Bulan Zulhijjah mempunyai keistimewaan yang amat hebat dan besar. Beramal pada 10 hari ini lebih disukai oleh Allah berbanding amalan-amalan pada hari yang lain tanpa sebarang pengecualian.
Apabila ia adalah perkara yang paling disukai oleh Allah, maka ia adalah sesuatu yang afdal disisi-Nya. Melalui perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi beliau berkongsi tentang mengapa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah cukup istimewa.
HARI YANG LEBIH BAIK DARI JIHAD
1. Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.”(HR al-Bukhari)
2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
Ads
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.” (Fath al-Bari)
3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
Ads
4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah.
Ads
Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)
Beraya bersama keluarga tercinta di kampung halaman tentulah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh anak-anak perantau. Namun hasrat untuk beraya bersama keluarga terpaksa dilupakan kerana tidak dapat merentas negeri kerana wabak covid yang semakin ‘menggila.’
Hukum melanggar larangan merentas negeri ditetapkan kerajaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri adalah haram, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata, hal ini kerana asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.
Katanya, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.
“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.
“Sekarang angka (jangkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkitan ini akan berhenti?
“Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran),” katanya.
Beliau berkata demikian pada Seminar Cabaran Covid-19 Menurut Perspektif Islam dan Pelancaran Buku Fakulti Pengajian Islam di Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut disiarkan secara maya melalui aplikasi zoom.
Luqman berkata, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penularan Covid-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima larangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.
HIJABISTA: Kita berdoalah agar wabak covid ini segera berakhir dan rantaian wabak ini dapat diputuskan. Bagi mereka yang merindukan ahli keluarga terutama kedua ibu bapa, sentiasalah berdoa agar mereka diberikan kesihatan yang baik.
Perkahwinan dan zuriat merupakan urusan Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan. Sebagai hamba Allah kita hanya mampu membuat perancangan namun yang menentukan hanya Allah SWT.
Meskipun jodoh dan zuriat itu ditentukan oleh Allah itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Selain usaha, doa juga penting agar usaha itu berjalan seiring.
Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah. Dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
DOA INI 2 DALAM 1. JODOH DAN ZURIAT
Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Seringkali kunjung restoran yang menghidangkan makanan ala hidangan Negara Thailand pasti ramai tertanya-tanya apakah rahsia sebalik keenakan hidangan itu. Malah jika di buat sendiri rumah pasti serba tak jadi.
Nak tahu apa bahan yang digunakan? Perkongsian hijabi ini pasti masakan anda sedap ala kedai Thailand. “Korang kena guna bahan masakan daripada negara seberang itu, kalau dulu setiap kali ‘travel’ baru dapat beli, sekarang semua bahan tu mudah didapati,” ujar Trisya Aman.
Produk yang saya kongsikan ni versi yang halal dan selamat untuk digunakan. Jom lihat senarai bahan penyedap masakan ala Thai yang menariknya Hijabista sertakan para link untuk anda terus beli atas talian:
Kalau dah letak kicap bukit ni tak perlu letak seasoning dah. Rasa dia sama macam Maggi seasoning.Tukang masak Siam cakap jangan bagitahu siapa-siapa. Kicap ini juga sesuai digunakan dalam masakan sayur goreng.
Nampla brand yang ni sedap sangat! Kalau yang jenis lain tu dia hanyir sikit & bau kuat sampai loya tekak. Nampla juga adalah bahan wajib yg digunakan dalam masakan Thailand sebagai pengganti garam.
Pes cili thai adalah bahan yang biasa digunakan dalam masakan Thai. Ia pedas dan manis, dengan rasa yang kaya dengan sayur-sayuran panggang dan sering diperkaya dengan udang. “Paste ni paling sedap! Kalau buat tomyam atau perap daging pun sesuai. Kalau korang tak percaya boleh tanya tukang masak Siam,” ujar Trisya Aman.
Bawang putih jeruk mempunyai sejumlah besar protein, juga mengandungi kalsium, fosforus, besi, kaya juga vitamin C, bawang putih jeruk juga mengandung tii, riboflavin, niacin, allicin, citral, juga mengandung unsur-unsur jejak yang kaya seperti selenium dan germanium. Pickled Garlic brand yang ni sedap. Rasa manis dan masam sikit. Sedap dimakan dengan Nasi Kerabu sebagai penambah perasa dalam makanan.
Ikan Tenggiri Jeruk memang sangat enak jika digoreng bersama bawang. Kalau goreng kosong pun sedap. Lepas tu cicah dengan sambal. Tetapi kalau di restoran Thai Kailan Ikan Masin atau Nasi Goreng Ikan Masin antara menu yang wajib ada.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...