Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT.
Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
KELEBIHAN SURAH TAHA
Rajinlah amalkan ayat 1-5 Surah Taha.
Ini adalah salah satu doa untuk melembutkan hati suami, isteri dan anak yang kurang mendengar kata, yang tak mahu solat, mudah marah dan berhati keras.
MAKSUDNYA:
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas ‘Arasy.
Ayat ini seeloknya dibaca 3 kali.
Kemudian hembuskan ke muka atau ubun-ubun anak dan pasangan yang sedang tidur nyenyak. Hembus pada waktu mereka sedang menarik nafas masuk.
Kenapa buat waktu malam?
Ini kerana waktu tidur, jiwa anak-anak dan suami/isteri berada dalam keadaan tenang.
Lakukan sekurang-kurangnya tujuh kali seminggu. Kita usaha dan berdoalah kepada Allah.
Sungguh Allah itu Maha Baik.
Sumber kredit: Instagram Skuad Pengurusan Jenazah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menginspirasikan! Manfaatkan Waktu PKP, Nabila Huda Bersyukur Berjaya Khatam 2 Kitab Agama
Memanfaatkan masa terluang dengan sebaiknya, dramatis hebat, Nabila Huda bersyukur apabila dapat menimba ilmu baharu dengan membaca kitab-kitab agama di rumahnya.
Ujar Nabila atau lebih mesra disapa Abil, sehingga ke hari ini dia sudah berjaya menghabiskan dua buah kitab dan tidak sabar untuk membaca yang seterusnya pula selepas ini.
Kitab ke 2 dah nak khatam..
By next week kami dah masuk kitab ke 3 , Bidayatul Hidayah..Saya bersyukur sangat dengan waktu percuma yang ada ni..Terlalu banyak sangat ilmu yang saya belajar! Syukur Alhamdulillah..🤍
Menjengah di ruangan komen, ramai yang terinspirasi dengan kisahnya serta turut berminat untuk mempelajarinya sekali. Jelas ibu kepada Keisha Laila ini, dia telah mempelajari kitab-kitab tersebut bersama seorang ustazah yang telah memberi lebih kefahaman buat dirinya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Harta Yang Ditinggalkan, Tetapi Arwah Ibu Tinggalkan Tauladan & Rutin Untuk Hijabi Ini.
Ramai anak muda sekarang ini apabila di tanya perihal ibu, pasti brkata bahawa ibu garang , kuat bebel dan sebagainya. Malah mereka ini menjadikan itu alasan supaya mereka tidak betah di rumah. Ibu merupakan seorang individu penting dalam kehidupan anak-anak.
Mereka merupakan idola, pemberi semangat dan juga orang yang bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak mereka. Malahan sikap kita adalah cerminan daripada ibu bapa yang baik. Kata-kata ibu merupakan mutiara kata yang bakal membantu anak-anak menjalani kehidupan di masa hadapan. Sebab itulah ibu sentiasa menegur dengan nada dan gaya berbeza yang dianggap sebgai bebelan.
Banyak nasihat ibu yang boleh digunapakai di masa kini dan hadapan. Contohnya Seperti perkongsian seorang wanita di laman Facebook iaitu Nurlia Mohd Nor baru-baru ini telah menceritakan tentang beberapa perkara dan contoh tauladan baik dalam bab penjagaan dan pengemas rumah yang telah ditunjuk oleh arwah ibunya.
Menurutnya, perkongsian tersebut serba sedikit memberikan kesan yang positif buat dirinya kerana telah dididik dengan perkara yang baik ini.
Jom baca perkongsian penuh di bawah:
Selalunya, rutin-rutin yang sama akan dilakukan oleh arwah ibunya sejurus bangun awal pagi
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli, “Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
Bab kebersihan memang paling tiptop
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok.
2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.
3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. 🙂
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan. Tapi..
Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik. Percayalah..
Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu.
*Dalam gambar di atas adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan. Dan gambat yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..
Nota: Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham.
Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu. Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung. Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas..
Al-Fatihah, Mak…
SUMBER: Nurlia Mohd Nor/Facebook
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akan Pilih.. Kalau Bawa Manfaat Pada Agama! – Yana Samsudin Titikberatkan ‘Saham Akhirat’ Dalam Rezeki Dan Kerjaya
Isi Kandungan
TogglePelakon utama filem Wawa Semput, Yana Samsudin menerusi satu hantaran video Instagram miliknya, pernah meluahkan rasa tidak puas hati dan bengang terhadap segelintir pihak yang cuba mengaut untung ‘atas angin’ menggunakan gambar serta namanya bagi mempromosikan produk kurus di laman sosial.
