mudah untuk mengenakan pelbagai fesyen. Namun, terdapat segelintir hijabi yang terlalu kurus menghadapi kesulitan untuk berfesyen. Misalnya pakaian yang perlu dihindari adalah baju yang terlalu longgar seperti kemeja dan blaus. Ia akan menampakkan penampilan anda hodoh dan tidak kemas.
Selain itu, pakaian yang terlalu ketat juga tidak sesuai bagi tubuh yang ramping kerana ia akan membuatkan tubuh kamu lebih kurus. Elakkan pakaian berkolar berpotongan ‘V’. Sebaik-sebaiknya, kenakan pakaian yang menutup tulang selangka (bagi yang tidak berhijab).
Selain itu, warna pakaian sangat penting untuk efek sempurna. Elakkan pakaian berwarna hitam perlu dielakkan kerana ia akan memberi efek langsing pada bentuk tubuh badan. Anda digalakkan untuk memilih warna-warna yang cerah berbanding dengan warna gelap.
Begitu juga dengan pakaian yang bercorak juga sesuai untuk dipakai tetapi tidak terlalu banyak. Corak jalur ke bawah atau dikenali sebagai vertikal juga harus dielakkan kerana menampakkan anda kelihatan lebih kurus. Baju volume atau beralun-alun sesuai dipakai agar kelihatan lebih berisi.
Terdapat juga beberapa tip tambahan fesyen untuk anda yang mempunyai tubuh badan terlalu ramping. Perlu diingatkan pemilihan pakaian hendaklah tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat.
Bagi yang gemarkan gaun atau dres, fesyen jenis kembang di bawah amat sesuai untuk mengimbangi struktur tubuh badan kamu.
2. Perhiasan yang terdapat pada baju di bahagian hadapan juga sesuai untuk dipakai.
3. Kepada penggemar seluar, pilih seluar yang lebar di bahagian bawah.
3. Seluar pendek atau ketat perlu dielakkan sama sekali kerana ia akan membuatkan kaki anda lebih kecil.
4. Pemilihan fesyen skirt pensel juga boleh membuatkan kaki dan punggung kelihatan lebih kecil.
5. Bagi aksesori, elakkan kuantiti yang terlalu banyak. Nampak sarat penampilan anda.
6. Pilih anak tudung ninja untuk menampakkan wajah lebih berisi dan tidak terlalu kurus.
Kesimpulannya, perempuan yang terlalu kurus atau gemuk tidak semestinya perlu mengikut peraturan fesyen. Malah boleh berfesyen dengan pelbagai idea sendiri asalkan menampakkan diri anda kelihatan menarik!
Kulit yang sihat seperti selebriti Korea memang menjadi dambaan setiap wanita. Selain menjaga wajah menggunakan set penjagaan wajah yang sesuai, makanan yang diambil juga perlu diambil kira.
5 makanan ini perlu anda elakkan jika ingin memiliki kulit wajah yang sihat.
Makanan Dalam Tin
Nutrisi dalam makanan akan hilang semasa pemprosesan makanan dalam tin. Makanan dalam tin juga mengandungi sedikit air hingga tidak mampu menghidrat kulit.
Kafein
Pengambilan dua ke tiga gelas kafein dalam satu hari dapat meningkatkan hormon stres dalam tubuh.
Ketika stres kulit akan mudah berkedut, kering dan kusam. Kafein terdapat dalam kopi, teh, soda dan minuman penambah tenaga.
Makanan Bergula & Mengandungi Pewarna
Makanan yang mengandungi banyak gula dan pewarna boleh membuatkan sistem imun tubuh menjadi rendah sehingga tidak mampu melawan bakteria. Kulit akan mudah iritasi dan jerawat.
Makanan Bergoreng
Makanan bergoreng dengan suhu yang tinggi akan menimbun lemak dalam tubuh. Ia melambatkan peredaran dalam darah dan metabolisme tubuh.
Kulit akan kehilangan oksigen sehingga ia kelihatan tua dengan lebih cepat.
Sosej
Anda tidak tahu bahagian daging apa yang ada di dalam sosej. Daging-daging ini akan membuat hormon tubuh menjadi tidak seimbang hingga menimbulkan jerawat dan iritasi pada kulit.
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...