Umum sedia maklum bahawa kini kita sedang berada pada hari ketiga di satu lagi bulan mulia selain bulan Ramadhan iaitu bulan Zulhijjah. Di mana pada 10 hari terawal pada bulan ini jika direbut keistimewaanya dengan perlaksanaan ibadah dikatakan bakal memperoleh ganjaran pahala yang besar dan berlipat ganda.
Justeru, bagi kaum hawa khususnya para hijabi yang sedang berjihad menuju jalan yang diredai Allah SWT serta mempunyai hajat, bulan ini hendaklah dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Oleh itu, disini hijabista kongsikan keistimewaan dan kelebihan bulan Zulhijjah menurut sudut pandang dan penjelasan dari pendakwah bebas yang tidak asing lagi iaitu Ustazah Asma’ Harun agar hijabi lebih cakna dan dapat mempertingkatkan ketakwaan serta merebut ganjaran pahala.
Ini adalah bertepatan seperti yang termaktub dalam firman Allah menerusi Surah Al-Fajr ayat 1 – 2 yang berbunyi:
وَالْفَجْرِ, وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Maksudnya: “Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta hari terawal Zulhijah).”
Tambah, Ustazah Asma lagi, perkara sama turut disebutkan menerusi hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa ganjaran pahala yang diperoleh ketika melaksanakan ibadah pada bulan Zulhijjah langsung tidak dapat menandingi ganjaran pahala kerana berjihad di jalan Allah SWT.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali. (HR al-Bukhari, hadis sahih)
Sehubungan itu Ustazah Asma’ mdengaskan bahawa, amatlah beruntung bagi sesiapa yang berkejar-kejar merebut peluang yang cukup istimewa ini untuk memperoleh ganjaran pahala yang telah dijanjikan Allah SWT.
Berikut merupakah tarikh 10 hari terawal yang terpenting dalam bulan Zulhijah dan wajar diberi perhatian khususnya buat kaum hawa melipatgandakan amalan:
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh ALLAH untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan ALLAH tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan ALLAH tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Artikel berkaitan: Kelebihan Hari Arafah Antaranya Hari Pengampunan Dosa, Pelepasan Azab Api Neraka & Kemegahan Orang Yang Berwukuf Di Arafah
“Subhanallah, allahuakbar. 10 hari awal Zulhijjah ini juga disebutkan sebagai pesta ibadah buat umat islam yang terbesar, kerana ganjaran besar disediakan bagi sesiapa yang merebutnya.
“Sahabat semua, mari bersama perbanyakkan amal soleh sepanjang awal bulan Zulhijjah ini, mudah-mudahan asbab inilah kita dapat meraih syurga-NYA.
“Semoga kita tergolong bersama mereka yang diampunkan dosa sebelum dan akan datang,” titipnya.
Haa.. Dah tau kan bertapa besarnya ganjaran pahal sekiranya melipatgandakan amalan pada bulan Zulhijjah?
Ini demikian kerana, didalamnya tersembunyi hari-hari yang amat berkah dan paling bermakna serta penting di sisi Allah. Sebagai umatnya adalah amat digalakkan jika kita mampu menghayati hari-hari penting ini dengan penuh manfaat dan ketaqwaan.
Oleh itu, Hijabista berharap agar para Hijabi sekalian tidak melepaskan peluang untuk merebut ganjaran pahala dengan melipatgandakan amal ibadah masing-masing!
Sumber : FB Ustazah Asma’ Harun
Artikel berkaitan: Ambil Daging Tanpa Minta Izin Si Empunya Korban Sama Seperti Mencuri, Hukumnya Haram
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.