Justeru, enggan perkara ini berlarutan hingga memperdaya lebih ramai mangsa, Yana tampil memberi amaran keras kepada peniaga produk, agar memadam posting berkenaan serta merta bersama satu permohonan maaf.
Penjual Produk Sila Padam Posting Tersebut! Buat Permohonan Maaf
“Ini semua tidak benar dan saya tidak pernah pegang produk ini, saya tidak pernah makan produk ini. Gambar ini telah diedit.”
“Boleh saman orang ini sebenarnya, jadi sebelum saya buat tindakan seterusnya, padam dan buat permohonan maaf! Jangan sampai Kak Yong datang.”
Video amaran berkenaan telah dikongsikan yana di kedua-dua laman sosial rasmi miliknya iaitu di Instagram dan juga Facebook. Jelas Yana lagi, pihak berkenaan membuat satu ‘fake account’ menggunakan nama dan gambarnya untuk tujuan penjualan produk pelangsing berat badan itu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umum.
Guna Gambar Artis, Sasar Peminat Untuk Beli produk
Yana berkata, modus operandi yang digunakan oleh produk berkenaan adalah mensasarkan pembeli dikalangan para peminat selebriti tanah air seperti dirinya, maka para peminat yang terkeliru akan membeli produk berkenaan seolah-olah dia yang menjualnya.
Meninjau ke laman Facebook, Hijabista mendapati bahawa bukan gambar Yana seorang sahaja yang telah dimanipulasi, terdapat juga beberapa artis popular tanah air lain yang menjadi mangsa produk sama, antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Neelofa dan Mira Filzah.
Lebih membimbangkan apabila produk berkenaan tidak dapat dipastikan keselamatannya, samada ia mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang boleh memudaratkan pengguna.
Artikel berkaitan: Yana Samsudin Berang Gambar Di Salah Guna! Rupanya Ramai Artis Dah Terkena
“Sudahlah tipu orang menggunakan gambar selebriti, produk itu pun kita tidak tahu halal ke tidak. Tidak ada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Entah-entah ada produk racun berjadual atau tidak. Entah ada babi,” ujar Yana.
Tak baik cari rezeki dengan cara menganiaya orang macam ni kan? Hijabista doakan agar peniaga tersebut sedar bahawa banyak lagi cara yang lebih baik untuk melariskan produk jualannya daripada menggunakan ‘taktik kotor’.
Jadi Duta Produk Ibarat Pegang ‘Saham Akhirat’ – Yana Samsudin
Tambah Yana lagi, dia tidak akan menerima untuk menjadi duta kepada sesebuah produk secara ‘tangkap muat’ atau sambil lewa sahaja, kerana ia turut bersangkut paut dengan ‘saham akhirat’ sebagai seorang muslimah.
“Bila bercakap mengenai jadi duta, ia bukan kerja yang mudah sebab kita memegang kepercayaan klien, kita adalah ‘muka depan’ kepada sesebuah produk itu. Jadi saya cuba untuk membawa kepercayaan orang dengan sempurna dan sebaik mungkin.
“Untuk saya, kita sebagai duta perlu faham pahit jerih berniaga ni bukan senang. Pastinya bila klien lakukan pelaburan pada kita, kita pun salah seorang pekerja mereka. Jadi kita kena percaya bahawa kita juga sebahagian daripada kaedah pemasaran dan perlu bersama-sama dengan mereka.
“Jujurnya saya pula saya kalau nak bawa sesebuah produk, saya fikir dan pegang saham akhirat itu. Saya akan pilih produk, kalau ia membawa manfaat pada agama, saya akan ambil.
“Malah biarlah sesebuah produk itu tidak memudaratkan orang lain. Misalnya ini Baju Kurung yang menutup aurat, persalinan Muslimah. Malah orang Islam yang jalankan perniagaan ini, kenapa kita tak sama sama menyokong. Jadi itulah, atas rasa ikhlas dan mereka pun jujur dalam berniaga,” katanya.
Terdahulu, Yana berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media di Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA & Media Hiburan
Artikel berkaitan: Selalu Nampak Cantik Je Rupanya Ini Petua Yang Yana Samsudin Amalkan Antaranya Pakai Masker Bayam
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Yana Samsudin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI