Biarpun usianya baharu sahaja menginjak 21 tahun, penyanyi yang juga juara Ceria Popstar musim kedua, Masya Masyitah telah berjaya memiliki rumah keduanya dengan hasil titik peluhnya sendiri selama bergelar anak seni.
Memuat naik fotonya menerima kotak ‘fuse cutout’ di hadapan rumah baharu, ramai yang memberikan ucapan tahniah buat dirinya kerana bijak mengumpul aset di usia yang muda.
Bangga dengan awak Masya!
Sebelum ini, penyanyi yang pernah mengharumkan nama negara di China ini pernah mengejutkan ramai apabila membeli rumah pertamanya iaitu sebuah kondominium berharga RM300 ribu secara tunai di usia 19 tahun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Manis Bertudung & Berpakaian Longgar SYIFA HADJU Bijak Suai Padan ‘Outfit’ Muslimah
Baru-baru ini pelakon muda berbakat besar dari Indonesia, Syifa Hadju menarik perhatian ramai dengan penampilannya yang manis bertudung.
Menerusi akaun Instagram peribadinya, selebriti berusia 24 tahun ini berkongsi beberapa foto menunjukkan dirinya bertudung.
Muat naik itu disambut dengan pelbagai pujian peminat dan pengikutnya yang terpukau dengan keanggunannya.
Sekian lama menjadi tumpuan dalam dunia hiburan Indonesia, Syifa kini semakin memukau dengan gaya Muslimahnya.
Syifa mengakui, pemakaian tudung tidak menghalangnya untuk tampil bergaya.
Ternyata, dia bijak dalam menyuai padankan outfit yang sesuai.
Hijabista kongsikan beberapa koleksi foto selebriti jelita ini ketika bertudung: –
Syifa melakonkan watak seorang gadis Muslimah yang kuat, rajin dan sopan dalam sinetron Saleha.
Watak yang dilakonkan dalam sinetron itu sangat sesuai dengan personaliti Syifa yang ramah dan lemah lembut.
Dengan gaya yang sederhana, pesona Syifa masih menyerlah tanpa memerlukan banyak aksesori mahupun perhiasan.
Syifa meraih perhatian ramai apabila tampil dengan busana Muslimah ketika menghadiri pengajian yang diadakan oleh Ustaz Hanan Attaki.
Busana Muslimah ini mempunyai gaya syariah yang menawan.
Dengan senyuman manisnya, penampilan Syifa Hadju kali ini berjaya memukau para peminatnya.
Didoakan agar dikurniakan hidayah buat Syifa suatu hari nanti untuk kekal bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BFF Selamanya! Rakaman Instastory Terakhir 4 Sekawan Bercuti Undang Sebak Netizen
Tragedi empat gadis yang tidak sedarkan diri selepas terhidu gas karbon monoksida di sebuah stesen minyak awal pagi semalam memang meruntun hati seluruh rakyat Malaysia.
Dalam perkembangan terkini, kebocoran ekzos kenderaan MPV tersebut disyaki menjadi punca tiga daripada mereka maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal.
Terkesan dengan pemergian adik tercinta iaitu Ayuni Shazwanie Sabri, kakaknya Erina Shabina Sabri telah menyimpan rakaman Instastory yang sempat adiknya muat naik sewaktu berlibur bersama tiga lagi rakannya di Pulau Jerejak.
Semua alg simpan dik🥺
Posted by Erina Shabina Shabri on Thursday, 17 September 2020
Selain itu, warga maya yang turut terkesan dengan pemergian mereka. Erina juga turut berasa sebak apabila melihat orang ramai di sekelilingnya juga turut prihatin dan mengasihani adiknya yang tercinta itu. Al-fatihah untuknya.
Allah dik ..apa amalan adik semua orang sayang adik.. orang tak behenti-henti ziarah adik.. sedekah tak berhenti..kami pi kedai nk beli barang orang tak mau ambik duit sedekah dekat adik..Solat jenazah adik mcm solat jumaat.. time nak simpan adik orang ramai sangat-sangat .. jalan jem dik.. Ramai nya orang sayang adik1 Malaysia doakan adik ..
Al fatihah(dibaca)
Tenang la dik di sna nanti kita jumpa ya#17/9/2020
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minat Dari Dulu Lagi, 3 Gadis Berhijab Indonesia Tubuhkan Band Heavy Metal
Mereka dianggap antara bintang muzik rock terhebat di kalangan peminat mereka, namun kumpulan muzik heavy metal Indonesia yang berhijab, VOB mengalami kesukaran untuk memenangi ibu bapa mereka bagi meneruskan minat mereka ini.
Berasal dari Jawa Barat, trio kecil di belakang Voice of Baceprot (“Noisy Voice” dalam bahasa Inggeris) telah menghabiskan bertahun-tahun bagi mengasah bakat mereka di festival muzik di seluruh negara setelah membentuk kumpulan VOB ketika zaman remaja pada tahun 2014.
“Kerana muzik ini, saya mempunyai keberanian untuk menuturkan buah fikiran dan keyakinan dalam diri,” jelas pemain bass kumpulan tersebut yang baharu berusia 19 tahun, Widi Rahmawati.
“Ketika saya berada di atas pentas, saya dapat mengekspresikan diri tanpa perlu risau tentang norma yang diharapkan orang dari saya”.
Mematuhi norma-norma itu beerti akan memaksa ketiga-tiga wanita itu untuk berkahwin setelah tamat sekolah menengah.
“Ibu bapa saya memberitahu saya bahawa tiada guna membaca, apalagi bermain muzik,” kata penyanyi dan pemain gitar utama Firda Marsya Kurnia, 20.
“Mereka mengatakan bahawa setelah saya berkahwin, calon suami tidak akan menyuruh saya membaca buku, tetapi memasak atau membersihkan rumah sebagai gantinya.”
Kesungguhan ketiga-tiga mereka akhirnya berjaya apabila mereka berpindah ke ibu kota Jakarta tahun lalu untuk mengasah bakat mereka.
“Muzik adalah tempat untuk kita memperoleh kebahagiaan dan berkongsinya dengan orang lain,” kata Kurnia.
“Kami hanya bersyukur jika penonton mendapat sesuatu, seperti pesan, dari muzik kami.”
sumber: SCMP
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI