1 Kes Kematian ‘Amoeba Pemakan Otak’ Ditemui Pada Korea Selatan Baru-baru Ini

Share

Berlaku kes terbaru penularan wabak berjangkit ‘amoeba pemakan otak’ ataupun Naegleria fowleri dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan negara di Korea Selatan.

Terdapat kes kematian yang berlaku pada warga tempatan dalam lingkungan umur 50-an selepas pulang dari sebuah negara Asia Tenggara pada 10 Disember lalu, sejurus menetap selama empat bulan di negara terbabit.

Artikel berkaitan: Doktor Syaki Nad Zainal Alami Penyakit Autoimun, Ketahui Penyakit Ini Biasanya Serang Pada Wanita

Apakah pula ‘amoeba pemakan otak’?

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melakukan satu ujian genetik ke atas tiga-tiga jenis patogen yang menyebabkan penularan Naelgeria fowleri sehingga membawa maut kepada mangsa itu.

Hasil ujian mendapati terdapat sebanyak 99.6 peratus sama dengan penemuan pada pesakit yang menghidap meningitis di luar negara.

Amoeba pemakan otak ini merupakan satu spesies yang pertama ditemui pada tahun 1965. Ia diberikan nama rasmi iaitu Naelgria fowleri dan saiznya yang sangat kecil memerlukan mikroskop untuk dilihat.

Habitat bagi amoeba pemakan otak?

Kebiasaannya ia terdapat dalam air tawar yang hangat seperti tasik, sungai, mata air panas, dan dalam tanah. Ia berfungsi paling baik dalam keadaan suhu tinggi antara 46 darjah Celsius dan bertahan dalam jangka masa yang singkat pada suhu yang lebih tunggu.

Bagaimana ia memasuki badan?

Amoeba ini biasanya akan masuk ke dalam badan apabila orang berenang, menyelam, atau berendam di dalam air seperti tasik atau sungai.

Lalu, ia akan bergerak dari hidung ke otak dan sedikit demi sedikit memusnahkan tisu otak dan menyebabkan jangkitan yang dipanggil sebagai meningoencephalitis amebik primer (PAM).

Gejala pertamanya akan bermula kira-kira 5 hari selepas jangkitan tetapi boleh bermula dalam tempoh masa 1 hingga 12 hari. Antara simptomnya ialah sakit kepala, demam, loya, atau muntah.

Kemudian ia akan menyebabkan seseorang pening, hilang fokus, sawan, halusinasi, sehinggakan boleh koma. Gejala ini akan berterusan dan cepat berlaku dan menyebabkan kematian dalam masa 5 hari.

Sumber: Kompas.com dan Berita Harian

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee