Persediaan bulan Ramadan bukan sehari sebelum datangnya Ramadan, malah kita dianjurkan membuat persediaan sebaik-baiknya persediaan itu di buat awal-awal sebelum Ramadan. Bulan istimewa ini datangnya 3 golongan yang kita tidak jangka.
Bulan Ramadan adalah mulanya golongan yang tidak pernah beribadah kepada Allah tetapi mereka berazam untuk beridah kepadaNya, bulan ini adalah satu permulaan untuk berubah. Golongan kedua, golongan yang sentiasa beribadah meningkatkan ibadah berganda dan golongan ketiga membentuk golongan yang maksum.
Jadi apakah persedian yang telah kita siapkan untuk menyambut Ramadan. Jom berikan salam pada bulan Ramadan:
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita? Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Selalulah membaca doa ini agar kita disampaikan pada bulan keberkatan:
“Allahumma Ballighna Ramadhan”
— Merupakan doa dan harapan.
Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan. Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini?
Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Meskipun ramadan kali berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, jangan kita rasa bersedih tidak dapat mengunjungi bazar ramadan, tidak dapat menunaikan terawih di masjid dan tidak dapat membuat keistimewaan yang pernah kita lalui tahun-tahun lepas.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah masa kita mendidik perkara yang baik di mana anda dianjurkan kumpul pahala bersama keluarga. Jalani ibadah kerana Allah mudah-mudahan bulan Ramadan kali lebih bermakna dari Ramadan yang lepas. Amin Ya Rabal Alamin!
Sumber: AKUISLAM