10 Be’s yang diperkenalkan oleh Neelofa merupakan inspirasi yang menggambarkan wanita berjaya. Bertunjangkan dengan 10 Be’s ini jugalah Neelofa berdiri, terus maju dan ‘no turning back’. 10 Be’s itu adalah Be Extravanganza, Be Inspired, Be Empowered, Be Unstoppable, Be Extraodinary, Be Grounded, Be fashionable, Be Adventurous, Be Bold dan Be Sparkly.

Dengan tagline ‘I Wanna Have Fun’, pengasas Naelofar Hijab, Neelofa, telah mengakhiri usianya yang ke-29 dengan menyambutnya bersama media, peminat, ahli keluarga dan stokis.

Koleksi Terbaru

Setiap tahun, Neelofa akan mengeluarkan koleksi khas sempena hari jadi beliau pada 10 Februari ini. Pastinya para pengikut setia tudung Naelofar tidak sabar menantikan koleksi terbaru ini. Jika sebelum ini koleksi tudungnya diberi nama Lady Love, Lady Lofa dan Miss Lofa, untuk tahun 2018, koleksi terbarunya digelar ‘Be Lofa’.

Ads

10 BE’S Ini Jadi KEKUATAN Neelofa Untuk Mencipta KEJAYAAN & Menepis Segala KECAMAN

Tiga rekaan terbaru ini direka seiring dengan trend masa kini dan buat julung kalinya, Naelofar Hijab melancarkan rekaan turban yang pertama iaitu ‘Be Lofa Turban’. Menariknya, turban ini diperbuat daripada  kain cotton bermutu tinggi. Menepis segala sangkaan umum, Be Lofa Turban masih melindungi rambut hijabi dan didatangkan dengan 51 pilihan warna yang dijual pada harga RM73.

Ads

Gaya #OOTD dan hijab Neelofa dalam drama bersiri ‘TiamoSweetHeart100hari’ telah membuatkan hijabi tertanya-tanya dan tidak sabar untuk memiliki koleksi terbaru itu. Ternyata drama bersiri ini memberikan impak yang besar walaupun masih belum disiarkan di kaca televisyen. Difahamkan bahawa drama ini menuntut Neelofa untuk bersiap dengan cepat dan mudah. Maka, terhasillah koleksi yang dinamakan ‘Be Lofa Shawl’.

10 BE’S Ini Jadi KEKUATAN Neelofa Untuk Mencipta KEJAYAAN & Menepis Segala KECAMAN

Ads

Be Lofa Shawl mempertaruhkan fabrik terbaru sutera chiffon sebagai fabrik utama dan melambangkan gaya elegan, mewah, minimal dan lembut sinonim dengan Neelofa.

Perubahan Gaya Menjadi Kecaman

Bersedia menerima kritikan dan apa pun pandangan semua, Alhamdulilah Neelofa menerimanya dengan positif walaupun ada di antara netizen yang tidak menggemari gaya hijab terbarunya. Fesyen perlu dikembangkan di serata dunia, begitu juga dengan koleksi Naelofar Hijab. Perlu ada perubahan yang setara yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa.

TiamoSweetHeart100hari

Gandingan hebat Neelofa dan Zul Ariffin  di dalam drama bersiri TiamoSweetHeart100Hari ternyata memberi impak yang besar. Ramai netizen mempertikaikan kemesraan watak mereka. Malah, ada pihak yang tidak senang dan tidak setuju dengan apa yang Neelofa lakonkan. Menepis segala sangkaan ini, Neelofa berkata, “Memang kami mesra seperti di dalam babak yang ada tetapi tiada langsung sentuhan di antara kulit ke kulit dan kebanyakannya adalah camera trick“.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI