Berita

10 Gaya Terkini MIRA FILZAH Setelah Berstatus Ibu, Sederhana Namun Kekal Anggun!

Share

Mira Filza antara selebriti berhijab yang sering menjadi perhatian kerana bakat lakonan dan pengacaraannya yang hebat.

Antara lakonan Mira Filzah yang paling trending ialah drama bersiri Eksperimen Cinta dan Cinta Si Wedding Planner.

Menyingkap penglibatan awalnya dalam bidang seni, Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan seorang model sambilan.

Ketika itu wajah manisnya sering menghiasi media-media cetak dan elektronik.

Drama televisyen pertama Mira Filzah ialah Dunia Lola, sebuah program kolaborasi antara Hijabista dengan salah satu jenama syampu terkenal.

Sememangnya, graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) jurusan Perniagaan Antarabangsa berusia 30 tahun ini memiliki pesonanya yang tersendiri.

Melihat kepada penampilannya, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki bernama
Wan Khair Amir ini seorang yang pandai bergaya.

Apa jua gaya yang dikongsikan di platform media sosialnya sering meraih pujian ramai serta menjadi ikutan terutama stail tudungnya.

Mempunyai 7.3 juta pengikut di Instagram, tidak hairanlah jika setiap kali Mira Filzah memuat naik gambarnya pasti akan mendapat tanda ‘Like’ yang tinggi.

Setiap OOTD yang ditampilkan menyerlahkan sisi dirinya yang riang, aktif dan ceria! Malah, semakin cantik dan berseri-seri isteri kepada Wan Emir Astar ini.

Berikut 10 gaya ‘OOTD’ terkini Mira Filzah yang menjadi pilihan Hijabista.

Kredit Foto: Instagram Mira Filzah

Published by
Amy Mohd